20:22
Jangan kamu berkata, aku akan membalas kejahatan; tetapi nantikanlah TUHAN, dan dia akan menyelamatkanmu.
Adakah perbuatan membalas dendam manis? Rohmu dan dunia berkata bahawa ia manis. Tetapi Allah menyatakannya sebagai dosa. Siapakah yang akan kamu percaya? Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya supaya jangan memikir untuk membayar kejahatan kepada sesiapa pun. Daripada sendiri membalas dendam terhadap musuh-musuhmu, biarlah sebaliknya TUHAN memberes itu.
Ketika seseorang melukakanmu, respon yang biasa ialah kemarahan dan pemikiran untuk mempertahankan diri dan membalas dendam. Kamu bertindak dengan serta-merta, dengan hati naluri, dan dengan ganas. Itu disebabkan oleh hatimu yang rosak yang diwarisimu daripada Adam. Paulus menjelaskan tindak balas hati naluri dengan cara demikian: “Sebab kita sendiri juga dahulu bebal, tidak taat, terperdaya, sedang kala melayani pelbagai nafsu dan kenikmatan, hidup dengan niat jahat dan dengki, suka membenci, dan saling membenci satu sama lain”(Tit 3:3).
Manusia suka berlawan dan berperang. Daripada melangkaui sesuatu pelanggaran terhadap dirinya, dia akan mahu pembalasan dengan lekas. Daripada mengampuni kesalahan, dia akan menyimpan dendam untuk selama-lamanya. Paulus menjelaskan perangaimu yang suka berperang ini dengan sungguh jelas, “Bisa ular asp ada di bawah bibir mereka: Orang yang mulutnya penuh dengan sumpah seranah dan kepahitan: Kaki mereka lekas untuk menumpahkan darah: Kebinasaan dan kesengsaraan ada pada jalan-jalan mereka: Dan jalan damai sejahtera tidak pernah dikenal mereka” (Rom 3:14-17).
Pembalasan datangnya daripada keangkuhan: seorang yang rendah hati tidak perlu khuatir akan membalas balik kejahatan. Pembalasan membutakan. Ia boleh dengan mudah membawa kepada jenayah yang teruk sekali, termasuk pembunuhan. Amsal-amsal Solomo adalah tentang hikmah, dan keradangan pembalasan yang membutakan itu mencabuli kemampuanmu untuk menanggap, memahami, dan menghakimi dengan betul. Ia membinasakan hikmah. Dia itu membawa kepada perbuatan-perbuatan yang berdosa.
Situasi-situasi yang dipertaruhkan ialah pelanggaran-pelanggaran peribadi terhadapmu. Pelanggaran terhadap Allah harus diuruskan seperti yang diarahkan Alkitab. Kanak-kanak yang memberontak haruslah dihukum; ahli gereja yang berdosa haruslah disingkirkan; rakyat yang ganas haruslah dihukum mati. Pelanggaran peribadi haruslah dilangkaui, dan musuh peribadi haruslah dikasihi (Mat 5:38-48). Inilah hukum Yesus Kristus, dan ia merupakan bentuk belas ihsan dan hikmah yang paling tertinggi di dunia. Peluklah itu!
Daripada memulangkan kejahatan bagi kejahatan, seorang manusia yang mulia dan yang berhikmah akan membalas baik bagi jahat, dan dengan demikian mengelak bahaya dendam yang membutakan, menenangkan musuh-musuhnya dengan kemurahan dan kesabaran, dan memuliakan Allah dalam hal yang sukar (Ams 25:21-22; Ima 19:18; Rom 12:17-21; 1Tes 5:15; Ibr 1214; Yak 3:16-18; 1Pet 3:8-11). Belajarlah hikmah ini pada hari ini juga.
Kamu tidak harus memikir tentang pembalasan. Jangan di dalam hatimu bahkan jangan ketika celaka dari sumber lain menimpa musuh-musuhmu. Allah dan Solomo mengutuk apa pun sukacita ketika musuhmu jatuh (Ams 24:17-18). Fikiran-fikiran yang berdosa terhadap orang lain ialah pembunuhan (Mat 5:21-22)!
