Amsal · Proverbs

21:27
Korban orang durjana ialah kekejian: betapa keji lagi, ketika dia membawanya dengan akal durjana?

Agama tidak mengagumkan Allah syurga. Dengarkah kamu kata-kata itu? Dapatkah kamu menanggapi pelajarannya dan amarannya? Kamu mungkin menghibur jiwamu yang bebal dengan aktiviti keagamaan, tetapi kemunafikan mempersendakan Allah. Dia membenci kehadiran gereja, perbuatan memberi, perkataan, dan pelayanan, jika kamu ada apa pun dosa dalam kehidupanmu (Ams 15:8; 28:9). Dia membencinya! FikiranNya ialah itu berbau busuk! Dia tidak dapat bertahan dengannya! Dan jika kamu ada niat jahat di dalam dalam pelayanan agamamu, Dia membenci itu lebih banyak lagi.

Manusia suka akan agama, kerana mereka mahu menghormati Allah, memperbenarkan diri mereka kepadaNya, menyenangkan orang lain, dan menenangkan jiwa mereka. Manusia suka agama, kerana ia mudah. Menghadiri gereja, membawa Alkitab, bercakap tentang kesalihan, memberi sedikit wang, dan melakukan perbuatan yang mulia adalah mudah. Mereka mungkin mengasihi Allah pun. Tetapi untuk menyelami hati dan kehidupan untuk mencabut benda-benda seronok yang bercanggahan dengan Alkitab adalah sukar. Kebanyakan orang hidup seperti orang munafik. Tetapi Allah membenci kemunafikan!

Orang lain suka agama kerana ia berguna. Mereka menghadiri gereja untuk memuliakan diri, kesempatan profesional, atau memangsakan balu (1Sam 2:12-17,22; Mat 6:1-6; 23:14). Mereka mungkin merelakan diri untuk jawatan-jawatan gereja. Setiap kota ada beberapa gereja yang mempunyai orang kenamaan yang saling membelai satu sama lain. Orang-orang ini kerap kali orang agnostik atau orang ateis; mereka tiada kemahuan untuk Allah. Mereka memakai agama untuk cita-cita yang mementingkan diri sendiri. Dan Allah membenci mereka lebih banyak daripada orang munafik!

Orang lain suka agama, kerana ia menyembunyikan niat durjana mereka untuk mengejar dosa. Pertimbangkan pura-pura Bileam bagi agama (Bil 23:1-3), Absalom menyelubungi khianatnya (2Sam 15:7-13), Izebel punya puasa untuk membunuh Nabot (1Ra 21:9-13), si penzina perempuan yang menunjukkan agamanya kepada mangsanya (Ams 7:13-14), dan guru-guru palsu di gereja-gereja Kristian (2Pet 2:12-19). Mereka semua itu memakai agama untuk menyelubungi kasih mereka untuk dosa, dan Allah membenci mereka lebih daripada orang munafik!

Semua orang berbohong kepada diri mereka sendiri (Yer 17:9). Sejak Taman Eden, manusia telah memilih perdayaan dan bohong mengatasi kebenaran dan kewajaran. Mereka membayangkan bahawa Allah melangkaui sesetengah atau semua dosa mereka kerana sembahyang keagamaan mereka. Tetapi mereka salah teruk. Allah membenci kemunafikan, dan Dia membenci semua sembahyang mereka. Dia menganggap sembahyang sedemikian sebagai dosa (Yes 1:13)! Dia membencinya (Yes 1:14)! Dan Dia berjanji untuk menolak doa-doa orang sedemikian (Yes 1:15)!

Israel tahu bahawa hanya mereka dari antara seluruh bangsa di bumi mempunyai sembahyang sejati Allah sejati. Mereka ada Jehovah punya bait suci, mazbah, imam, nabi, dan hukum. Tetapi mereka terlalu selesa di dalam bentuk agama lahiriah ini, maka Allah mengolok-olok mereka kerana percaya di dalam bait suciNya di Yerusalem tanpa menjalani hidup yang kudus (Yer 7:1-15). Kemudian Dia mengutus orang Kasdim untuk membinasa bait Suci Salomo dan kemudian orang Rom untuk membinasa bait suci Zerubabel. Berhati-hati!

Allah kerap kali membidas Israel bagi kemunafikan agama (Maz 50:7-23; Yes 1:10-20; 58:1-7; 66:1-4; Yer 6:20; 7:1-15; Hos 8:11-14; Amo 5:21-24; Mik 6:6-8; Mal 2:1-9). Dia mempertimbang dan menilai korban lembu mereka dan mendapatinya sebagai leher anjing, dan pemberian mereka seperti darah babi (Yes 66:3). Ia tidak berbeza di dalam Wasiat Baru. Yesus Kristus telah berjanji untuk meludah orang Laodikea dari mulutNya kerana agama mereka yang suam-suam sahaja (Wah 3:14-19).

Berapa banyak kemunafikan yang kamu fikir dapat dilepaskan? Sedikit? Kamu salah! Segalanya telanjang dan terbuka kepada mata Dia, iaitu Dia yang harus kita menghadap (Ibr 4:12-14). MataNya berada di segala tempat, sementara melihat kedua-dua jahat dan baik yang kamu buat (Ams 15:3). Dia menuntut segenap hatimu dan kehidupan kudus (Mat 6:24; 22:27). Apa pun yang kurang daripada itu dikiraNya sebagai perzinaan rohani dan akan dihakimi dengan keras sekali (Yak 4:1-10; Wah 2:1-5).

Agama Yesus Kristus mewajibkan hati yang suci dan hidup yang kudus (Yoh 4:24; Rom 12:1-2; Yak 1:27). Yesus mengolok-olok agama lahiriah yang kekosongan kekudusan batiniah (Mat 5:17-20; 6:1-6; 23:23-28). Dia memberi amaran untuk mendamaikan perhubungan-perhubungan sebelum membawa pemberian (Mat 5:21-26). Kederhakaan mengubahkan sembahyang agama kepada sembahyang berhala dan sihir (1Sam 15:22-23). Masa membahayakan zaman akhir mempunyai orang yang hanya ada bentuk kesalihan (2Tim 3:1-5).

Dosa-dosa apa yang patut diakuimu sebelum kamu melibatkan diri dalam apa pun aktiviti sembahyang yang lebih lanjut? Kamu harus mengakui setiap dosa yang dapat difikirkanmu, dan kamu patut meminta Allah untuk menunjukkanmu semua dosa yang lain pada dirimu (Maz 139:23-24; 19:14). Bacalah amsal ini semula. Kamu pasti tidak mahu bermain-main dengan Allah Yang Maha Kudus Alkitab dengan memakai namaNya di mulutmu sementara kamu ada dosa di dalam kehidupanmu (Maz 50:16-23; Yeh 20:39). Pergilah kepadaNya sekarang, kerana Dia akan mengampuni orang yang benar-benar menyesal.