Amsal · Proverbs

25:5
Singkirkan orang durjana dari hadapan raja, dan takhtanya akan dimantapkan dalam kewajaran.

Penguasa berhikmah ada penasihat untuk membantu dalam keputusan. Mereka tidak dapat tahu segala butir setiap bahagian kerajaan atau negara, jadi, mereka bergantung kepada para penasihat untuk membantu. Tetapi jika para penasihat ini durjana, seorang penguasa yang baik akan dicemarkan oleh pengaruh yang jahat dan perdayaan. Orang-orang jahat ini haruslah dibuang, supaya kerajaan atau negara dapat makmur dalam kewajaran.

Konteks ini menambahkan lebih penekanan kepada amsal ini (Ams 25:4). Penguasa yang baik ialah perak, dan para penasihat durjana ialah tahi leburan. Jika tahi leburan disingkirkan, maka penguasa yang dimurnikan akan mampu memimpin kerajaannya ke kemakmuran yang ajaib. Kewajaran menyanjungi negara, maka kedurjanaan harus diremukkan secara terbuka untuk memperoleh berkat Allah (Ams 14:34; 20:26). Tahi leburan ialah istilah yang baik bagi sampah masyarakat yang berkumpul di tempat yang tinggi untuk menghisap kemakmuran daripada para penguasa yang sah. Tetapi pemimpin yang hebat akan menyingkirkan mereka dengan api pemurni (Ams 20:8).

Para penasihat yang berhikmah dan yang setia adalah penting untuk kerajaan yang berjaya. Jangka hayat seseorang penguasa bergantung kepada kewajaran (Ams 16:12; 29:14). Hal serius yang dihadapi setiap pemimpin adalah untuk mencari penasihat yang berhikmah dan yang setia. Raja Daud menolak orang jahat daripada berkhidmat untuknya dan daripada menemaninya (Maz 101:3-8; 119:63). Daud juga memberi arahan kepada Solomo untuk membunuh dua pegawai, meskipun salah seorang pegawai itu ialah anak buah Daud dan telah melayani sebagai ketua angkatan askarnya sepanjang Daud bertakhta (1Taj 2:5-10). Asa melucutkan kuasa ratu daripada ibunya di tengah-tengah kebangkitan kewajaran negara (1Raj 15:13).

Yitro memberitahu Musa, “Kamu akan membekalkan orang yang berkemampuan dari kalangan umat, iaitu orang yang takut akan Allah, orang benar, yang membenci kedambaan” (Kel 18:21). Dan Raja Yosafat menugaskan para hakim pada zamannya, “Berjaga-jagalah apa yang kalian buat: sebab kalian tidak menghakim bagi manusia, tetapi bagi TUHAN, yang berada bersama kalian dalam penghakiman. Lantaran itu, biar takut akan TUHAN berada pada kalian; berjagalah dan lakukannya: sebab pada TUHAN Allah kita, tiada kedurjanaan, atau hal mengistimewakan orang, atau menerima rasuah” (2Taw 19:6-7).

Betapa mulia hikmah itu! Hai pembaca, berilah Allah kemuliaan! Tambahan lagi, selain daripada menjadikanmu berhikmah bagi keselamatan, Alkitab juga merupakan buku panduan politik yang tidak kurang kadar nasihatnya. Bacalah contoh-contoh yang berikut tentang para penasihat yang buruk dan yang baik, dan kemudian pertimbangkan keadaan negaramu sendiri.

Rehabeam mengikuti ayahnya, Solomo, sebagai raja Israel. Oleh sebab Solomo telah mengenakan cukai yang sungguh tinggi kepada negara, umat menawarkan kesetiaan melayani Rehabeam selamanya, jika dia akan meringankan beban mereka sedikit. Namun, dia tidak mendengar nasihat berhikmah para penasihat ayahnya untuk mengurangkan cukai, tetapi sebaliknya dia mengikut nasihat teman-teman mudanya dan dengan kasar mengugut bangsa dengan cukai yang lebih tinggi. Sepuluh suku kaum merusuh dan meninggalkan Rehabeam hanya dua suku kaum – Yehuda dan Benyamin (1Raj 12:1-19). Rehabeam tidak pernah memerintah kerajaan besar ayahnya untuk sehari pun, kerana para penasihat jahat, teman-teman seumurnya, telah merugikannya hampir seluruh negara.

Haman ialah penasihat yang durjana bagi Raja Ahasyweros dari Empayar Parsi. Sementara dia membenci orang Yahudi, kerana Mordekai kurang menyembahnya secara awam, dia memfitnah mereka kepada raja dan menambat Raja untuk menguatkuasakan penghapusan bangsa mereka. Hanya dengan campur tangan Ester, permaisuri, Mordekai, dan seluruh bangsa Ester telah diselamatkan. Haman dengan adil digantung mati dan anak-anak lelakinya juga sesuai dengan permohonan Ester. Satu buku Alkitab telah tertulis untuk menceritakan kisah komplot durjana ini dan perlindungan Allah bagi umatNya, tidak kira penasihat yang durjana yang ada telinga raja.

Herodes Antipas, anak kepada Herodes Agung, ialah tetrak [raja wilayah] Galilea dari 4 SM sampai 39M. Dia berkahwin dengan Herodias, iaituisteri saudaranya, Filipus, dan kerana itu Yohanes Pembaptis menegur dia. Herodes takut akan Yohanes, tahu bahawa dia adil dan kudus, dan mendengar dia dengan gembira. Tetapi Herodes takut akan Yohanes, tahu dia adil dan kudus dan mendengarnya dengan gembira. Tetapi Herodias memakai rancangan yang licik untuk memerangkap Herodes untuk memancung kepala Yohanes yang menentang niat Herodes, sebab Herodias membenci Yohanes kerana mengkritik perzinaannya (Mar 6:17-29). Herodias sepatutnya memasak sarapan malam daripada merancang untuk membunuh Yohanes. Setelah membantu dalam hukuman dan penyaliban Yesus Kristus, kedua-dua Herodes dan Herodias dibuang ke Sepanyol oleh maharaja Caligula.

