Amsal · Proverbs

26:14
Seperti pintu yang mengayun pada engselnya, demikianlah orang yang kekukangan di atas katilnya.

Bagaimanakah pintu mengayun pada engselnya? Ia bergerak ke depan dan ke belakang, tetapi ia tidak pergi ke mana-mana! Ia mengayun dari sisi ke sisi, tetapi ia tidak boleh melepaskan diri daripada tempatnya! Ia bergerak ke depan dan ke belakang, tetapi ia tidak meninggalkan tempat pintu! Demikian juga orang malas, yang akan berbaring di katil, bergolek ke depan dan ke belakang, tetapi tidak suka fikiran bangun untuk pergi ke sekolah atau kerja (Ams 26:13-16).

Di sinilah amsal yang ajaib dengan simili [kiasan penyamaan] yang hebat untuk mengutuk orang malas yang suka tidur terlalu banyak. Suatu simili ialah penyamaan di antara dua benda yang jelas dinyatakan dengan perkataan “seperti” atau “demikianlah”. Seperti pintu yang bergerak ke depan dan ke belakang, dan dari sisi ke sisi, tanpa pergi ke mana-mana, demikian juga orang malas yang berdiam di katil, walaupun mereka sudah habis tidur lena.

Apakah orang kekukangan? Dia orang yang malas yang lambat, membenci bertindak atau usaha, lamban, melahu, dan berat tulang. Dia dipanggil dengan betul, sebab ada seekor mamalia di hutan Amerika Tengah dan Amerika Selatan yang dipanggil kukang, yang bergerak sangat perlahan dan kerap kali berdiam di tempat yang sama untuk jangka masa yang berlanjutan, sama seperti orang-orang malas ini di atas katil.

Solomo telah menulis kepada orang muda, termasuk anak lelakinya (Ams 1:4,8). Dia tahu melalui ilham dan pemerhatian Allah di dalam kehidupan bahawa para pemuda boleh tidur terlalu banyak, maka dia menulis beberapa amsal menentangnya (Ams 6:6-11; 19:15; 20:13; 23:21; 24:30-34). Terlalu banyak tidur akan membawa orang ke ambang kemiskinan, maka dia mengolok-olok tidur yang melampau dengan menyamakannya dengan pintu yang mengayun pada engselnya.

Apakah yang dapat merawat cinta tidur? Kelaparan (Ams 20:4; 2Tes 3:10)! Bulurkan seorang pemuda daripada makanan; itu akan menggerakkan dia untuk bekerja. Seleranya dan metabolismenya berada pada tahap yang paling tinggi! Ibubapa dengan mudah boleh mengajar anak-anak untuk bangun pada waktu pagi, meskipun kebanyakan ibubapa memanjakan kekukangan mereka, dan dengan demikian mengajar anak-anak bahawa kemalasan boleh diterima tanpa kesan yang memedihkan.

Orang malas menuju ke kemiskinan, kecuali kalau mereka dengan drastik mengubahkan tabiat-tabiat mereka (Ams 6:11; 19:15; 20:13; 23:21; 24:34). Semakin seseorang tidur, semakin dia fikir bahawa dia perlu tidur, metabolisme dia diperlahankan, dan dia dengan lekas mengalami katabolisme kekuatan otot. Orang di tentera pun tahu bagaimana untuk mengubahkan budak lelaki yang takut kepada lelaki yang tabah, dan ia bukan melalui terlebih tidur! Sementara hari-hari pertama bangun awal mungkin pedih, tabiat-tabiat yang baik boleh dibentuk dengan cepat.

Ada lebih pada amsal ini daripada hanya pengutukan tidur yang melampau. Solomo juga mengutuk perangai, tindak laku, dan akhlak orang malas dengan mencari salah dengan tabiat tidur mereka. Si lamban akan berbuat apa pun kecuali bekerja! Dia akan bercakap, berehat, berulang-alik, memakai masa yang lama untuk makan, mudah mengalihkan tumpuan, menjadi kurang ambil tahu tentang butir-butir, dan melakukan benda yang mudah dengan sungguh lambat, supaya jangan dia dipaksa untuk menghadapi suatu tugas yang memerlukan usaha.

Para pemuda pada hari ini dengan faedah tenaga elektrik ada suatu lagi masalah yang melebihi tidur, mereka boleh ketagihan Xbox, telefon bimbit pintar, komputer, televisyen, dan ciptaan-ciptaan lain yang mencuri masa dan tenaga mereka dengan lebih agresif daripada tidur. Sementara memakai hal-hal ini lambat ke larut malam, mereka menjadi lebih letih pada waktu pagi berbanding dengan para pemuda yang dahulu yang kekurangan aktiviti atau tiada apa pun aktiviti sesudah gelap. Hai teruna, jadilah berhikmah dan bencilah apa pun yang menghalangmu daripada menyerang setiap hari awal-awal pagi dengan akal dan kekuatanmu.

Jika kamu kekukangan secara rohani, kamu juga akan menderita kemiskinan rohani dengan kepastian yang sama. Ia orang yang memburu hikmah seperti harta karun – usaha yang gigih dan yang cekal hati – yang dapat menemuinya (Ams 2:4; 18:1). Kamu harus mendengar khutbah dengan sungguh teliti (Luk 8:18), dan kamu harus membuat usaha yang tekun untuk mengesahkan dan memahami apa yang kamu dengar untuk menjadi mulia (Kis 17:11; 1Tes 5:21). Mampukah kamu untuk bangun dan mencari Tuhan awal-awal untuk menemuiNya (Ams 8:17)?