26:16
Si lamban lebih memandai dalam keangkuhannya daripada tujuh orang yang dapat memberi hujahan.
Orang malas selalu ada alasan. Mereka tidak akan mengaku bahawa mereka malas. Keangkuhan mereka menolak pembetulan dan arahan, dan itu suatu kutuk yang teruk (Ams 26:12). Mereka merekakan alasan bongkak bagi pengangguran dan bagi keadaan selalu kurang maju berbanding rakan sebaya mereka. Jika tujuh orang yang mulia dan yang berjaya mengatakan bahawa kekukangan ialah punca keadaannya sebegitu, si lamban menolaknya secara mencemuh.
Si lamban ialah orang yang lambat dan malas baik secara semulajadi mahupun secara tabiat. Dia tidak suka kerja atau usaha; dia lebih suka melahu dan berehat. Dia lamban dalam pekerjaannya. Dia bergerak lambat, suka bercakap, dan berjalan mundar-mandir dalam pekerjaannya. Dia tidak suka berpeluh; dia takut akan kelajuan; dan tumpuan kepada sesuatu ialah apa yang dia tidak pernah cuba. Dia sebaliknya lebih suka bercakap, bermain, atau tidur.
Si lamban dapat menjadi sungguh angkuh. Mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka. Mereka merekakan alasan untuk membenarkan kerja mereka yang kurang memuaskan kalau dibandingkan dengan orang yang tekun dan yang berjaya. Mereka secara cemuh memikir bahawa mereka lebih hebat daripada orang-orang yang berjaya ini; mereka menuduh benda lain di luar kawalan mereka yang menghalang kejayaan yang sama itu. Mereka orang bebal (Ams 12:15).
Si lamban dikenali dari awal-awal. Kanak-kanak pun dikenali oleh perbuatannya (Ams 20:11). Lelaki muda yang rajin tidak akan menjadi lelaki tua yang malas, dan si lamban muda tidak akan menjadi orang tua yang tekun. Tabiat sejak masa muda menjadi tabiat pada umur tua. Akhlak dan latihan yang lemah pada si lamban akan menghukumnya dengan kemiskinan dan masalah sepanjang hidupnya (Ams 6:6-11; 10:4; 13:4; 19:15; 20:13). Ibubapa harus menyingkirkan kesalahan ini dan mengajar perangai dan tabiat kerja yang baik.
Si lamban yang dapat persekolahan yang lemah akan menuduh kekurangan pendidikan mereka itu, walaupun ada banyak orang kaya yang tidak pernah bersekolah. Si lamban yang warna kulitnya lain akan menuduh bangsa mereka, walaupun ada orang kaya dari pelbagai bangsa di dalam kota mereka. Si lamban yang membesar di kawasan yang miskin akan menuduh cara mereka dibesarkan, walaupun ada orang lain yang sudah berpindah keluar kerana tekun bekerja.
Diskriminasi hanya suatu alasan bagi si lamban. Orang daripada mana pun latar pendidikan atau bangsa, atau daripada keluarga yang miskin, akan mendapat kejayaan jika dia bertekun dalam pekerjaannya. Majikan tidak kisah akan warna kulit, bangsa, atau markah dalam sekolah, jika seseorang pekerja itu selalu menepati masa, berdedikasi, dan bertenaga di pejabat atau tempat kerja. Tetapi, sudah tentulah, si lamban akan selalu menuduh suatu pengkomplotan atau diskriminasi untuk kemiskinan mereka.
Apakah penawar atau ubat bagi si lamban? Biar dia kebuluran (Ams 20:4; 2Tes 3:10)! Memberi makan kepada si lamban menggalakkannya untuk menjadi malas. Si lamban tidak layak untuk menerima belas ihsan. Masyarakat zaman kini menjalar sikap kekukangan dengan menyediakan jaring keselamatan untuk orang yang malas. Tiada guru yang lebih baik daripada kelaparan, sebab perut orang akan memaksanya untuk pergi bekerja (Ams 16:26; Peng 6:7).