Amsal · Proverbs

22:3
Orang yang berhemat nampak kecelakaan, dan menyembunyikan dirinya: tetapi yang pandir lalu sahaja, dan dihukum.

Bahaya di depan! Tanggung risiko sendiri kalau maju! Jika kamu nampak amaran ini di jambatan, kamu akan mencari lagi jalan lain yang selamat. Pemandu yang bebal, sesetengah orang mabuk – sesetengah lagi tengah bermesej di telefon bimbit, akan maju ke depan dan mungkin mati. Berapa berwaspadakah kamu dengan tanda-tanda bahaya lain dalam kehidupan?

Orang berhikmah berpandangan jauh – mereka memandang ke depan bagi apa-apa masalah yang mungkin timbul. Mereka mengelak masa depan yang memedihkan dengan mengubahkan keputusan-keputusan mereka pada hari ini. Orang bebal berpandangan dekat – mereka dengan yakin bergegas maju dengan kurang peduli kepada risiko dan kesan-kesan masa depan perilaku mereka. Amaran-amaran yang tidak diendahkan mereka menjadi masalah yang benar-benar menghukum mereka, kerap kali dengan keras sekali.

Orang yang berhemat, iaitu orang yang berbudi bicara dan berhikmah, nampak bahaya di depan, maka mereka mengelaknya. Mereka tidak mahu dipedihkan, maka mereka mengubahkan jalan mereka. Orang pandir, iaitu orang yang bebal dan suka melulu, maju ke depan tanpa kewaspadaan yang wajar lalu dipedihkan. Sementara tidak berfikir pada saat itu, mereka gagal untuk melindungi masa depan mereka. Peraturan ini begitu penting sehingga ia ada amsal yang kembar seiras dengannya (Ams 27:12).

Hikmah dengan serius memandang ke depan sebelum membuat apa pun keputusan. Ia tahu bahawa sikap pesimistik lebih baik daripada sikap optimistik. Kamu telah mendengar kata pepatah benar, “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Paulus menjelaskan pendekatan yang berhati-hati ini sebagai waspada – siasatan setiap sudut dari setiap arah, dengan lingkupan penuh untuk berhati-hati sepenuhnya (Efe 5:15).

Rabun jauh atau berpandangan dekat adalah bahaya, sebab apa yang mungkin dapat berjaya atau selamat sekarang mungkin ada kesan-kesan masa depan yang buruk. Memandang ke belakang (sejarah) mungkin jelas benar dan ada penglihatan 20/20, tetapi itu tidak bernilai. Siapakah yang mahu peduli apa yang telah dilakukanmu sesudah hasilnya nyata? Kejayaan bergantung kepada melihat hasil-hasilnya dari awal-awal lagi. Pandangan jauh dalam orang berhikmah, dengan berkat Allah, dapat meramalkan masa depan secara am.

Sesudah terjadinya beberapa azab, sesetengah orang Mesir memasukan ternakan lembu mereka ke bangsal ketika mereka mendengar bahawa Musa telah mengancam akan datangnya ribut hujan batu (Kel 9:20-21). Mereka memandang jauh melebihi kebencian mereka terhadap orang Israel supaya dapat melihat bahaya besar yang akan berlaku. Tetapi Firaun dengan bebal membawa kereta kudanya ke dalam Laut Merah dalam keradangannya. Yang salah satu menyelamatkan ternakan mereka daripada pembinasaan yang pasti; yang satu lagi pula dihukum dengan kematian lemas.

Bergegas-gegas itu membazir! Perlahankan diri! Fikir! Apakah yang mungkin terjadi yang kamu harus lihat? Dalam aspek manakah yang kamu membabi buta menentang tanda-tanda amaran? Jika kamu condong bergegas-gegas, maka kamu memerlukan peraturan ini lebih daripada orang lain. Jika kamu degil, maka kamu harus merendahkan dirimu. Sudahkah kamu dengan teliti menyelidiki semua pilihan yang lain bagi kesan-kesan yang mungkin? Jika belum, lakukannya. Kalau tidak, kamu akan dihukum.

Pertimbangkan peperangan. Seorang panglima akan mempertimbangkan suatu pertempuran dan menarik diri daripadanya supaya dapat bertempur dalam keadaan yang lebih baik. Musuhnya, askar-askarnya, dan hatinya mungkin memanggil dia seorang pengecut. Tetapi dia tahu bahawa budi bicara lebih baik daripada keberanian. Dia mahu keadaan-keadaannya untuk lebih memihak kepadanya sebelum bertempur. Panglima yang bebal pula maju terus, dengan suatu pameran perarakan besar, hanya untuk kalah teruk dengan penghapusan angkatannya sendiri.

Pertimbangkan perniagaan. Para pengurus yang bebal membuat keputusan jangka masa pendek untuk keuntungan semasa, dan cuai memandang kepada perubahan-perubahan yang sedang menjelang dalam suasana politik atau politik yang akan merugikannya pada jangka masa panjang. Orang berhikmah ada rancangan strategik yang serius untuk pertumbuhan dan keselamatan masa depan, meskipun ia mungkin menyakiti keuntungan jangka masa pendek. Mereka menyembunyikan syarikat-syarikat mereka daripada masalah yang akan datang.

