20:5
Pertimbangan dalam hati manusia adalah seperti air yang dalam; tetapi orang yang ada pemahaman akan menimbanya keluar.
Kemahiran diperlukan untuk menemui apa yang orang lain betul-betul fikir. Apa yang difikir orang berhikmah mungkin menjadikanmu berjaya. Apa yang orang bebal fikir akan banyak merugikanmu. Hanya orang yangada pemahaman akan ada kemampuan dan kesabaran untuk mengeluarkan rancangan dan pendapat peribadi orang lain.
Kiasan simili di sini memakai perigi yang dalam, airnya berada jauh di bawah permukaan tanah. Untuk mendapatkan air itu, usaha dan kebijaksanaan yang besar harus dipakai untuk mencapai kedalaman yang jauh di bawah dan membawa air itu ke permukaan. Hanya orang yang kreatif dan yang tekun akan mengenalpastikan jalan itu dan mengerah tenaga untuk mengusahakannya. Kebanyakan orang akan mencari di tempat lain untuk air yang lebih mudah.
Ada sebab-sebab mengapa kemahiran yang serupa diperlukan untuk mencapai pertimbangan di dalam orang lain. Pertama, mereka mungkin takut membiarkan pendapat-pendapat mereka diketahui. Kedua, mereka mungkin oleh kesalihan dan oleh sikap berbudi baik merupakan orang yang suka merendahkan diri, dan walaupun berbakat, mereka kurang meluahkan fikiran dan perlahan untuk bercakap dan berbincang. Ketiga, mereka mungkin merancang hal-hal yang berdosa, dan untuk mengaku fikiran-fikiran mereka akan mengutuk diri mereka sendiri.
Ada bahagian positif dan bahagian negatif untuk pelajaran amsal ini. Bahagian pemakaian positif adalah untuk faedahmu atau keperluanmu untuk mengeluarkan nasihat yang berhemat dan yang praktikal daripada para penasihat berhikmah bagi keselamatanmu atau kejayaanmu. Bahagian pemakaian negatif ialah keperluanmu untuk menemui rancangan-rancangan berbahaya yang terhendap-hendap dalam hati atau fikiran orang yang mungkin menyakiti orang lain, diri mereka, atau dirimu sendiri.
Nasihat baik daripada keramaian para nasihat yang berhikmah adalah perlu bagi kejayaanmu – inilah salah satu peraturan hikmah yang paling penting, yang kerap kali diulangi Solomo (Ams 11:14; 12:15; 15:22; 19:20; 20:18; 24:6). Ia sesuatu yang sungguh berharga – seperti minyak wangi yang menyukakan hati – untuk mendapatkan kesungguhan nasihat daripada seorang kawan (Ams 27:9; 24:26; 15:23; 25:11-12).
Tetapi untuk memperoleh nasihat demikian mungkin sukar, sebab orang yang benar-benar berhikmah adalah juga salih dan serius, tidak rela untuk berucap sehingga ditanya sewajarnya untuk sebab-sebab yang wajar (Ams 10:19; 15:2,28; 17:27; 29:11). Ada juga perigi-perigi yang cetek dan mata air yang berbuih-buih, tetapi ia harus disamakan dengan bunyi rapuh orang bebal yang hanya mencurahkan kebebalan (Ams 15:28; 29:11,20; Pkh 10:12-14).
Jika penasihat berhikmah takut (ia mungkin bagi banyak sebab), kamu patut dengan hormat menyakinkan dia bahawa kamu menghargai apa pun nasihat yang dia dapat beri, supaya kamu dapat memakai nasihat itu dengan berbudi bicara, dan bahawa tiada apa pun ikatan atau liabiliti atau keberhutangan bagi pihak dia. Kamu patut sungguh berhati-hati supaya jangan mengkritik nasihatnya. Biar dia menasihatimu, dan bukan sebaliknya.
Jika penasihat berhikmah itu merupakan orang yang merendahkan diri (baik secara wajar mahupun secara terlebih-lebih), kamu harus mengingatinya bahawa kamu memerlukan dia, bahawa dia ada umur, pengalaman, atau nama baik untuk hikmah, dan bahawa kamu sedang mentaati hikmah Solomo untuk meminta daripadanya. Kamu harus membekalkan cukup latar untuk membantu penaakulannya dan betul-betul berterima kasih kepadanya bagi apa pun yang ditawarkan olehnya.