Tetapi ada lagi contoh yang bertentangan. Ketika Firaun memerlukan orang untuk mengelolakan rancangan pergudangan dan pengedaran makanan yang paling besar di sejarah dunia, iaitu rancangan yang besar kemungkinan penuh dengan penggelapan dan penipuan, dia memilih Yusuf. Dia berkata kepada para hambanya tentangnya, “Mungkinkah kita mencari orang yang seperti ini, iaitu orang yang di dalamnya ada Roh Allah?” Lalu Firaun menjadikannya penguasa yang paling tinggi di Mesir kerana “tiada yang sebegitu berbudi bicara dan berhikmah seperti kamu”.

Daniel, orang tawanan berbangsa Yahudi, melayani Nebukadnezar, Belsyazar, Darius orang Media, Cyrus orang Parsi, dan raja-raja yang lain untuk tempoh masa tujuh puluh lima tahun. Sementara ia budaya untuk membunuh para penasihat yang dahulu kerana bimbang hal kesetiaan ketika empayar mengubah pemerintah, jangka masa pelantikannya adalah luar biasa. Bagaimana dan mengapakah ia berlaku? Daniel merupakan penasihat yang mulia dan yang benar melalui kesetiaan dan berkat besar Allah (Dan 1:19-21; 2:48-49; 5:11; 6:25-28). Ketika Daniel dengan sungguh amat diselidiki dan disiasat oleh pemerintah yang sebaya dengannya, “mereka tidak dapat mencari apa pun peluang atau kesalahan; kerana dia setia, dan tiada apa pun kesilapan atau kesalahan ditemui di dalamnya” (Dan 6:4).

Pelajarannya mudah. Paulus mengajar itu dengan baik. “Jangan diperdayakan: pergaulan jahat merosakkan adab yang baik” (1Kor 15:33). Maklumat yang palsu dan pengaruh yang durjana membinasakan kebenaran dan keadilan. Orang yang berakhlak jahat haruslah dielakkan atau disingkirkan. Kesan-kesan melanggari peraturan ini adalah lebih besar kepada raja berbanding dengan seorang rakyat. Seluruh bangsa mungkin menderita dengan hebat, jika orang durjana merosakkan seorang penguasa dengan nasihat dan perdayaan yang berdosa atau yang jenayah.

Bangsa-bangsa pada zaman kini sudah terkutuk dengan angkatan Legion lelaki dan perempuan yang tidak sesuai untuk menjadi penasihat malah penasihat kepada pusat asuhan anak harian. Namun para penguasa yang tertinggi kerap kali tertakluk kepada pengaruh mereka yang licik dan yang bahaya. Mereka termasuk para pelobi, penaakul berita, pakar perhubungan awam, penulis ucapan, penduga undi, orang yang sedang melanjut latihan amali, kumpulan-kumpulan minat khusus, para penderma kepada parti, pembantu, dan para pengampu yang lain yang memangsakan kerja yang halal orang yang berkelayakan. Orang Kristian harus berdoa kepada Allah untuk melepaskan para penguasa dan pentadbir yang terpilih dan yang sudah dilantik daripada para penasihat atau pengaruh tersebut(1Tim 2:1-2).

Setiap orang harus memegang pemerintahannya sebagai suami, ayah, tuan majikan, atau pastor bebas daripada korupsi. Satu-satunya nasihat yang sempurna bagi jawatan-jawatan tersebut ditemui di dalam Firman Allah, yang adalah lebih unggul daripada pendapat-pendapat semua manusia dan mampu untuk menjadikan hamba Allah sempurna (Maz 119:98-100; 2Tim 3:16-17). Biar setiap orang berhati-hati akan guru palsu yang menyeludup ke dalam rumah dan memimpin perempuan tolol melalui seminar keluarga saluran radio dan DVD (2Tim 3:6-7). Kamu mungkin akan menyuburkan seorang Herodias untuk dikawal! Biar setiap tuan majikan menyelidiki akhlak para penolongnya; biar setiap pastor dengan teliti menyukat mana-mana pun penatua atau diaken.

Ada satu Raja yang tidak perlu dikhuatirimu. Tiada penasihat yang jahat di hadiratNya. Orang durjana tidak akan bertahan di mataNya – Dia membenci segala pekerja kedurjanaan (Maz 5:5). Tidak seorang pun tanpa akhlak yang dikuduskan dengan sempurna akan memasuki kerajaanNya (Wah 21:27). Tiada malaikat, penguasa, paus, imam, atau pastor yang akan bertakhta bersamanya, sebab Dia bertakhta sendiri tanpa pembantu (Yes 59:16-21; 63:1-6; 1Tim 6:15; Wah 12:5-9).

Allah telah mentahbiskan takhtanya untuk selamanya, dan bagi pertumbuhan kerajaanNya tiada keakhirannya (Maz 45:6; 89:4,29,36; Yes 9:7; Ibr 1:8). Ia dimantapkan dalam kewajaran yang sempurna (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Inilah takhta dan kerajaan Tuhan Yesus Kristus yang mulia. Kamu dapat menaruh kepercayaan kepada pemerintahanNya dengan sepenuh-penuhnya. Percayalah kepadaNya pada hari ini. Percaya dan layanilah Dia pada hari ini.