Pertimbangkan peluang pelaburan. Orang berhikmah ketawa mendengar cerita-cerita skim cepat kaya, kerana dia tahu tiada apa pun yang datang melayang. Dia mencari cetakan halus, kesaksian-kesaksian yang berbohong, dan muslihat-muslihat jualan. Orang bebal pula, dalam keghairahannya untuk mengelak jerih lelah dan ingin untuk menjadi penting, hanya ingin tahu di mana dia harus tanda tangan dan bagaimana membuat deposit.Mereka percaya kepada setiap perkataan yang didengar mereka. Hukuman mereka sudah terjamin tentu.

Pertimbangkan perkahwinan. Orang bebal tertambat dengan kecantikan dan emosi tanpa peduli menguji seorang jodoh. Mereka akhirnya berada dalam perkahwinan yang pedih dan dihukum sepanjang kehidupan mereka kerana pilihan mereka yang tidak sabar, melulu, dan yang jahil. Orang berhikmah memakai banyak penasihat dan kriteria-kriteria yang diberi Allah supaya mengelak perangai buruk lalu mendapat calon-calon yang layak untuk perkahwinan yang hebat.

Ingat, perempuan yang jelek dan perempuan asing hanya dikenali dengan melihat melepasi tanggapan-tanggapan semasa (Ams 6:25; 30:23). Wajah dan kelakuan mereka ketika saling memikat memang sungguh menambat hati, tetapi masa depan mereka akan membawa penderitaan yang teruk benar. Tanyalah tujuh orang yang berhikmah untuk penilaian mereka sebelum kamu menjunam masuk ke dalam perhubungan jangka masa panjang hanya kerana main cinta ataupun keperluan.

Pertimbangkan pendidikan. Jika seseorang tidak mempersiapkan dirinya dengan secukupnya untuk bidang pekerjaan yang menguntungkan, maka dia harus mengharungi hukuman bekerja dengan lebih keras untuk upah yang lebih murah daripada rakan-rakan sebayanya yang berhikmah. Kepedihan menganggur jangka masa panjang menghapuskan apa pun kenikmatan jangka masa pendek yang diperoleh daripada bermain bola keranjang atau permainan video, memandu kereta sport mewah, atau hidup dengan senang-wenang.

Pertimbangkan kewangan. Orang bebal membelanjakan wangnya dan tiada rancangan keselamatan untuk masalah atau modal untuk melabur dalam peluang-peluang perniagaan. Orang berhikmah, dengan mengehadkan perbelanjaan dan membahagikan sebahagian pendapatan untuk penabungan, ada kedua-duanya bagi perlindungan dan kemakmuran harta milik keluarganya. Hanya orang yang memandang jauh akan dapat membuat pilihan yang betul bagi aliran tunai pada hari ini.

Pertimbangkan didikan anak. Ibubapa yang berhikmah menilai anak-anak mereka dan mengubahkan didikan untuk mengelak masalah pada masa depan. Ibubapa yang bebal, yang terlalu malas untuk menilai atau mendidik, kekal dalam kemalasan mereka lalu menderita kesan-kesan pedih iaitu anak-anak yang memberontak. Orang berhikmah memilih kesukaran mendidik untuk memperoleh untung ganjaran masa depan dengan anak-anak yang berjaya (Ams 22:6; 29:15,17).

Pertimbangkan dosa. Orang berhikmah mengelak godaan-godaan yang membawa kepada dosa (Rom 13:14). Mereka menjauhi apa pun yang nampak jahat (1Tes 5:22). Tetapi orang bebal membabi buta, seperti Simson dan Daud, ke dalam dosa-dosa yang menghukum diri mereka dengan teruk pada masa depan. Orang berhikmah tahu bahawa menonton televisyen pada malam ini mungkin akan mengenakan kesan-kesan pedih bagi jiwanya dan keluarganya pada masa depan.

Pertimbangkan Hari Penghakiman. Orang berhikmah nampak kengerian menjelang dan menjalani kehidupan yang kudus kerana itu (2Kor 5:10-11). Tetapi orang bebal menyukai kenikmatan dosa untuk seketika, dan tidak mempedulikan kepedihan kekal tindak laku mereka. “Kenikmatan” jangka masa pendek membawa hukuman jangka masa panjang. Seluruh dunia pandir benar – mereka langsung tidak mempedulikan hari kengerian yang menjelang ini.

Tuhan Yesus Kristus akan datang tidak lama lagi. KedatanganNya ialah hari ngeri bagi orang yang hidup dalam kenikmatan di sini. Tetapi bagi orang yang hidup bagiNya di sini, kedatanganNya akan menjadi kenikmatan kekal. Hai pembaca, jadilah berhikmah. Rendahkanlah dirimu, lihatlah kecelakaan yang menjelang, dan sembunyikan dirimu dalam Kristus.