25:7
Sebab lebih baik ia dikatakan kepadamu, Naiklah ke mari; daripada kamu direndahkan di hadapan penguasa yang matamu telah nampak.
Kerendahan hati akan memenangi keredaan Allah dan manusia. Kerendahan hati adalah perlu untuk menjadi Kristian yang hebat, seorang pemimpin yang berjaya, seorang yang berbudi baik, atau seorang yang ada kawan. Kerendahan hati yang sejati tidak akan memandai untuk menganggap aktiviti, kelulusan, atau kehadiran orang lain melibatkan dirinya sendiri. Ia jauh lebih baik untuk diundang daripada mengundang diri sendiri, kerana kamu mungkin dan patut ditolak atas asas sikap memandai sebegitu. Biar orang lain menjadikanmu penting daripada dirimu cuba berbuat demikian (Ams 25:27; 27:2).
Hanya setengah daripada amsal ini ada di sini. Kata-kata ini ialah penjelasan dan ganjaran untuk adanya pendekatan yang rendah hati di perhimpunan orang ramai. Bahagian pertama mengisytiharkan, “Jangan menampilkan dirimu di hadapan kehadiran raja, dan jangan berdiri di tempat orang pembesar”. Solomo telah mengajar kerendahan hati dengan mengajar kesopanan yang baik untuk kegiatan sosial. Ia lebih baik untuk duduk di belakang dan diundang ke depan daripada duduk di depan dan dimohon untuk pergi ke belakang di hadapan orang yang hadir.
Tuhan Yesus Kristus memakai gambaran yang sama untuk kerendahan hati, ketika Dia nampak para tetamu yang angkuh, di suatu jamuan, memilih tempat duduk yang lebih penting (Luk 14:7-10). Dengan lebih butir-butir daripada Solomo, sementara perumpamaan adalah lebih teliti daripada amsal, Yesus menjelaskan keaiban orang yang disuruh turun untuk memberi hormat kepada yang sedang diperlawa untuk duduk di tempat yang lebih tinggi! Dia membuat kesimpulan dengan mengisytiharkan bahawa Dia akan mengganjari kerendahan hati dan menghukum keangkuhan (Luk 14:11). Berhati-hati!
Sementara keaiban di depan orang ramai dan penolakan menjadikan amsal ini padat dan bernilai, keangkuhan jiwamu ialah apa yang harus dikenalpastikan dan disingkirkan. Tindak laku yang menyinggung orang lain adalah sekadar tanda-tanda roh yang angkuh dan yang bongkak. Kerendahan hati yang sejati bermula di dalam jiwa, ketika kamu mengaku kamu tidak bernilai di hadapan Allah dan menyerahkan dirimu untuk melayani orang lain daripada harap atau menuntut mereka menghormati dan melayanimu.
Bagaimanakah sikap dirimu di perbincangan dalam kumpulan? Dapatkah kamu dengan tenang dan dengan sabar mendengar percakapan orang lain, atau adakah kamu rasa tidak sabar dengan kemahuan ingin bercakap? Bagaimana pula dengan perbualan seorang ke seorang? Haruskah kamu menjawab setiap pernyataan dengan pernyataanmu sendiri? Mengapakah ia penting untuk kamu bercakap? Mengapakah kamu rasa ada keperluan itu? Kamu sedang melanggari prinsip kerendahan hati yang diajar amsal ini. Kamu patut kekal diam di dalam kebanyakan kes sehingga pendapatmu secara khusus diharapkan.
Pertimbangkan suatu lagi pemakaian prinsip kerendahan hati ini dan pengekangan mulut yang diajar oleh amsal ini. Jika kamu dibenarkan keistimewaan untuk memakai badjet syarikat untuk perbelanjaan ketika dalam perjalanan atau untuk tugasan-tugasan lain atau faedah istimewa dalam pekerjaan, kamu patut selalu memilih suatu tempat makan dan pilihan menu yang kurang mahal untuk dipesan daripada tempat dan pilihan menu yang lebih mahal. Inilah pilihan yang penting bagi akhlak seorang Yusuf atau seorang Daniel untuk kejayaan yang perlu, dan ia akan menjadikanmu buah hati kepada mereka yang meluluskan bil-bil itu. Mereka akan mengamanahkan lebih kepadamu dan akan memberitahumu untuk lebih lagi berbelanja. Banyak orang tidak dapat menanggap hikmah yang sebegitu mudah.
Kejayaanmu mewajibkan kerendahan hati dan sikap suka menurut. Allah Sendiri akan pasti merendahkanmu, jika kamu tidak membenci kesombongan, keangkuhan, dan sikap memandai (Ams 8:13; 15:25; 16:5; Ayb 40:9-14). Manusia akan menolakmu untuk persahabatan atau perniagaan, kerana kebanyakan orang membenci roh yang bongkak (Ams 13:10; 26:12,16; 28:11). Dan kamu akan membuat kesilapan yang banyak merugikan diri, sebab kesombongan membutakan dan memperdayakan diri dengan anggapan-anggapan yang memandai itu (Ams 11:2; 16:18; 29:23). Rendahkanlah dirimu di bawah tangan Allah Yang Maha Kuasa, dan Dia akan menyanjungimu tidak lama lagi (Ams 18:12; Yak 4:10; 1Pet 5:6).