Amsal · Proverbs

24:10
Jika kamu lemah pada hari kesusahan, kekuatanmu itu sikit sahaja.

Lelaki dan perempuan yang hebat tidak berputus asa. Mereka itu pemenang. Mereka tidak pedulikan kesukaran, menahan keletihan, dan menentang tentangan. Mereka tahu hal-hal negatif memang akan timbul, jadi mereka bersiap untuk itu, dan mereka berjuang melaluinya. Hanya yang lemah akan gagal atau berhenti apabila jalan yang diharungi menjadi sukar.

Berapa hebatkah kamu? Berapa kuatkah kamu? Jika kamu kerap kali geram, rasa kalah, fikir untuk berhenti, atau memang berhenti sesekali, maka kamu lemah. Raja Solomo di sini mendorong kamu kepada kesetiaan dan tekad yang lagi hebat dengan memberitahumu bahawa kamu boleh berjaya.

Tidak seorangpun yang suka kesusahan, iaitu penderitaan, kesukaran, kesulitan, atau bahaya. Semua orang akan memilih untuk mengelakkannya. Ia mudah bagi sesiapapun untuk berasa geram terhadapnya. Tetapi ia betul-betul menyukat kekuatan dan imanmu terhadap Allah, sebab kesusahan ialah cara yang paling baik untuk menguji integriti dan ketekunan.

Tanpa kesusahan, bagaimanakah kamu menunjukkan iman atau kekuatan? Kamu boleh berbincang tentangnya, tetapi perbincangan itu murah sahaja. Kamu mungkin percaya bahawa kamu kuat, tetapi itu lebih memperdayakan diri. Kamu mungkin memberitahu Tuhan bahawa kamu tidak akan menyangkalkanNya, tetapi sehingga pencubaan itu telah berlangsung, kata-katamu itu sia-sia sahaja. Kesusahan itu mendedahkan pengakuan palsu pendengar yang berhati tanah batu, jadi ambil peduli.

Ia memang suatu dusta untuk berfikir bahawa kehidupan Kristian itu senang tanpa bermasalah (Ayub 5:6-7). Tanyalah Ayub, Musa, Daud, atau Paulus. Kelebihan seorang Kristian ialah janji Allah untuk menolong dia di dalam kesusahannya. “Penderitaan itu banyak bagi orang benar: tetapi TUHAN menyelamatkannya daripada segalanya itu.” (Maz 34:19). “Sebab seorang yang benar jatuh tujuh kali, dan bangkit semula” (Ams 24:16).

Ia juga suatu dusta untuk berfikir bahawa orang Kristian tidak menjadi lemah, sebab orang hebat pun mempunyai nafsu yang sama dan kadangkala jatuh (Bil 11:11-15; 1Raj 19:1-4; Ayub 3:1-16; Yer 20:14-18; Mat 26:69-75). Banyak Mazmur telah ditulis oleh Daud apabila dia berasa kecewa (Maz 42:5; 55:4-5; 142:1-3). Rasul Paulus pun dapat dijatuhkan, walaupun tekad dan keberkesanannya tidak pernah dibinasakan (2Kor 4:8-10). Kamu harus menguasai rohmu dan menolak apa-apapun perasaan mengalah.

Allah membawa kesusahan untuk menguji imanmu, seperti yang Dia lakukan dengan Ayub. Dia akan membawa masalah untuk melihat betapa kamu bergantung kepadaNya daripada bergantung kepada dirimu sendiri. Dia akan menentukan betapa banyak kamu menghargaiNya daripada benda-benda yang lain di dalam hidupmu. Adakah kamu hanya menyembahNya untuk mendapat suatu pagar perlindungan, seperti Syaitan berkata tentang Ayub (Ayub 1:9-11)? Akankah kamu masih menyembahNya apabila kamu hilang segala-galanya?

Allah juga membawa kesusahan untuk menambahkan kekuatanmu melalui pencubaan, sama seperti latihan tentera. Iman tidak dibina oleh kemakmuran, tetapi oleh kesusahan, apabila kamu harus bergantung kepada bantuan Allah. Oleh sebab tujuan Allah ialah kesempurnaanmu, kamu harus menghargai masa yang sukar apabila ia sampai. Sebenarnya, orang yang berhikmah itu akan bersukacita di dalamnya dengan sungguh-sungguh (Rom 5:3-5; Yak 1:2-4).

Kesusahanmu tidak melebihi kesusahan orang lain (1Kor 10:13). Kesusahan mereka mungkin berlainan, tetapi Allah mencubai setiap orang dengan kesusahan yang setara. Kamu patut rasa terhibur dengan hanya menjadi sedar akan fakta yang penting ini. Orang lain juga sedang diuji dan dicubai. Kesusahanmu itu juga bukanlah tidak mungkin diatasi, sebab Allah akan dengan setia mengehadkan pencubaanmu kepada apa yang kamu dapat atasi.