Siapakah musuhmu pada hari ini? Adakah mana-mana orang yang kamu benci? Adakah kamu menyimpan dendam atau fikiran untuk membalas dendam terhadap sesiapa pun? Mungkin pasanganmu? Mungkin seorang rakan sekerja atau bos di tempat kerja? Mungkin seorang jiran? Mungkin ahli gereja? Akuilah dosamu kepada Allah, dan carilah peluang untuk berkawan dengan musuhmu. Layanilah mereka seperti yang kamu harap untuk dilayani, bukan seperti layanan mereka kepadamu (Luk 6:27-36). Inilah hikmah yang sejati. Inilah Agama Kristian yang sejati.
Orang yang mulia melangkaui pelanggaran-pelanggaran peribadi daripada orang lain (Ams 19:11). Mereka tidak tergoyah, terutamanya untuk menjadi marah atau membalas dendam, oleh pelanggaran orang lain. Mereka terlalu mulia untuk dikacau, dialihkan perhatian, atau dibinasakan oleh hal-hal yang sebegitu kecil dan yang sebegitu tidak penting. Jik akamu tidak dapat dengan mulia mengetepikan kesalahan-kesalahan kecil, maka hanya ada satu jalan untuk menyelesaikannya – jalan Allah (Mat 18:15-17).
Yusuf melihat pelanggaran saudara-saudaranya terhadapnya sebagai di bawah kawalan kedaulatan Allah dan tidak berbuat apa pun untuk menghukum mereka, meskipun mereka berada di bawah kuasa Yusuf (Kej 45:5; 50:20). Abigail menahan Daud daripada kebebalan membalas dendam terhadap Nabal (1Sam 25:23-35), dan dia membiarkan Simei untuk terus mengutuk, dengan percaya bahawa Allah akan mendengar (2Sam 16:5-14). Belajar untuk menyerahkan jiwamu kepada Sang Penciptamu yang setia (1Pet 2:23; 4:19).
Pembalasan yang paling baik adalah untuk meninggalkan mereka kepada Allah. Dia sungguh adil, penghakimanNya sungguh teruk. Pembalasan ialah hak Tuhan; Dia yang akan mengganjari (Ula 32:25; Luk 18:7-8; Rom 12:19; Ibr 10:30). Daud meninggalkan Saul kepada Allah, walaupun dia sudah dengan mudah sekali membunuhnya. Apakah hasil itu? Saul sementara takut benar mencari perempuan sihir, membunuh dirinya sendiri, dipancung dan digantung untuk dipamerkan oleh orang Filistin, dibakar, dan tulang-tulangnya ditanam di bawah sebatang pokok, dan keluarganya diputuskan daripada pemerintahan takhta!
Musa telah dicabar secara durjana oleh kakakNya dan Korah. Daripada sendiri menghukum para pemberontak yang angkuh dan yang cabul, dia meninggalkan hal itu kepada TUHAN. Miriam telah ditegur dengan keras sekali oleh Tuhan, diputihkan dengan penyakit kusta, dan dikuarantin di luar perkhemahan (Bil 12:1-15). Bagaimana pula dengan Korah? Dia ditelan hidup-hidup oleh bumi (Bil 16:1-40)!
Hanya Roh Kudus dapat menciptakan dan mengekalkan suatu roh kasih dan roh damai sejahtera dalam manusia, supaya kemarahan dan sikap suka membalas dendam itu hanya fikiran bebal yang sementara. Iman dalam Allah ialah penawarnya, sebab Dia akan selalu menjaga milikNya sendiri. Percayalah itu! Jika kamu sudah berbuat salah dengan memikir fikiran membalas dendam, akuilah kedurjanaanmu kepada Allah, serahkanlah dirimu kepada belas kasihannya dan rayulah untuk kekuatan, berdoa bagi musuh-musuhmu, dan carilah peluang untuk berbuat baik kepada mereka. Inilah hikmah dan kehendak Allah.