25:3
Syurga bagi ketinggian, dan bumi bagi kedalaman, dan hati raja-raja tidak dapat diselami.
Syurga lebih tinggi daripada apa yang kamu dapat tahu, dan bumi lebih dalam daripada mana-mana tempat yang kamu dapat selami. Kamu juga tidak dapat mengenal dan menyelami hati raja yang sejati. Dia ada di dalam jiwanya – maklumat rahsia, beban, rancangan, ancaman, pengetahuan, dan hikmah yang kamu tidak dapat tahu. Ia kebebalan dan sikap memandai untuk menghakiminya berdasarkan pandanganmu yang sungguh terhad berkenaan perkara-perkaranasional.
Solomo merupakan seorang raja, dan anak seorang raja. Dia orang politik yang paling berhikmah di sejarah manusia. Setelah menyanjungi kehormatan raja untuk menyelami perkara-perkara (Ams 25:2), dia membezakan itu dengan ketidakmampuan para rakyat untuk menyelami dan memahami keputusan dan tindakan raja mereka. Di sinilah hikmah daripada Allah untuk mengajarmu hormat yang wajar bagi penguasa sivil (Kel 22:28; Rom 13:1-7; Tit 3:1).
Berapa tingginya ketinggian? Berapa tingginya langit? Berapa jauh ke batasan angkasa lepas? Berapakah dalamnya kedalaman? Apakah yang ada di tengah-tengah bumi? Inilah soalan-soalan manusia hanya dapat meneka-neka. Mereka tidak dapat tahu atau memahaminya dengan sebenar. Perbandingan yang diilhamkan Allah ini menunjukkan kekurangan pengetahuan manusia – di sinilah hal menyoal para penguasa sivil (Maz 103:11; Yes 55:9).
Banyak orang tercengang di mahkamah Solomo, ketika dia minta untuk pedang untuk membelahkan bayi kepada dua. Mereka marah! Bunuh bayi? Setiap ibu akan diberi setengah bahagian? Betapa tidak berperikemanusiaan! Mengapakah dia begitu melulu? Mengapa tidak tanya lebih soalan? Mengapa menyelesaikan soal kematian bayi dengan kematian seorang bayi lagi? Mengapa tidak memilih suatu kumpulan juri agung? Mengapa tidak mengupah seorang pembela awam dan memakai enam bulan untuk belajar yang bukan-bukan? Mengapakah tidak membayar untuk waktu di penjara? Raja itu ada hikmah di dalam hatinya (1Raj 3:16-28)!
Solomo mengingkari suatu janji yang teguh kepada ibunya, ketika ibunya meminta untuk Abisag bagi pihak saudara lelaki Solomo Adonia (1Raj 2:12-25). Dia menghukum bunuh saudara lelaki itu kerana hanya bertanya. Solomo mempertahankan pemerintahannya yang dianugerahkan Allah daripada seorang perampas takhta (1Raj 1:5-7). Janji kepada ibunya tidak bermaksud apa-apa. Ia mungkin nampak seperti bohong dan pembunuhan kepadamu, tetapi hati raja tidak dapat diselami.
Sebahagian bahasa yang paling kasar di Wasiat Baru adalah untuk orang yang mengecam/mengkritik para penguasa sivil (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10). Allah memperolok-olok kejahilan mereka tentang kerajaan dan mengisytiharkan bahawa mereka harus dibinasakan seperti binatang buas. Dia mendedahkan bahawa para malaikat pun tidak berbicara dengan tidak hormat terhadap para penguasa yang manusia.Dia mengutuk para pemberontak sebagai orang yang memandai dan yang mengikut kehendak sendiri. Mereka melakukan dosa yang Dia sangat benci – tidak hormat kepada para pemimpin negara.
Presiden/Perdana Menterimu berurusan dengan lebih maklumat setiap hari daripada apa yang kamu atau gabungan sepuluh kawanmu yang paling pintar dapat taakuli dalam sebulan. Dia menghadapi tekanan yang besar daripada mana-mana arah bagi setiap keputusan. Ia benar-benar kebebalan dan kepandaian kehendak diri untuk mengkritik tindak-lakunya, sementara kamu tidak ada pemahaman bagi pengaruh faktor-faktor yang terlibat. Dan sesetengah surat dan laman web anti-kerajaan tidak menambah lagi kepada hikmahmu atau kemampuanmu, kerana mereka tidak tahu apa pun juga.
