Amsal · Proverbs

25:4
Singkirkan tahi leburan daripada perak, dan akan munculnya bejana bagi pemurni logam.

Perak digali dari bumi bersama-sama logam-logam yang lain lalu diasingkan melalui proses pemurnian. Perak harus dimurnikan beberapa kali untuk mengeluarkan semua tahi leburan – lapisan kotoran atau bendasing yang merosakkan kesucian logam itu (Ams 17:3; Maz 12:6). Selepas semua tahi leburan dikeluarkan, perak yang tulen dapat dibentuk kepada suatu bejana yang cantik dengan ciri-ciri cemerlang perak.

Di sinilah suatu amsal yang ajaib – suatu kata pepatah yang pujangga dan yang ringkas yang membawa pelajaran yang bernilai bagi pengalaman atau hikmah manusia. Amsal ini tidak berniat untuk mengajar atau memberi kewaspadaan kepada para pakar logam atau para pemurni logam, tetapi sebaliknya memakai bidang kerja mereka untuk memperoleh pelajaran kepada bidang pentadbiran negara secara khusus, dan kepada semua lapisan masyarakat secara am. Konteks yang paling dekat sangat membantu pemahaman ini (Ams 25:5).

Apakah pelajarannya? Seperti lapisan kotoran dan logam bendasing merosakkan perak dan menjadikannya tidak sesuai untuk membentuk bejana yang cantik, demikian juga lapisan kotoran dan bendasing orang-orang durjana akan merosakkan kerajaan. Untuk raja ada pemerintahan yang mulia dan yang makmur bagi faedah rakyatnya, dia harus menyingkirkan segala tahi leburan orang yang bercita-cita, berniat jahat, dan yang bebal (Ams 25:5).

Seorang raja atau penguasa sivil harus memilih para penasihat yang mulia dan yang berhikmah bagi kabinetnya. Ketika seorang yang damba, yang tidak jujur, atau yang durjana dikesan pada mana-mana peringkat pentadbiran, orang itu harus dikeluarkan dengan serta-merta. Oleh contoh yang kudus ini kepada negara, yang mengekalkan kerajaan punya integriti yang maksima, negara boleh menjadi sesuatu yang cantik dan yang ada kewajaran (Ams 14:34).

Kuasa dan kekayaan kerajaan sivil menarik para pengampu, para orang yang kedambaan, para si bebal, para penghasut, para pengkhianat, dan para penzalim yang tidak berprinsip. Jika mereka dibenarkan untuk kekal dalam jawatan mereka, kejujuran seseorang penguasa dan kekuasaan yang dia tugaskan kepada orang bawahannya akan dikompromi. Apa yang dibentuk Allah bagi tujuan keselamatan dan kemakmuran manusia berubah menjadi musuh dan pembinasa mereka.

Peraturan ini dipakai kepada semua bahagian masyarakat. Bagi suatu perkahwinan untuk ada kasih dan damai sejahtera, perempuan yang jelek haruslah ditolak (Ams 27:15-16; 30:21-23). Bagi suatu keluarga untuk memiliki kesatuan, seorang pencemuh haruslah dibuang keluar (Ams 22:10; Ula 21:18-21). Bagi gereja untuk menyenangkan Allah dan memberi faedah kepada ahli-ahlinya, para orang munafik haruslah dikenalpastikan dan disingkirkan (Maz 144:11-15; 1Kor 5:1-13). Jika proses pemurnian ini diabaikan, maka pertubuhan-pertubuhan tersebut langsung tidak akan mencapai potensinya yang tertinggi.

Yitro telah memberi kepada Musa ciri-ciri kelayakan yang cemerlang bagi penilaian penguasa-penguasa di bawahnya (Kel 18:21). Dan Raja Yosafat dengan tegas menugaskan para hakim pada zamannya (2Taw 19:5-11). Kedua-dua pentadbiran itu tersergam indah, dan negara menjadi makmur dalam kedua-dua kes itu. Ia tugas setiap pemimpin, daripada suami/ayah kepada perdana menteri, untuk mengekalkan damai sejahtera dan kewajaran bagi kedua-dua keluarga dan negara dengan menghapuskan apa yang mencemuh atau menghasut.

Ahasyweros telah menyelamatkan integriti perkahwinan di seluruh Empayar Parsi dengan menceraikan Permaisuri Wasti, supaya jangan kaum perempuan di kerajaan memberontak terhadap suami mereka (Est 1:10-22). Daud mengorbankan integriti pemerintahannya dengan mengekalkan cucunya, Yoab, sebagai ketua angkatan tenteranya, dan itu telah menyebabkan beberapa peristiwa hasutan berlaku kepadanya dan kepada negaranya (2Sam 3:28-39). Dan Daud telah melakukan itu meskipun sangat kuat berpegang kepada hikmah amsal ini (Maz 101:1-8). Dia telah menyelamatkan Solomo daripada kesilapan yang sama dengan memberinya arahan untuk membunuh Yoab (1Raj 2:5-6).

Tuhan Yesus Kristus ialah Raja dan Pemurni Logam Yang Sempurna! Dia mengasihi kewajaran dan membenci kedurjanaan (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Dia tidak akan membenarkan orang bebal berada di pandangannya (Maz 5:5; Mat 7:21-23). Dia telah menyucikan semua orang pilihan dengan darahNya supaya menjadi para raja dan para imam kepada Allah dan mempersembahkan korban-korban yang sempurna (Mal 3:1-5; Wah 1:5-6). Hari menjelang ketika Dia akan menyingkirkan alam semesta daripada semua orang yang melanggariNya (Mat 13:37-52; 25:31-46). Hai pembaca, bertaubatlah pada hari ini juga!