20:4
Si lamban tidak akan membajak kerana memakai alasan sejuk; maka dia akan mengemis pada musim menuai, dan mendapat kosong.
Si pemalas selalu ada alasan untuk mengelak kerja keras. Apa pun kesukaran atau ketidakselesaan menyebabkan mereka untuk menangguh satu hari lagi. Jika sedikit usaha atau ketabahan diperlukan, mereka mengelakkannya. Mereka mahu pemberian atau pembiayaan daripada orang lain, tetapi sebaliknya mereka akan ditinggalkan lapar!
Di sinilah hikmah berharga bagi setiap rumah, perniagaan, gereja, dan negara. Amsal ialah kata-kata pujangga, tetapi Allah mengharap supaya kamu mencari dan menemui kebenaran dan hikmah yang tersembunyi. Si lamban merayu atau mengharapkan para pekerja untuk menyokong diri mereka, tetapi para pekerja harus menahan si lamban!
Contoh di sini ialah pagi musim bunga ketika membajak harus dilakukan, tetapi si lamban memilih untuk kekal berbaring di katilnya yang selesa. Ketika musim tuaian sampai beberapa bulan lagi dan para pekebun sedang menjana banyak wang tunai, si lamban yang mengemis itu harus ditolak. Percayalah itu!
Si lamban ialah orang yang malas. Perkataan si lamban bermaksud, “Orang yang secara semula jadi atau secara tabiat lambat, malas, atau melahu; orang yang cenderung tidak mahu bekerja atau mengusahakan apa pun; orang yang kekukangan atau berat tulang”. Kamu pernah melihat si lamban; kamu mungkin juga pernah mempunyai tali persaudaraan dengan salah seorang.
Solomo memberitahu si lamban untuk belajar ketekunan daripada semut (Ams 6:6) dan menghentikan keterlampauan tidur (Ams 6:9); dia menyebut mereka sebagai orang yang menjelekkan bos (Ams 10:26), selalu mendambakan apa yang tidak dikerjakan mereka (Ams 13:4), dan berbangga diri dalam alasan-alasan bagi kemalasan mereka (Ams 26:16).
Si lamban tidak akan membajak kerana alasan sejuk. Tanah harus digemburkan pada musim luruh atau musim bunga, tetapi cuaca yang sejuk menghambat si lamban. Dia lebih suka katil dan rumah yang hangat. Fikiran untuk bekerja pada musim sejuk terlalu membebankannya. Dia memeluk alasan yang kurang munasabah dan terus tidak berbuat apa-apa.
Dia tidak akan melakukan apa pun yang sukar atau yang terlalu menekankan. Kehidupan haruslah lebih mudah, dia fikir kepada dirinya sendiri. Tetapi orang yang tekun tidak mengendahkan hal kecil seperti suhu atau keadaan-keadaan yang lain. Dia ada tugas untuk dilaksanakan, dan dia terus melakukannya dengan keghairahan. Dia menjanakan panas badan untuk keselesaan!
Sudah tentulah, si lamban tidak mudah dialihkan daripada alasan-alasannya atau ketakutannya. Dia boleh memberi sepuluh alasan mengapa waktunya belum sesuai untuk bekerja, mengapa dia akan melakukannya nanti, atau mengapa kehidupan tidak adil baginya. Usaha-usahanya yang lemah itu adalah untuk mempertahankan diri daripada malu menjadi orang yang memakan hasil kerja orang lain.
Adanya selalu alasan, sebab masalahnya ialah hati dan bukan keadaan-keadaannya. Walaupun tujuh orang memberitahu dia kebenaran tentang kerja keras dan ganjaran, dia dengan angkuh akan menolak nasihat mereka dan terus balik tidur (Ams 26:16). Tetapi TUHAN tahu bagaimana untuk mengajarnya! Ada cara untuk mendapatkan teruna untuk membenci main permainan komputer dan mengasihi kerja keras – kelaparan!
Si lamban akan mengemis. Ketika orang lain ada pendapatan, dia mahu separuh daripada kekayaan itu, meskipun dia sudah melepaskan peluang yang sama itu. Si lamban ialah orang sosialis dan komunis dalam sikap mereka. Mereka mahu kamu, seorang pekerja, untuk menyokong mereka. Para orang politik memberi pembiayaan kepada mereka untuk memperoleh undi mereka melalui pengongsian kekayaan daripada para pekerja kepada si lamban. Ini menentang kehendak dan firman Allah.
