22:4
Oleh kerendahan hati dan takut akan TUHAN ada kekayaan, dan kehormatan, dan kehidupan.
Hanya Allah Jehovah dapat mengajar hikmah rahsia dengan janji-janji besar dalam tiga belas perkataan. Pujilah namaNya yang mulia! Dan bersyukurlah kepadaNya bagi peluang untuk belajar kebenaran ilahi daripada Allah Yang Maha Benar dan Yang Maha Hidup. Dunia ini tersandung di dalam kejahilan pendidikan, dan hairan mengapa diri mereka begitu miskin, terhina, dan disfungsi. Mereka tidak akan mengenal hikmah ini dan ganjaran-ganjarannya.
Di sinilah dua syarat untuk tiga berkat. Seorang lelaki yang berhikmah akan menanggap setiap lima aspek amsal yang mudah dan yang terus terang ini. Mengabaikan suatu permata seperti ini memperdayakan dan membenci diri sendiri, sebab berkat-berkatnya sungguh besar dan syarat-syaratnya mudah sahaja. Rendahkanlah dirimu di hadapan Penciptamu, dan tolaklah setiap gagasan yang kamu ada yang bercanggah dengan hikmah yang ada di hadapanmu.
Kerendahan hati ialah syarat yang pertama. Ia bermaksud untuk memikir dirimu rendah. Ia mengaku bahawa dirimu seorang pendosa, kamu tidak ada segala jawapan, dan tanpa bantuan Allah kamu tidak dapat melakukan apa pun dengan baik atau dengan betul. Ia terbukti oleh perbuatan menerima pembetulan, meminta ampun, mengelak pujian di khalayak ramai, melayani orang lain tanpa heboh diri, kurang bercakap di khalayak ramai, tidak sesekali mahu bercakap tentang diri sendiri, dan suka memuji orang lain.
Takut akan TUHAN ialah syarat yang lain. Inilah sikap hormat untuk mencari dan memuliakan Allah dalam segala yang dilakukan. Orang demikian melakukan segalanya yang dia mampu untuk mentaati dan menyenangkan Allah, dan dia mengelak sebaik semungkin apa pun yang akan menghina Allah. Ini dikenalpastikan oleh keinginan seseorang untuk khutbah, Alkitab, kewajaran, dan betapa banyak dia membenci dosa (Ams 8:13).
Kekayaan ialah berkat yang pertama. Kadang kala ini berkat-berkat kewangan, tetapi kerap kali ia benda-benda yang lain juga. Ada banyak lagi hal yang lebih besar daripada wang di bank kepada semua orang kecuali orang yang tamak dan yang bakhil (Ams 15:17; 16:8; 17:1). Ini juga termasuk berkat-berkat rohani di sini dan di akhirat. Jika kamu kecewa atau tidak terharu oleh kekayaan syurgawi, kamu juga ketiadaan kerendahan hati atau takut akan Tuhan, dan kamu tidak memahami kekayaan yang benar (Luk 16:11).
Kehormatan ialah berkat yang kedua. Seorang yang rendah hati yang takut akan TUHAN akan membesar dalam keredaan dengan Allah dan manusia (Luk 2:52). Allah yang besar memuliakan orang yang memuliakanNya (1Sam 2:30; Yak 4:10). Orang yang takut akan TUHAN akan dihormati orang lain, sebab perangainya berbudi baik dan benar (Ams 18:12; 22:11). Orang-orang akan ingin menjadi kawannya, dan dia akan diangkat tinggi melebihi lelaki lain melalui dua ciri yang cemerlang dan yang jarang.
Kehidupan ialah berkat yang ketiga. Apa yang dapat dimaksudkan kehidupan di sini termasuk apa yang tidak dapat dijelaskan (1Kor 2:9). Tetapi Alkitab memang menyebut tentang kehidupan yang berkelimpahan, suatu kehidupan yang baik, kehidupan yang sukacita, kehidupan yang aman damai, kehidupan yang berhasil, kehidupan yang lanjut umur, dan kehidupan kekal. Dan kedua-dua zaman sekarang dan kekekalan akan diluangkan dengan Allah Sendiri sebagai kawanmu (Kej 15:1; Kel 33:11).
Kamu tidak pernah membaca tiga belas perkataan yang menawarkanmu sebegitu banyak untuk bayaran yang sebegitu sedikit. Apakah yang akan kamu buat dengan hikmah ilham Allah melalui pena Raja Solomo? Kamu tidak boleh memperoleh kekayaan, kehormatan, dan kehidupan dengan apa pun cara yang lain. Tiada jalan pintas untuk mengelak kerendahan hati dan takut akan Allah sebagai syarat-syarat yang wajib untuk kemakmuran dan kejayaan. Rebut untuk hikmah ini dan jalani hidupmu dengannya!