21:26
Dia mendamba dengan tamak sepanjang hari: tetapi orang benar memberi dan tidak sayang memberi.
Semua orang tidak setaraf. Orang tekun jauh lebih baik daripada orang malas. Memberi jauh lebih baik daripada mendamba. Si lamban dengan tamak selalu bernafsu; orang yang tekun dan salih memberi dengan murah hati.
Perbezaan di antara orang benar dan orang durjana adalah sungguh besar, dan ia termasuk etika kerjamu dan belas ihsanmu. Allah melihat segala bahagian hidupmu, dan orang salih adalah hemat tentang perniagaan dan belas ihsan (Ams 15:3). Hai pembaca, di manakah kamu berada di antara si lamban atau orang tekun?
Amsal ini dikaitkan kepada apa yang sebelumnya, “Keinginan orang kekukangan membunuhnya; sebab tangannya tidak ingin berjerih lelah” (Ams 21:25). Orang malas, walaupun tidur atau bermain selalu, membinasakan damai mereka dengan mengingini benda yang tidak dapat dimiliki mereka, kerana mereka benci kerja. Nafsu mengejar mereka siang dan malam; iri hati akan orang lain menimbulkan kebimbangan; tetapi mereka tidak akan berjerih lelah.
Orang malas adalah rosak dalam akhlak dan memberontak terhadap kebaikan. Mereka cabul dengan cara menjadi lamban dan kedambaan – dua perkara bertentangan. Sementara kelambanan melaparkan diri mereka, nafsu mereka pula menyesah diri mereka. Mereka menyangkal kebaikan dengan menerima kebajikan dan mahu lagi lebih daripada ingin memberi kepada orang keperluan. Mereka mahu daripada orang lain, walaupun mereka menolak membantu diri sendiri atau orang lain.
Si lamban mendamba – dia mahu apa yang tidak dimilikinya dan apa yang dia tidak rela bekerja untuknya. Dia tamak mendamba dengan bernafsu untuk jauh lebih daripada apa yang layak diterimanya atau apa yang dia tidak tahu pakai. Dia melakukan itu sepanjang hari, sebab dia tidak sibuk mengusahakan perniagaan atau projek seperti orang lain. Nafsu-nafsunya langsung tidak lesap, kerana kelebihan dan harta milik orang lain mengganggunya berlanjutan.
Orang benar sungguh berbeza. Allah mengasihinya, dan dia mengasihi Allah, dan dia juga mengasihi jirannya. Dia bekerja dengan setia setiap hari untuk menyedia bagi segala keperluannya dan ada cukup yang tertinggal untuk memberi kepada orang yang benar-benar keperluan (tetapi langsung tidak memberi kepada si lamban). Ketika dia memberi, dia memberi dengan murah hati; dia langsung tidak meloyakan belas ihsan; dia menyerakkan pendapatannya (Ams 11:24-26; Pkh 11:1-6).
Salah satu sebab untuk bekerja keras, seperti orang salih buat, adalah untuk memberi wang kepada orang lain. Itulah kesalihan (Efe 4:28; Luk 3:11; Maz 112:9; 1Tim 6:17-19). Orang baik lebih peduli memberi daripada menerima, melayani daripada dilayani, mengasihi daripada dikasihi. Ia lebih diberkati untuk memberi daripda menerima, walaupun tujuh orang pun tidak dapat meyakinkan si lamban akan peraturan itu (Ams 26:16; Kis 20:35).
Ada hukum-hukum biasa dan hukum-hukum luar biasa – kedua-duanya bertindak menentang si lamban; kedua-duanya bertindak menyokong orang tekun. Pertama, yang biasa: kemalasan membawa kemiskinan dan perhambaan; ketekunan membawa kekayaan dan kuasa (Ams 10:4; 12:24; 13:4; 22:29). Kemudian, yang luar biasa: Allah menghalang usaha-usaha si lamban, teatpi Dia memberkati orang tekun (Ams 15:19; 22:5; 28:20). Oleh itu, orang tekun maju secara geometri mengatasi si lamban, tepat-tepat apa yang diniatkan Allah (Luk 19:24-27; Pkh 2:26).