Allah dan Solomo merupakan orang kapitalis dalam sukatan yang penting ini untuk mengganjari ketekunan dan menghukum sikap berat tulang. Percayalah itu. Solomo telah menulis, “Tangan orang yang tekun akan memegang pemerintahan: tetapi yang kekukangan itu akan tanggung pemberian ufti” (Ams 12:24). Dan sekali lagi, “Jiwa si lamban mengingini, dan tidak memiliki apa pun: tetapi jiwa orang tekun akan digemukkan” (Ams 13:4).
Si lamban tidak harus dibantu. Sistem kebajikan Allah mudah sahaja – kita akan membantumu belajar sikap mahubekerja dengan membiarkanmu terus lapar! Paulus telah menulis, “Sebab waktu kami berada bersama kalian pun, inilah apa yang kami perintahkan kalian, iaitu sesiapa pun yang tidak ingin bekerja, dia juga tidak harus makan” (2Tes 3:10). Dan dia bukan sahaja patut kebuluran, dia juga patut dibuang keluar dari gereja (2Tes 3:6,14).
Kelaparan membantu orang bekerja (Ams 16:26). Semakin kempis perut, semakin besar kemahuan dan usaha terhadap pekerjaan. Percayalah itu. Selagi si lamban belum mahu bekerja, dia harus ditolak apa pun bantuan atau sokongan, kecuali kamu ingin bersubahat dengan dosanya itu. Rancangan Allah adalah supaya orang tekun diganjari dengan aset-aset yang sudah dirampas daripada orang yang kekukangan (Luk 19:12-26).
Kebajikan belas ihsan orang Kristian hanya dipakai kepada keperluan – makanan, pakaian, tempat lindung, atau kecemasan perubatan, dan kemudian hanya bencana alam; ia tidak patut membiayai kemalasan (Kis 2:44-45; 11:27-30; Yak 1:27). Allah mengharapkan orang miskin untuk memungut saki-baki tuaian yang ditinggalkan di ladang bagi mereka. Mereka masih harus bangun dan keluar pada cuaca sejuk untuk memperoleh itu (Ima 19:9-10; 23:22; Ula 24:19-21).
Pemberian menjadikan kamu penyubahat dalam dosa kekukangan. Bantuanmu menggalakkan dan mengesahkan kemalasannya, tidak kira apa pun yang dikatakanmu. Dia tidak peduli apa pun yang kamu katakan, asalkan kamu bayar – bayar bagi dia makan dan tidur dan bermain. Pertimbangkan satu lagi perumpamaan Yesus; para perawan yang berhikmah tidak mengongsikan minyak berharga mereka dengan para perawan yang bebal (Mat 25:1-13).
Supaya tidak berberat sebelah, si lamban ada juga seorang saudara – orang yang bekerja keras yang membazirkan pendapatannya dengan perbelanjaan atau pelaburan bebal (Ams 18:9; 13:23; 21:17,20). Jika kamu memberi subsidi kepadanya, kamu sekali lagi menjadi penyubahat dengan dosa. Manusia haruslah dipertanggungjawabkan untuk hidup dalam kemampuannya, berbelanja dengan bijak, diliputi insuran dengan wajar, melabur dengan berhemat, mengelak penajajaminan, dan apa yang serupa dengannya.
Hai ibubapa! Hancurkan sikap malas pada awal-awal kehidupan anak. Kepedihan masa depan kepada teman hidup, keluarga, dan kepada orang lain adalah sungguh besar. Tunjuk ajar tugas dan sukacita kerja keras. Galakkan mereka dengan ganjaran, tetapi hanya ketika mereka bekerja. Puji mereka kalau untuk perlaksanaan tugas yang baik, tetapi pastikan kamu mewajibkan semua tugasan untuk dilakukan dengan sepenuhnya dan dengan betul, dan dengan menepati masa. Dan ingatlah dengan baik, sarapan bukan hak!
Allah telah menetapkan tahap piawai sungguh tinggi bagi dirimu dan bagi diriNya. Kamu bukan sahaja harus bekerja keras dengan secukupnya untuk hidup, tetapi kamu juga harus menjana cukup pendapatan untuk memberi balik kepada Allah (10% daripada pendapatan kasar), untuk menabung (10% daripada pendapatan kasar), dan mampu memberi kepada orang lain yang ada keperluan sejati, sebab Allah akan membawa mereka melintasi jalan hidupmu. Inilah tugas-tugas, dan bukan pilihan (Ams 3:9; 6:8; 30:25; Efe 4:28). Inilah sebahagian daripada penyucianmu sebagai orang Kristian, yang diajar oleh injil (1Tes 4:11-12; Rom 12:11).