Allah menganugerahkan rahmatNya – kekuatan dalaman oleh RohNya – untuk menahan rintangan (2Kor 12:7-10). Paulus telah belajar bahawa Dia dapat menyerlahkan rahmat Allah dengan lebih baik di dalam kesusahan. Jadi, dia bersukacita di dalam kesusahan untuk lebih memuliakan Allah. Allah dapat memberi kamu kekuatan untuk bersukacita mengharungi kesakitan (Kol 1:11). “Dia memberi kekuatan kepada yang lemah, dan kepada mereka yang tidak ada kekuatan, dia menambahkan tenaga” (Yes 40:29).

Bak kata pepatah, “Ketika jalan bertambah sukar, orang kuat yang berjalan”. Inilah pelajaran amsal ini. Engkau melakukannya secara rohani dengan menaruh percaya kepada Allah dan berani menghadapi kesukaran atau musuh (1Sam 30:6). Kamu harus menolak godaan untuk menjadi hampa atau berhenti, dan sebaliknya kamu harus berdiri teguh dan memperlakukan dirimu sebagai seorang lelaki (1Kor 16:13). Yesus telah berkata bahawa iman sebesar biji sesawi sahaja cukup untuk mengalihkan gunung-ganang hidupmu (Mat 17:19-21).

Berikut adalah senarai beberapa cara kebanyakan orang hilang kekuatan Allah dan hilang iman apabila ditekan dengan pencubaan: kamu cari keselamatanmu sendiri, kamu hilang keyakinan di dalam Allah, kamu merungut daripada memuji, kamu hilang harapan untuk masa depan, kamu teringat-ingat kesenangan masa silam, kamu undur di dalam kekudusan, kamu hilang sikap berterima-kasih, kamu melayani orang lain dengan kurang kasih dan kurang sabar, atau kamu membiarkan tugas-tugas biasa menjadi suatu beban kepadamu.

Ia memang membantu untuk mengingati bahawa kamu mempunyai satu stadium penuh dengan saksi-saksi yang sedang menonton kamu – orang kudus dari Wasiat Lama dan Yesus Kristus. Ini patut memelihara kamu daripada menjadi lemah di dalam perlumbaanmu yang berjarak jauh itu (Ibr 12:1-3). Sejak zaman rasul-rasul, berjuta-juta syahid telah menghadapi dan mengharungi kesusahan yang kamu tidak pernah alami dan tidak mungkin dapat bayangkan.

Ia sungguh membantu untuk mendapat kawan yang hebat, iaitu orang Kristian yang kuat dengan iman yang teguh sebab dua lebih baik daripada satu, dan tiga lebih baik daripada dua (Peng 4:9-12). “Seorang kawan mengasihi pada setiap waktu, dan seorang saudara dilahirkan untuk masa kesusahan” (Ams 17:17). Sahabat yang baik dapat membantumu menjadi berani semula dan menahanmu daripada berputus asa (1Sam 23:16; Ibr 3:12-13; 10:23-25).

Kamu mungkin rasa dijatuhkan, tetapi kamu tidak boleh dibinasakan (2Kor 4:8-10), seperti yang diajarkan Paulus. Jika Allah berpihak kepadamu, siapa atau apakah yang dapat menentang kamu (Rom 8:31)? RancanganNya untuk kejayaanmu pada akhirnya sebegitu teguh sehingga segala sesuatu bekerja untuk mendatangkan kebaikan (Rom 8:28). TUHAN itu penolongmu, dan janji-janjiNya yang pasti patut dijadikan sauh jiwamu (Maz 61:2; Ibr 6:19).

Iman boleh mengalahkan kesusahan, sebab ia nampak jauh melebihi halangan yang sementara kepada masa depan yang cerah di depan; baik di sini mahupun di kemuliaan (Maz 27:13-14; 2Kor 4:17-18). Ia memelihara kamu daripada rasa lemah dengan kepercayaan bahawa keselamatan yang pasti sedang menjelang. Bagaimana melakukannya? “Nantikanlah TUHAN: Kuatkanlah keberanianmu, dan dia akan menguatkan hatimu: Aku berkata nantikan TUHAN.”

Kamu yang Kristian, kesusahanmu itu bukanlah hasil daripada Takdir atau Nasib, tetapi oleh ketetapan bijaksana Bapamu di syurga. Seekor burung pipit pun tidak jatuh ke tanah tanpa pengawasanNya, dan setiap urat rambut yang ada pada kepalamu pun terbilang (Mat 10:29-31). Tongkat hukumanNya patut dianggap sebagai bukti kasih kekalNya dan semangatNya yang membara untuk menyempurnakan kamu (Ibr 12:5-8).

Janganlah menjadi lesu apabila berbuat benar (Gal 6:9; 2Tes 3:13). Kamu pasti akan menuai, jika kamu tidak menjadi lemah. Yesus Kristus bertahan di atas kayu salib dan memandang hina rasa malu bagi sukacita dan ganjaran kekalan yang ada di hadapanNya itu (Maz 16:8-11). Ikutilah teladan kekuatanNya yang mulia itu.