21:25
Keinginan orang kekukangan membunuhnya; sebab tangannya tidak ingin berjerih lelah.
Apakah yang lebih teruk daripada menjadi malas? Menjadi malas dan mahu benda! Betapa pedihnya pedang mata berdua itu! Gabungan benda-benda yang elok tetapi membenci kerja sungguh mematikan. Itu membunuh orang yang kekukangan.
Betapa geramnya untuk melihat benda diiklankan, tetapi suka tidur, suka santai, suka sukan, dan suka Internet sebegitu banyak sehingga menolak kerja yang diperlukan, maka kamu tidak memiliki apa-apa pun (Ams 13:4). Itu seperti maut.
Betapa geramnya untuk melihat orang yang tekun naik pangkat atau makmur di dalam perniagaan, tetapi sendiri sebegitu dihanguskan kekukangan sehingga kamu tidak dapat fikir jalan yang paling mudah untuk maju pun (Pkh 10:15).
Amsal ini berhubung kait rapat dengan yang kemudian, “Dia mendamba dengan tamak sepanjang hari: tetapi orang benar memberi dan tidak sayang memberi” (Ams 21:26). Kematian yang si lamban alami ialah kebinasaan damai sejahtera mereka oleh keinginan mereka yang tamak dan yang damba sementara membenci kerja.
Berapakah bijaknya si lamban? Mereka orang bebal. Mereka mahu keselesaan dan kenikmatan yang dinikmati orang lain, tetapi mereka enggan bekerja untuk mendapatkannya. Mereka cabul. Ia kegilaan untuk menggabungkan kedambaan dengan kekukangan – sebab ia menentang satu sama lain dan menghantui si lamban sehingga nak gila.
Adakah kemalasan suatu masalah yang besar? Memang demikian. Solomo hampir berlebihan dengan amaran-amarannya yang banyak (Ams 6:6-11; 10:4,26; 12:24,27; 13:4; 15:19; 18:9; 19:15,24; 20:4; 22:13; 24:30-34; 26:13-16). Selidikilah dirimu sendiri, hai pembaca. Apakah yang patut kamu buat pada hari ini yang telah kamu buang?
Ketekunan dalam perniagaan ialah sebahagian Kristian yang sejati (Rom 12:11). Ciri apa yang akan menyanjungi orang dari menjadi sederhana kepada cemerlang? Ketekunan (Ams 22:29)! Apakah yang dari ciri yang paling utama perempuan yang berakhlak mulia – isteri yang sempurna? Ketekunan (Ams 31:10-31)!
Ia bebal dan berdosa untuk menghibur, berbahas, atau memberi makan kepada si lamban. Jika kamu menghiburkannya, kamu memberi kehormatan kepada orang bebal (Ams 19:10; 26:1,8). Jika kamu mendengarnya, kamu menodakan kehormatanmu sendiri (Ams 26:4,13-16). Jika orang yang berjaya memberinya sebab untuk bekerja, dia masih fikir bahawa dia betul (Ams 26:16). Jika kamu memberinya makan, kamu menyokong kemalasannya (Ams 20:4; 2Tes 3:10).
Apakah yang Amerika buat dengan si lamban? Segala dosa di atas yang dikutuk Alkitab. Apakah hasilnya? Anggapan yang angkuh akan kelayakan, penambahan lintah-lintah yang sedemikian, dan penambahan tuntutan oleh kukang-kukang tersebut yang sebenarnya akan bekerja kalau bekalan makanan percuma kepada mereka diputuskan (Ams 16:26)!
Tidak pernah sebegitu banyak melakukan sebegitu sedikit dan menuntut sebegitu banyak. Tidak pernah sebegitu sedikit bekerja sebegitu keras untuk membayar sebegitu banyak untuk sebegitu sedikit. Tidak pernah adanya kerajaan yang menghukum para pekerja sebegitu keras oleh cukai dan inflasi dan mengganjari si lamban dengan sebegitu murah hati dengan biaya dan kebajikan.
