23:16
Ya, batinku akan bersukacita, ketika bibirmu mengucap apa yang wajar.
Ayah sungguh gembira ketika anak-anak lelaki berakhlak mulia dan berhikmah, dan itu ditunjukkan oleh pertuturan yang terkawal dan yang wajar, yang menandakan hati yang suci dan yang wajar. Salomo menggesa anak lelakinya kepada hikmah dengan memberitahunya betapa banyak ayah disenangkan oleh kehidupannya yang berakhlak mulia (Ams 23:15-16). Anak-anak lelaki harus sedar betapa ayah mementingkan hal menjadi berhemat dan berakhlak mulia dalam kehidupan mereka. Dengan menghormati ayah mereka, anak-anak lelaki akan juga menjamin berkat-berkat Allah (Efe 6:1-3).
Pembukaan amsal ini dengan perkataan, “Ya”, menghubungkaitkannya kepada amsal yang sebelumnya. Istilah persetujuan dan penjelasan mengikat dua ayat itu bersama. Salomo telah menulis, “Hai anakku, jika hatimu berhikmah, hatiku akan bersukacita, justeru hatiku” (Ams 23:15). Salomo memberitahu anak lelakinya betapa ia sungguh bererti kepada dirinya supaya anak lelakinya menjadi berhikmah dalam hati dan menjadi wajar dalam pertuturan (Ams 23:15-16).
Apakah maksud batin Salomo? Apakah maksud batin mana-mana pun ayah? “Batin” bermaksud keinginan lubuk hati dan dan kerinduan sanubari yang amat serupa dengan pemakaian perkataan “hati”. Ketika hati dan batin digabungkan bersama, ia menjadi metafora bagi segala bahagian dalaman manusia.
Bandingkan amsal ini dengan amsal yang sebelumnya. Salomo pertama-tama menyatakan hatinya akan bersukacita, yang kamu boleh faham sebagai tempat segala kerinduannya (Ams 23:15). Kemudian dia berkata bahawa batinnya akan bersukacita, yang kamu boleh faham dengan cara yang sama, sebagai perkataan yang menjelaskan fikiran dan perasaan dalaman (Ams 23:16). Anak lelaki yang berhikmah membawa kesenangan dalaman kepada hati dan batin.
Apakah yang dapat seorang anak buat untuk menyebabkan batin ayahnya – jiwa, hati, keinginan dan kerinduan ayahnya – untuk bersukacita? Dia boleh menyebut hal-hal yang wajar. Kebebalan terikat di dalam hati para pemuda, dan ia kerap kali keluar daripada bibir mereka. Ketika seorang anak berbicara dengan berhati-hati, dengan berhemat, dan dengan berhikmah, seorang ayah disenangkan di dalam hati, sebab dia tahu anak lelakinya sedang menguasai hatinya dan lidahnya.
Ucapan ialah tanda yang besar akan akhlak. Orang bebal mendedahkan diri mereka dengan lekas oleh pertuturan mereka yang tidak terkawal atau yang bodoh (Ams 15:2,28; 18:6-7; Pkh 10:12-14). Anak-anak lelaki yang berhikmah berbudi baik dalam pertuturan (Ams 22:11; Pkh 10:12; Kol 4:6). Mereka menguasai lidah mereka, yang menandakan penguasaan diri yang besar dan kehematan (Yak 3:2-12). Mereka mengucapkan kebenaran dalam kasih (Efe 4:15).
Bagaimanakah seseorang ayah tahu jika dia ada anak yang hebat? Dia mendengar untuk pertuturan yang berhikmah dan wajar, kata-kata yang berbudi dan yang membantu, dan kesaksian yang setia dan yang benar. Dia mendengar untuk jawapan-jawapan yang berhemat, dan dia mahu mencium anaknya ketika dia mendengar itu (Ams 24:26; 25:11). Seorang ayah tahu bahawa pertuturan yang baik menyatakan hati yang baik (Mat 12:35). Dia menanggapi kebaikan yang akan dilakukan anak lelakinya pada masa depan.
Anak-anak menyebabkan ayah untuk bersukacita atau berdukacita. Seorang anak lelaki yang berhikmah ialah berkat besar dan menyukakan hati ayahnya, tetapi anak bebal ialah bencana dan menyebabkan banyak kepedihan kepada ayahnya (Ams 10:1; 15:20; 17:21,25; 19:23; 23:24-25; 29:3). Allah telah mentahbiskan ayah, dan Dia mengganjari atau menghukum anak-anak lelaki, sesuai dengan sukacita atau dukacita yang diberi mereka kepada ayah (Efe 6:1-3). Anak-anak bebal mendukakan ayah mereka dan mencapai penghakiman Allah; anak-anak berhikmah pula mengujakan ayah mereka dan mencapai berkat Allah.
Yesus dari Nazaret merupakan anak lelaki yang sempurna. Dia tertakluk kepada Yusuf dan ibuNya, dan Dia bertumbuh dalam hikmah dan menyenangkan kedua-dua Allah dan manusia (Luk 2:51-52). Betapa bahagianya ibubapaNya! Dia selalu mengucapkan apa yang wajar, sementara kedua-dua kawan dan musuh kagum akan penguasaan dan pemakaian pertuturanNya (Mat 22:22; 27:14; Yoh 7:15,46). Dia selalu menyenangkan AyahNya di syurga, Yang telah mengganjariNya dengan takhta alam semesta (Yoh 8:29; Flp 2:5-11; Ibr 1:8-9).