Amsal · Proverbs

24:13
Hai anakku, makanlah madu, kerana ia baik; dan indung madu, yang manis rasanya:

Apa yang manis boleh menyegarkan dan menyukakan diri. Salomo memakai madu untuk perbandingan dengannya. Ia berguna untuk membangkitkan semula semangat seseorang yang lapar (1Sam 14:27). Madu juga manis untuk kenikmatan ketika memakannya (Maz 19:10). Madu menggambarkan dua berkat hikmah – ia membangkitkan semula semangat dan membekalkan banyak kesenangan. Hikmah juga memberi ganjaran dengan kejayaan yang pasti (Ams 24:14).

Amsal di hadapanmu ialah bahagian pertama perbandingan secara metafora bagi hikmah. Di sinilah bahagian yang kedua: “Demikianlah jadinya pengetahuan hikmah bagi jiwamu: sesudah kamu menemuinya, adanya suatu ganjaran, dan harapanmu tidak akan diputuskan” (Ams 24:14). Mencapai hikmah merangsangkan dan menyukakan, dan kemudian ia memimpin kepada kemakmuran yang mengganjari diri.

Madu ialah makanan yang biasa di Israel pada zaman pemerintahan Salomo (Ima 20:24; Yes 7:15; Mat 3:4). Kalau dimakan pada kadar yang betul, ia menyamankan dan sungguh menyenangkan. Terlalu banyak madu boleh menjadikanmu mual, tetapi itu tidak dipertimbangkan di sini (Ams 25:16,27). Ciri-ciri madu untuk menghidupkan dan menyukakan jiwa ialah apa yang dia pakai untuk menggambarkan dan menyanjungi nilai hikmah.

Sudahkah kamu mengalami keriangan dan kenikmatan madu? Atau lebih baik, kenalkah kamu kesukaan hikmah yang membangkitkan semula semangat? Sesudah kamu mengecapi madu, pemanis atau pengganti yang lain mudah dikesan. Sesudah kamu belajar hikmah Allah, gagasan yang paling baik pun adalah tawar atau pahit kepada hatimu dan mindamu, sebab ia jauh lebih rendah kalau dibandingkan dengan hikmah.

Daud telah memakai perbandingan yang serupa. Ciptaan, terutamanya matahari, menyatakan kemuliaan Allah, supaya orang tiada apa pun alasan untuk tidak mengendahkanNya (Maz 19:1-6; Rom 1:18-21). Tetapi jauh lebih daripada apa yang ditunjukkan alam semula jadi ialah hikmah Alkitab (Maz 19:7-9), yang adalah lebih bernilai daripada emas dan lebih manis daripada madu (Maz 19:10). Seperti pelajaran hikmah di sini, alkitab juga menyelamatkan manusia daripada masalah dengan amaran-amaran mereka, dan mereka membawa ganjaran yang besar (Maz 19:11).

Jika kamu tahu madu membangkitkan semula semangat dan menyukakan, mungkinkah kamu mengingini kubis ketika kelaparan dan sedang memerlukan sesuatu untuk menyegarkan dirimu? Sesudah kamu mengecapi firman Allah, mengapakah kamu mahu pertimbangkan apa pun yang ditawarkan dunia? Yang kedua adalah jauh lebih teruk kerana dunia dan hikmahnya bertentangan dengan Allah, dan Dia sudah berazam sepenuh-penuhnya untuk membinasakan kedua-dua itu (1Kor 1:19-21; 3:18-20).

Adakah kamu mengejar dan mendekati khutbah firman Allah dengan keinginan dan sukacita yang seiraskeinginan dan sukacita yang ditunjukkan seorang lelaki kelaparan terhadap madu? Atau adakah kamu memandang hina nubuatan seperti yang diberi amaran Alkitab (1Tes 5:20)? Adakah kamu membenci doktrin yang sihat seperti orang yang kononnya Kristian (2Tim 4:3-4)? Akuilah kebebalanmu dan rendahkanlah dirimu di hadapan Allah Yang Maha Besar, bersyukurlah kepadaNya bagi firmanNya yang berilham dan hikmahnya, dan carilah bagi dirimu seorang pengkhutbah Alkitab.