Amsal · Proverbs

20:16
Ambillah pakaian dia yang menjadi penaja jamin bagi orang asing: dan cagaran daripada dia kerana perempuan asing.

Mengambil risiko tidak membuktikan ketabahan atau hikmah; ia biasanya bukti akan kebebalan atau sikap melulu. Risiko yang tidak perlu mencubai Allah, dan Dia akan menghukum sikap memandai demikian. Amsal ini juga mengajar untuk mengelak atau berhati-hati akan orang yang mengambil risiko-risiko yang bebal. Oleh sebab mereka menunjukkan akhlak buruk suka mengambil risiko yang bebal, jaminan patut diwajibkan dalam urusan perniagaan dengan mereka.

Solomo kerap kali memberi amaran terhadap penajajaminan (Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 22:26-27; 27:13). Sebenarnya, amsal ini ada kembar seiras dalam Amsal 27:13. Peraturan yang berhemat bagi hikmah adalah untuk mengelak risiko-risiko yang boleh merugikanmu secara kewangan atau dalam jalan-jalan yang lain. Orang berhikmah berusaha untuk menjaga modal, tidak mengambil risiko yang bebal melalui sikap optimistik yang naif dan yang jahil. Orang berhemat mengelak bahaya dan risiko; orang pandir lalu sahaja dan dihukum (Ams 22:3; 27:12).

Suatu jaminan menjaminkan pihak lain menunaikan janji, seperti menandatangani kontrak pinjaman bersama. Untuk melakukan ini bagi orang asing, melalui sikap melulu atau melalui sikap keangkuhan, boleh dengan serius membawa masalah kewangan. Jika orang asing tidak menunaikan janjinya, para pemiutang boleh menguatkuasakan kontrak terhadap si penajajamin – orang bebal yang telah menandatangani kontrak pinjaman bersama. Ia suatu godaan yang besar kepada para raja untuk menjamin urusan orang lain. Tetapi jika seseorang telah mendedahkan dirinya kepada risiko demikian, bagaimanakah kamu boleh percaya kepadanya untuk menunaikan janjinya?

Solomo telah memberi anak lelakinya suatu peraturan tentang perkongsian niaga. Jangan masuk ke dalam transaksi-transaksi dengan orang yang suka mengambil risiko, kecuali kamu mengambil suatu jaminan daripada mereka. Sementara pakaian merupakan harta milik yang berharga pada zaman Alkitab, dia mencadangkan untuk mengambil pakaian si pengambil risiko itu sebagai ikat jamin penunaian janji, deposit sebagai jaminan, atau wang cagaran (Gen 38:13-18; Kel 22:26-27; Ula 24:10-13). Dengan mengambil deposit sebagai jaminan, seorang yang berhikmah boleh dengan lebih selamat memasuki kontrak dengan orang-orang bebal.

Klausa yang kedua amsal ini ada elipsis, kata-kata yang dengan sengaja diabaikan untuk memendekkan ayat dan menambahkan penekanan erti. Cagaran, atau deposit ikat jamin, harus juga diwajibkan daripada orang yang berkawan dengan perempuan-perempuan yang asing. Gaya hidup tidak bermoral para pelanggan pelacur menandakan bahawa kamu tidak boleh percaya kepadanya dalam perniagaan atau transaksi-transaksi kewangan. Untuk melindungi dirimu daripada kekurangan akhlaknya, kamu juga harus memperoleh jaminan daripadanya.

Ia suatu berkat untuk bertemu dengan orang yang salih, yang dengan itu kamu boleh masuk ke dalam perkongsian dan transaksi yang tidak membimbangkan diri. Tetapi orang yang tidak berdisiplin secara kewangan atau secara moral tidak baik sebagai rakan perniagaan. Mereka harus dielakkan. Orang berhikmah tidak akan merisikokan kehidupan kewangannya sendiri dengan mempercayai orang yang suka mengambil risiko yang tidak wajib dengan modal atau dengan perempuan asing. Amaran yang berhikmah ini adalah untuk melindungimu dalam urusan dengan orang yang cenderung untuk mengambil risiko atau perempuan yang kelacuran.

Hai pembaca, ia lebih baik untuk selamat daripada menyesal. Tolaklah segala daya tarikan orang lain, dan keangkuhan dan ketamakan yang wujud di dalam untuk ingin menjadi pengambil risiko atau untuk memasuki urusan dengan orang demikian. Dan elaklah komitmen atau perhubungan dengan para pelacur atau para pelanggan pelacur. Pilihlah orang yang setia sebagai rakan-rakan sekerjamu dan kawan-kawanmu (Maz 101:6; 119:63). Mereka akan dimanfaatkan daripadamu; kamu akan mengelak banyak masalah; kamu akan ada rakan kongsi yang dapat kamu sandari pada masa depan untuk bantuan.

Yesus Kristus ialah Penajajamin bagi umatNya (Ibr 7:22), iaitu orang-orang yang Bapa beri kepadaNya untuk diselamatkan (Yoh 6:38-39; 10:26-29; 17:2-3). Mereka pihak salah kerana melakukan setiap jenayah yang dapat dibayangkan, tetapi Dia mengambil kos sepenuhnya dan risiko bagi jenayah dan jiwa-jiwa mereka lalu membayar harga yang sepenuhnya bagi pengampunan mereka. Dia habis menunaikan janji transaksi undang-undang itu, dan BapaNya menerima semua yang terpilih di dalam Yesus dari kekekalan (Efe 1:3-6). Tiada kemungkinan bagi seorang pun tercicir (Rom 8:32-35; 5:10).