26:13
Orang yang kekukangan berkata, Ada seekor singa menghalang jalan; ada seekor singa di jalan.
Adakah seekor singa menghalang jalanmu? Di jalan yang kamu pakai? Alasan apa yang kamu pakai untuk membenarkan ketidaktekunanmu dan kegagalanmu di dalam kerja? Solomo memakai amsal ini untuk mencemuh dan memperolok-olok alasan-alasan orang yang kekukangan untuk mengelak daripada berkerja keras dan menyiapkan projek (Ams 22:13).
Orang malas selalu ada alasan mengapa mereka tidak menyiapkan kerja mereka pada masa yang tepat, tetapi alasan-alasan mereka bebal seperti menuduh seekor singa menghalang mereka. Si pemalas sebegitu angkuh akan dirinya sendiri sehingga dia akan cuba membenarkan kelakukannya meskipun di hadapan tujuh orang yang berwibawa (Ams 26:16).
Memang seekor singa itu suatu binatang yang harus ditakuti. Ia dipanggil raja binatang untuk sebab tertentu. Allah mengilhamkan Agur untuk menulis bahawa seekor singa jantan tidak akan memalingkan diri daripada apapun binatang yang lain (Ams 30:30). Keindahannya ternampak di dalam kekuatannya yang besar dan keberaniannya di dalam penampilannya, yang biasanya ternampak di dalam singa jantan yang lebih besar di dalam saiz dan penampilan dirajanya. Kepalanya dan surainya sangat mengagumkan. Ia suatu pemandangan yang indah dan menakutkan.
Seekor singa jantan ialah binatang yang menakutkan. Panjangnya boleh mencapai 8 kaki (tidak termasuk ekornya), 4 kaki tinggi (paras bahu), dan mencapai berat 270kg. Seekor singa dapat melompat sejauh 12 kaki dan boleh berlari melebihi 64km/sejam untuk jarak pendek. Badannya sebegitu kuat sehingga dapat menumbangkan seekor kuda belang dan mematahkan tulang belakangnya dengan satu pukulan dari kakinya. Aumannya sebegitu berkuasa dan kuat sehingga dapat terdengar dari jarak 10km. Kamu pasti tidak inginkannya di jalan-jalanmu.
Amsal ini tiada singa benar. Ia hanya alasan si pemalas untuk membenarkan sikap tangguh-tangguhnya, kemalasannya, dan kegagalannya untuk menyiapkan projek-projeknya. Jika dia tidak memakai seekor singa sebagai alasannya, dia akan memakai cuaca yang buruk (Ams 20:4; 22:13). Dia akan memakai apapun alasan dia dapat rekakan bagi kekukangannya. Dia lebih suka tilamnya yang panas, dimana dia dapat tidur (Ams 20:13; 24:30-34; 26:14).
Kekukangan, iaitu suatu perangai negatif di dalam kerja, memang memuaskan diri sendiri. Orang yang kekukangan menemui banyak cabaran di dalam usahanya yang lemah untuk bekerja. Perangainya akan menjelmakan cabaran-cabaran kecil kepada bencana besar (Ams 15:19; 19:15). Dan Allah menentang si pemalas ini sebab Allah tidak boleh tahan kemalasan (Ams 6:6-11). Kehidupan itu susah bagi si pemalas itu. Dia memperdayakan diri sendiri bahawa orang yang berjaya itu sebenarnya bermula dengan kehidupan yang mudah.
Orang yang hebat tidak takut akan singa atau cabaran-cabaran yang menghalang jalan mereka, dan mereka pastilah tidak akan merekakannya. Mereka percaya kepada Allah yang hidup, Yang akan membantu mereka mencapai apa-apa sahaja yang diazamkan mereka. Kaleb, yang telah nampak Israel berpaling menuju balik ke Mesir atas sebab gergasi di Kanaan, kena menunggu 45 tahun lamanya sehingga dia baru dapat menghadapi gergasi-gergasi itu sendiri (Yosua 14:6-15)!
Ubat untuk si pemalas ialah kelaparan (Ams 20:4; 2Tes 3:10). Sesiapapun akan bekerja keras apabila perutnya kosong (Ams 16:26). Singa itu akan lesap apabila orang itu cukup lapar. Belajarlah sesuatu bahagian di dalam kebajikan Kristian – orang malas tidak patut dibiayai. Jika kamu beri makan kepada si pemalas atau si bebal, kamu adalah orang yang bersubahat di dalam dosa kekukangan atau dosa boros mereka (Ams 18:9).
Pakailah pelajaran ini kepada dirimu sendiri. Apakah yang patut kamu buat yang kamu sekarang tidak buat? Kenalpastikan singa-singa di dalam hidupmu. Projek atau matlamat mana yang telah menjadikan kamu berasa tewas atau takut? Janganlah biar kesukaran kecil atau sedikit kegagalan mengecewakan dan membinasakan kamu. Keluarlah ke jalan dan hadapilah apa yang kamu harus buat. TUHAN Allah akan memberkati yang tekun.
Satu Orang ada singa yang menghalang jalannya dan di jalan yang Dia harus pakai – Yesus Kristus. Namun, dia tidak pernah merungut atau membuat alasan bagi tugasnya yang sebegitu ngeri dan teruk. Dia naik ke salib dan mati sebagai Ganti bagi domba-dombanya yang terpilih yang Allah Bapa telah berikannya untuk ditebuskan. Iblislah singa itu yang menghalang jalannya, tetapi Yesus mengatasinya dengan sungguh mulia seketika hidup dan juga sewaktu mati (Mat 4:1-11; Yoh 14:30; Rom 8:37; Kol 2:15; Ibr 2:14; 1Yoh 3:8)!