Amsal · Proverbs

20:21
Suatu warisan mungkin diperoleh dengan tergesa-gesa pada mulanya; tetapi pada akhirnya ia tidak akan diberkati.

Mudah dapat, mudah lesap. Kata-kata ini ialah peraturan kewangan benar yang disebut amsal ini dan juga amsal-amsal yang lain. Allah telah mengutus Salomo untuk memberi amaran tentang mana-mana jenis skim cepat kaya yang tidak akan berhasil.

Jika kamu menipu dalam apa pun cara untuk maju secara profesional dengan cepat atau menjadi kaya secara kewangan, kamu tidak akan berjaya atau tidak kekal untuk jangka masa panjang. Allah akan menimpa hukuman kepada dirimu; manusia akan mengambil keuntungan-keuntunganmu.

Amsal ini menganggap bahawa ia pelanggaran peraturan hikmah untuk mendapat keuntungan yang cepat. Kejayaannya tidak akan kekal lama-lama kerana Allah dan orang baik tidak akan memberi keredaan kepada perjuanganmu yang tidak wajar itu. Kamu mungkin maju sementara, tetapi akhir kerjayamu itu ialah kemiskinan yang pedih sekali. Percayalah itu.

Allah mungkin memberkati seseorang untuk cepat maju atau cepat untung, seperti Ishak (Kej 26:12), Yusuf (Kej 41:38-45), Mordekai (Est 6:1-11), Daniel (Dan 1:17-21), dan yang lain. Harta milik dan warisan dalam kes-kes sedemikian diberkati dan akan diberkati sementara Allah meredai orang itu.

Jika kamu ingin berjaya seperti yang diingini Allah, ada jalan yang salih dan yang wajar untuk mengejar kerjayamu dan mengendalikan kewangan-kewanganmu. Perangai yang setia dalam perniagaanmu akan membina suatu warisan, kalau semua faktor yang lain adalah sama (Ams 10:4; 11:25; 13:4,22; 19:14; 22:29; dsb).

Walau bagaimanapun, apa pun kompromi peraturan Allah bagi perniagaan, meskipun kamu fikir ia akan memajukanmu, akan pasti membelakangkanmu. Jalan Allah bukan hanya jalan yang paling baik; ia satu-satunya jalan. Tetapkanlah hatimu dan mindamu pada hari ini juga supaya kamu tidak akan sesekali pun menipu untuk memajukan diri.

Salomo tahu lebih tentang kemajuan kerjaya yang cepat dan pulangan besar pelaburan mengatasi mana-mana pun orang, tetapi Salomo punya pengetahuan adalah daripada Allah. Dia merupakan orang yang dipilih Allah untuk memberimu amaran bahawa memupuk mana-mana sikap bebal yang bergegas untuk kejayaan akan menjatuhkanmu (Ams 28:20,22; 21:5; 10:2-3; 13:11,22-23; 14:23; 28:8).

Pertimbangkanlah risiko, seperti pelaburan pasaran komoditi. Salomo memberi amaran supaya kamu meminimakan risiko (Ams 6:1-5; 22:3). Jika kamu salah satu daripada segelintir orang yang pada permulaan boleh kena beberapa pasaran yang menguntungkan, leveraj pasaran hadapan komoditi akan menjadikanmu kaya – kemudian pedang mata yang sebelah lain pula akan merampas semua balik.

Pertimbangkan pemberian. Kamu tahu contoh Alkitab punya persepuluhan, 10%. Tetapi kamu pilih untuk melabur 10% itu untuk sepuluh tahun untuk bunga 10% - iaitu pulangan 160% - suatu pelaburan yang diperoleh dengan tergesa-gesa. Kamu memberitahu hati nuranimu bahawa kamu akan memberi persepuluhan kepada Tuhan kelak. Allah ketawa (Ams 3:9-10; 11:24-26; Mal 3:8-12).

Pertimbangkan kesia-siaan. Kamu meletak jawatan yang membayarmu gaji, kerana kamu telah menghadiri suatu pertemuan pasaran jaringan (network marketing), yang orang licik dengan jam tangan Rolex yang telah disewa berceramah tentang menjadi kaya dan menjual sabun yang harganya melampau kepada suatu piramid orang yang mudah terperdaya. Allah ketawa (Ams 12:11; 13:23; 14:23; 28:19).

Dunia mengaku, “Sikap tergesa-gesa membawa pembaziran”. Tetapi mereka hanya melihat hukum-hukum alamiah yang berkuatkuasa seperti perhatian kepada butir-butir dan melakukan kerja dengan rapi dan betul. Ada sesuatu yang melebihi maksud itu – Allah tidak akan memberkati orang yang tergesa-gesa, sebab dia jelas-jelas sedang melanggari peraturan yang telah dimantapkan Allah (Ams 19:2).

Pertimbangkan kata-kata, “ia tidak akan diberkati”. Kata-kata ini ialah kiasan yang dipanggil sebagai meiosis atau litotes, suatu pernyataan yang kurang daripada sebenarnya untuk memberi kuasa kepada kenyataannya. Ini bertentangan dengan hiperbole [suatu pernyataan yang lebih daripada sebenarnya untuk memberi kuasa kepada kenyataannya]. Daripada hanya kehilangan peluang menerima berkat Allah, kamu akan mendapat kutuk Allah (Hag 1:5-11; 2:16-17).

Tetapi ada suatu warisan yang akan diperolehmu dengan cepat dan itulah yang harus kamu kejar dengan tekun sekali. Bagi segelintir orang setia yang mentaati amsal ini dan semua nas-nas kitab yang lain, Allah akan tidak lama lagi mengutus Yesus Kristus untuk mengumpulkan kalian ke syurga untuk menjadi pewaris kongsi bersamaNya bagi seluruh alam semesta (Rom 8:14-23).

KekembalianNya yang mulia untuk membakar bumi ini dan membangkitkan orang mati akan terjadi dalam sekelip mata (1Kor 15:51-58; 1Tes 4:13-18; 2Tes 1:7-10). Yesus mengisytiharkan bahawa Dia datang dengan lekas – dengan bergegas (Wah 3:11; 22:7,12,20). Bagaimanakah kamu harus membalas? Meskipun demikian, datanglah, Tuhan Yesus.