Amsal · Proverbs

26:15
Orang yang kekukangan menyembunyikan tangannya di dadanya; ia mendukakannya untuk membawa tangannya itu kembali kepada mulutnya.

Ia baik untuk memperolok-olokkan orang malas! Dan Solomo memang handal berbuat demikian! Lupakanlah kata-kata orang keperempuanan yang mesra politik, terdidik seminari, dan yang suka ajaran peka pencari. Di dalam amsal ini, Roh Kudus menjelaskan orang yang sebegitu malas sehingga dia tidak akanmenguraikan lipat lengannya untuk menaikkan gerapu ke mulutnya untuk makan. Allah telah memberi amsal yang sungguh menarik ini satu lagi kembar (Ams 19:24). Adakah kamu cukup menghargai nilai hikmah Allah untuk membenci si lamban dan sikap kekukangan mereka yang bebal?

Lipatkanlah lenganmu di dadamu dalam keadaan rehat. Di manakah tanganmu? Ia tersembunyi di dadamu oleh lengan yang bertentangan. Di sinilah, dan juga di kocek, tempatnya orang yang kekukangan menaruh tangannya. Sementara dia tidak akan bekerja keras untuk makanan, Solomo mengolok-olok dia tentang berduka akan usaha nak makan pun. Tangannya tidak bergerak, tetapi bibirnya kekal bergerak supaya dapat memperbenarkan dirinya kepada mana-mana orang bebal yang mahu dengar alasan-alasannya (Ams 26:13-16).

Kerja keras adalah salih, perlu, dan diwajibkan. Allah telah meletakkan Adam di Taman Eden untuk mengerjakan kebun itu, meskipun itu sebelum adanya dosa di dunia (Kej 2:15). Sudah tentulah, selepas dia berdosa, kerja sebegitu lebih banyak sebahagian daripada kehidupan manusia (Kej 3:17-19,23). Tanpa kerja keras, sikap cekal hati, dan jerih lelah yang berterusan, seseorang tidak akan mencapai apa pun dalam kehidupan (Ams 10:4; 13:4; 19:15). Allah telah memerintahkan supaya orang malas harus diputuskan hubungan dan dilaparkan (Ams 20:4; 2Tes 3:6-14).

Allah telah memberimu tangan untuk lebih daripada memakai cincin. Dua set lima jarimu adalah alat yang paling berhasil yang pernah diciptakan di bumi ini. Dengan kemahuan, usaha, dan sedikit didikan, kamu boleh menjahit butang pada kadar satu seminit, memasang dan menggabungkan 10 bahagian mudah sesuatu barang dalam seminit, menaip 100 perkataan seminit, atau mengisih buah-buahan menurut saiz pada kadar 1000 seminit. Tanganmu sungguh ajaib. Ia boleh bergelut dengan gerudi tukul atau main piano dengan halus. Berilah Allah kemuliaan! Pakailah tanganmu untuk bekerja!

Sementara tanganmu merupakan alat yang paling berharga, Solomo kerap kali merujuk kepadanya. Tangan yang lamban akan menjadikanmu miskin; tangan yang tekun akan menjadikanmu kaya (Ams 10:4). Tangan orang tekun akan memerintah (Ams 12:24). Perempuan yang berakhlak mulia ada tangan yang tidak mengenal penat lelah (Ams 31:13,16,19-20,31). Dan apa pun tugas yang kamu ada, pakailah tanganmu dengan segala kekuatanmu (Pkh 9:10).

Keinginan membunuh orang malas, kerana tangannya menolak untuk cukup bekerja keras untuk mendapat apa yang dia mahu (Ams 21:25-26)! Orang malas melipat tangan mereka dan kekal di katil untuk bebarapa minit lagi dan itu membinasakan diri mereka sendiri (Ams 24:33). Orang bebal melipat tangannya bersama dan merosakkan kehidupannya (Pkh 4:6). Dan seorang perempuan boleh membinasakan kekayaan keluarga dengan tangan yang malas (Ams 14:1; Pkh 10:18).

Apa yang harus kamu buat pada hari ini? Lakukanlah itu sekarang juga! Ketekunan dalam perniagaan menandakan orang Kristian yang sejati (Rom 12:11; 1Tes 4:11-12). Tunjukkanlah Sang Penciptamu dan Bapamu di syurga suatu etika kerja yang salih pada hari ini dan yang memalukan orang Krisitan badaniah dan si duniawi yang ada tangan yang malas. Ia mudah untuk beroleh maju kebanyakan pekerja pada hari ini dengan hanya memegang pelajaran amsal ini.

Ada lebih dalam kehidupanmu daripada hanya memperoleh roti bagi mulutmu – kamu juga perlu belajar dan memakai firman Allah, yang lebih penting daripada roti (Luk 4:4; Ula 8:3). Bilakah akhir-akhir ini tanganmu membalik-balikkan lembaran Alkitab, mengklikkan tetikus komputer laman web gereja untuk mengulangkaji khutbah, atau mengangkat doa yang membara bagi jiwamu? Pakailah tanganmu untuk bekerja pada hari ini juga!