Orang yang ada pemahaman akan tahu bagaimana untuk memakai nasihat dua perenggan sebelum ini dan mengambil kesempatan pengetahuan itu untuk menjadikannya suatu temuramah yang berjaya dengan kedua-dua jenis penasihat berhikmah – penasihat yang takut atau yang rendah hati. Dengan kedua-dua jenis penasihat, kamu sendiri harus cukup terbuka untuk membuktikan ketulusanmu. Dengan mengamalkan akhlak yang salih dan dengan adanya kehormatan yang rendah hati bagi orang yang berpengetahuan, kamu akan belajar bagaimana untuk mendapatkan banyak air tulen dari mata air yang dalam.
Pertimbangkan hikmah Abigail ketika berurusan dengan suaminya yang bebal dan dengan Daud yang berhikmah. Waktunya, pemakaian pemberian, kerendahan hati yang besar, pendekatan yang lemah-lembut, dan kesimpulan yang berhemat telah mendapat air yang dalam daripada hati Daud untuk kemenangan besar pada hari itu (dan perkahwinan dalam sepuluh hari kemudian!). Pertimbangkan bagaimana permaisuri Syeba mendekati Raja Solomo untuk belajar hikmahnya (1Raj 10:1-7).
Pihak yang berkuasa harus menemui jenis pertimbangan yang lain – rancangan-rancangan orang bebal atau orang durjana yang menyembunyikan itu kerana takut akan hukuman (Ams 25:2; 29:19; Ula 13:12-15; 1Kor 1:10-13). Inilah kerja ayah, tuan, suami, penguasa, dan pastor. Mereka harus menjadikan suasana selamat, merancangkan pendekatan yang berhikmah, dan menyelam dengan soalan-soalan yang berhikmah untuk menggalakkan orang bercakap.
Hai ibubapa, adakah kamu kerap kali berkomunikasi dengan anak-anakmu untuk belajar hati mereka dan fikiran mereka tentang hal yang paling mereka khuatiri? Adakah kamu memiliki pemahaman yang diajar dalam amsal ini untuk mengeluarkan ketakutan batiniah dan fikiran mereka? Dapatkah kamu menggabungkan kasih, pengetahuan, dan kekuasaan, dalam turutan itu, untuk mencelikkan hati anak-anakmu dan membantu mereka (Ams 23:26)?
Lebih-lebih lagi, hai anak, adakah kamu pergi kepada perigi pertimbangan-pertimbangan di rumahmu dan mendapatkan nasihat yang diperlukanmu untuk berjaya? Walaupun kamu mungkin fikir bahawa kamu pandai pada umur 16 atau umur 26, kamu sangat memerlukan nasihat. Adakah kamu tahu bagaimana untuk mendapat arahan yang tulus dan yang mengasihi daripada ibubapamu? Inilah pelajarannya. Jadilah terbuka kepada mereka, dan belajarlah daripada mereka pada hari ini juga.
Allah Kristian bukan seperti yang lain. PertimbanganNya tidak tersembunyi dengan orang tua-tua, atau dikuburkan dalam tradisi-tradisi lisan yang tidak berkesudahan, atau menyamar di dalam tulisan hieroglif [tulisan lambang], atau disimpan khusus bagi keimaman, atau diucap sebagai mantera tanpa pemahaman dalam bahasa Arab atau bahasa Latin. Apa yang diperlukan oleh dirimu sudah tertulis dengan terang di dalam Alkitab (Ula 29:29; Maz 19:7-11; 119:128; 2Tim 3:16-17).
Yesus Kristus dipanggil Penasihat bagi harta-harta hikmah dan pengetahuan yang sudah tersembunyi di dalam Dia (Yes 9:6; Kol 2:3). Adakah kamu mengenal Dia? Adakah kamu mengasihi Dia? Dia berkata, “Jika seseorang mengasihi aku, dia akan memegang kata-kataku: dan Bapaku akan mengasihinya, dan kami akan datang kepadanya, dan berdiam bersamanya” (Yoh 14:23). Dan, “Tetapi Penghibur, yang merupakan Roh Kudus, yang Bapa akan utus dalam namaku, dia yang akan mengajar kalian segala hal, dan menimbulkan segala hal dalam ingatanmu, barang apa yang telah kuucapkan kepada kalian” (Yoh 14:26).