Sementara benar untuk raja dan presiden/perdana menteri, hikmah amsal ini juga dipakai bagi semua kekuasaan. Kaum bapa membuat keputusan-keputusan bagi keluarga yang anak-anak tidak akan faham. Pemilik perniagaan melakukan apa yang para pekerja tidak dapat faham, sebab para pemilik ada tugas dan pengetahuan dalam hati mereka yang melebihi waktu rehat dan merakamkan waktu masuk keluar. Para pastor menyelia kawanan domba Allah dengan beban, keinsafan, pengetahuan dan matlamat yang tidak diketahui kebanyakan ahli-ahli gereja.
Jika kamu mengkritik para pemimpin bagi apa yang kamu sendiri tidak dapat belajar, ia hanya adil dan wajar supaya orang yang di bawah kekuasaanmu bangkit dalam pemberontakan dan menolak keputusan-keputusanmu. Ia hanya adil dan wajar mereka tidak menghormatimu. Ia hanya adil dan wajar kamu tidak berjaya dalam kehidupanmu, kerana kamu menuduh atau mengkritik penguasa yang dilantik Allah yang tahu lebih daripada apa yang kamu dapat belajar.
Bagaimanakah kamu dapat memakai amsal ini? Hormatilah pemimpin, bahkan dalam fikiranmu, walaupun keputusan-keputusan mereka nampak salah (Pkh 10:20; 1Raj 12:1-4; 1Pet 2:13-17). Hormatilah ibubapamu dengan mematuhi peraturan dan keinginan mereka, dan juga dengan air mukamu (Ams 30:17; Ula 27:16; Efe 6:1-3). Layanilah majikanmu seperti melayani Kristus, meskipun mereka tidak adil (Efe 6:5-8; 1Pet 2:18-23). Taatilah pastormu sebagai orang yang ada tanggungjawab yang mendalam dan yang kudus bagi jiwamu.
Jika kamu khuatir akan keputusan-keputusan yang sedang dibuat dan masa depan negaramu, maka berdoa bagi para penguasamu. Jangan mengecam atau mengkritik mereka – doalah bagi mereka! Inilah kehendak Allah bagimu, meskipun para penguasa mungkin orang pagan yang menindas (1Tim 2:1-3; Yer 29:4-7; Ezr 6:10). Siapakah yang kisah tentang agenda mereka, sementara Allah bertanggungjawab sepenuh-penuhnya (Dan 2:20-22)!
Ada satu Raja yang kamu langsung tidak akan dapat selami. Dia Raja segala raja. “Dan semua penghuni di bumi dianggap sebagai kosong; dan dia berbuat menurut kehendaknya terhadap angkatan tentera di syurga, dan terhadap penghuni di bumi: dan tidak seorang pun yang dapat menahan tangannya, atau berkata kepadanya, Apakah yang engkau buat?” (Dan 4:35). Hai pembaca, adakah kamu menghormati Raja ini? Adakah kamu percaya kepadaNya? Adakah kamu mentaati semua arahannya, walaupun kamu tidak dapat memahaminya?
Kamu langsung tidak akan menyelami Raja ini, tetapi Dia akan menyelami setiap butir jiwamu. Kamu akan memberi perhitungan penuh kehidupanmu kepadaNya, sampai kepada setiap perkataan kosong (Rom 14:10-12; 2Kor 5:9-11; Mat 12:36). Segala apa yang pernah kamu fikir, tutur, dan buat telah tertulis dalam kitab-kitabNya, yang akan dibuka untuk menyelidiki kes kamu yang sia-sia itu (Wah 20:11-15).
Jika kamu salah seorang kepunyaanNya, Dia akan mengisytiharkanmu dengan jelas sebagai anakNya kepada seluruh alam semesta dan memberimu suatu warisan kekal yang tidak terkatakan. Kamu akan diterima ke kebahagiaan syurga sementara orang durjana dilemparkan ke neraka. Semua itu berdasarkan kewajaran dan kewibawaan orang ganti yang telah Dia sediakan, yakni Yesus Kristus. Hati raja tidak dapat diselami!
Paulus menulis ini tentangNya berkenaan keselamatan, “O, alangkah dalamnya kekayaan kedua-dua hikmah dan pengetahuan Allah! betapa tidak terselidiki penghakiman-penghakimannya, dan jalan-jalannya tidak terselami! Sebab siapakah yang pernah mengenal minda Tuhan? atau siapakah yang pernah menjadi penasihatnya? Atau siapakah yang pertama-tama memberi kepadanya, dan supaya mendapatkan pampasan semula? Sebab daripada dia, dan melalui dia, dan kepada dia, adalah segala sesuatu: Baginyalah kemuliaan untuk selama-lamanya. Amin” (Rom 11:33-36).