Kekukangan sekarang melintasi batasan bangsa, umur, dan jantina. Batasan-batasan budaya dan negara sekarang sudah kurang nyata (Tit 1:12). Murid-murid menuntut supaya kerajaan membayar bagi pendidikan, sementara tidak membayar balik pinjaman pengajian tinggi mereka. Mereka berbahas dan berjuang untuk hak-hak mereka, tetapi tidak pernah mempertimbangkan tanggungjawab mereka sendiri. Kekukangan telah membunuh hati nurani, akhlak, komuniti, dan akal budi.
Amerika mungkin ada Musa, Sepuluh Hukum, atau Alkitab terpapar di tempat-tempat yang nyata, namun tiada pengetahuan atau pemakaian akannya, malah di dalam isu yang sebegitu mudah ini juga – tiada makanan percuma, dan orang yang tidak mahu bekerja tidak patut makan (2Tes 3:10). Ini bukan sains roket; ia ekonomi yang asas. Sesiapa pun yang berselisih dengan itu ialah orang bebal (Ams 26:12,16).
Apakah pelajarannya? Elak dan kutuklah si lamban. Mereka akan merosakkan perniagaanmu jika kamu mengupah mereka; membinasakan nama baikmu jika kamu memberi mereka surat sokongan; dan merosakkan pendirianmu yang baik di hadapan Allah jika kamu menghibur, membahas, atau memberi mereka makan. Biar mereka kebuluran untuk bekerja sebelum mereka membunuh diri mereka sendiri dengan kedambaan ketamakan. Anggaplah dirimu sebagai juruselamat mereka. Jimatlah perbelanjaan terhadap mereka lalu menambahkan pendapatanmu.
Apakah pelajarannya? Elak menjadi seorang yang kekukangan, sebab kalau tidak kamu layak untuk untuk dihukum. Adakah kamu berdaya inisiatif dan rajin seperti semut (Ams 6:6-11)? Adakah kamu naik seperti krim dalam minuman ke atas (Ams 22:29)? Adakah perniagaanmu dalam keadaan sempurna (Ams 24:30-34)? Adakah kamu bersiap sedia untuk perubahan (Ams 27:23-27)? Adakah kamu mempunyai lebih daripada mencukupi, supaya kamu boleh memberi dengan murah hati (Ams 21:26; Efe 4:28)?
Apakah pelajarannya? Ajarlah anak-anakmu dan orang lain yang di bawah pengaruhmu untuk menjadi tekun, sebab ia salih dan wajar. Kerja di rumah untuk kanak-kanak, yang dahulu merupakan hukum biasa, sekarang dianggap masyarakat sebagai mendera anak. Jika anak tidak membantu dengan kerja-kerja di rumah, mereka tidak patut menerima keistimewaan-keistimewaan makanan di dapur. Mereka akan cepat belajar. Jika kamu berniaga, pecatlah si lamban, dan beri bonus kepada yang tekun.
Apakah pelajaran yang lebih besar? Kebanyakan orang mengingini syurga, tetapi sedikit sahaja yang bekerja maju kepadanya. Jiwa-jiwa mereka enggan berjerih lelah untuk makanan yang bertahan sampai hidup yang abadi (Yoh 6:27). Merekamahu pintu yang lebar dan jalan yang luas (Mat 7:13-14). Mereka mahu tidur dan mabuk dengan seluruh dunia yang lain (1Tes 5:6-7). Mereka tidak akan bertahan dengan doktrin yang sihat (2Tim 4:3-4).
Yang tekun secara rohani berebut ke dalam kerajaan dengan memaksa (Mat 11:12; Luk 16:16). Mereka berebut untuk memasuki pintu yang suntuk (Luk 13:24). Mereka memberi segala ketekunan untuk menjadikan panggilan dan pilihan mereka pasti (2Pet 1:5-11). Iman mereka bekerja, kasih mereka berjerih lelah, dan harapan mereka bertahan (1Tes 1:2-4; Yak 2:14-26). Allah tidak akan melupakan khidmat mereka yang mengasihi (Ibr 6:10).
Kristian yang hebat adalah tekun di syurga dan di bumi, dalam turutan itu, dengan keutamaan yang jelas, dan mereka tidak mengabaikan tugas-tugas perniagaan mereka. Mereka mengikuti Tuhan dan Tuan mereka, Yang berkata, “Aku harus mengerjakan kerja dia yang mengutusku, sementara masih siang: malam menjelang, ketika tiada seorang pun yang dapat bekerja” (Yoh 9:4).