27:13
Ambil jubah orang yang merupakan penaja jamin kepada orang asing, dan ambil cagaran daripada orang kerana perempuan asing.
Orang optimis perniagaan dan orang yang suka mengambil risiko adalah berbahaya secara kewangan. Demikian juga dengan orang yang suka gaya hidup main cinta dengan perempuan sundal. Jauhilah dirimu daripada kedua-dua jenis orang ini. Jangan bekerja bagi mereka. Jangan melabur dengan mereka. Jika kamu harus berniaga dengan mereka, pastikan surat janjimu cukup teliti dan cukup tegas untuk perlindungan.
Orang yang suka mengikut gerak hati dan orang yang tidak bermoral akan jatuh, dan mereka akan membawamu bersama mereka, kecuali kamu melindungi dirimu sendiri. Amsal ini ada amsal kembar dalam Amsal 20:16, yang menjadikan amaran ini dua kali ganda lebih penting ketika berhadapan denganpengambil risiko dan dengan orang yang tidak bermoral. Belajar untuk menyukat manusia, dan mengelak semua orang bebal.
Pertimbangkan syarat-syaratnya. Suatu penajajaminan menjaminkan hutang kewangan orang lain, seperti menjadi pihak kedua untuk menandatangani janji pinjaman. Suatu cagaran ialah ikrar jaminan, seperti cengkeram [wang pendahuluan sebagai jaminan], yang memberi kepastian bahawa orang itu akan bayar, atau ia boleh dirampas untuk menutupi apa pun kerugian. Suatu jubah dalam konteks ini ialah contoh cagaran Wasiat Lama – sesuatu benda bernilai yang kamu pegang sebagai cengkeram. Perempuan yang asing ialah mana-mana perempuan yang mahu seks di luar nikah.
Raja Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya terhadap menjamin hutang orang lain. Dengan harta yang banyak, jaringan perhubungan, dan reputasi, seseorang putera boleh dengan mudah terjebak ke dalam hutang-hutang orang lain yang dia mungkin harus akhirnya bayar sendiri. Sementara hal negara melibatkan hutang-hutang besar dengan kesan-kesan yang dahsyat, dia mengajar anak lelakinya kerap kali untuk mengelak godaan ini, dan kamu patut dimanfaatkan oleh amaran ini yang berulang-ulang (Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 20:16; 22:26-27; 27:13).
Ketika melibatkan diri dalam janji-janji perniagaan, Salomo mengajar anak lelakinya untuk menyukat akhlak dan integriti seseorang oleh sikapnya dalam hal mengambil risiko dan oleh perhubungannya dengan perempuan. Jika lelaki itu si bebal optimis yang menjadi penaja jamin kepada orang asing, maka lebih cagaran patut diambil daripadanya supaya melindungi apa pun urusan. Jika lelaki itu pula adanya sikap suka berkendak atau berzina, maka nasihat yang sama dipakai, kerana kedua-dua sikap itu akan akhirnya membinasakan seseorang lelaki (Ams 22:26-27; 5:8-10; 6:26).
Orang yang mulia tidak perlu dikenakan cengkeram. Kamu boleh melibatkan diri dengan mereka dalam apa pun urusan. Mereka akan memenuhi tugas-tugas mereka, menyiapkan tanggungjawab mereka, dan membayar hutang mereka. Kamu boleh harap kepada mereka. Janji mereka secara lisan cukup teguh seperti janji surat kontrak – jebat tangan mereka adalah seteguh suatu cengkeram. Banyak perniagaan dahulu biasanya dilangsungkan dengan cara itu, sehingga kerajaan menghentikan penguatkuasaan mengadakan kontrak dan menghentikan hukuman kepada para penghutang, para pencuri, dan para pemungkir waad dengan kekerasan yang dahulu dipakai.
Bagaimanakah dapat kamu mencari dan membuktikan orang demikian? Mereka berhemat dalam segala urus niaga dan mengelak pelaburan yang berisiko, jadi mereka jarang dirugikan dengan urusan yang buruk (Ams 14:15; 22:3; 27:12). Mereka mengetawakan skim cepat kaya dan memastikan adanya insuran bagi segalanya yang harus dilindungi. Lelaki kuat dengan akhlak yang baik mengekalkan kekayaan (Ams 11:16; 13:23; 18:9; 21:5,20; 28:19). Oleh sebab itu, adanya juga kata pepatah yang bertentangan dengan amsal itu, “Orang bebal dengan wangnya mudah dipisahkan”. Jika seseorang telah mengekalkan modalnya, maka kamu tahu kamu sudah menemui lelaki yang kuat dan yang berhikmah.
Apakah cara yang lain supaya kamu dapat mencari orang mulia untuk urusan perniagaan yang selamat? Perhatikan perhubungan-perhubungan mereka dengan perempuan. Jika mereka merupakan penzina atau gila pesta pora, jauhilah mereka. Jika kamu harus berurus dengan mereka, pastikan kamu ada kontrak yang teguh atau jaminan sebelum berbuat demikian. Jika mereka kurang berperangai baik dan kurang berhati nurani dalam hal berkenaan cinta, seks, dan perkahwinan, maka mereka tidak boleh dipercayai dalam hal kewangan. Lagi pula, gaya hidup memuaskan kegasangan akan akhirnya membinasakan mereka dengan cara yang lain juga. Penzina dan pelanggan pelacur memasuki maut dan neraka.
Apakah pelajarannya? Elakkanlah sikap optimistik yang bebal atau sikap ingin mengambil risiko dalam hal kewangan. Sikap pesimistik ialah nilai murni dalam urusan-urusan niaga dan pelaburan (Ams 14:15; 22:3; 27:12). Selidiki hal dengan sungguh teliti dan libatkanlah para penasihat yang lain untuk mengelak kepedihan (Ams 15:22).
Mungkinkah adanya pelajaran yang lain? Kekalkanlah hatimu dan kehidupanmu untuk bebas daripada perempuan lacur, sebab kompromi moral dan seksual akan membawa masalah ekonomi. Perzinaan membuktikan jiwa yang bebal dengan keutamaan-keutamaan yang tidak betul, dan para pelacur langsung tidak murah dari mana-mana segi pun (Ams 6:30-33; 23:27).
Mungkinkah adanya pelajaran yang lain? Elaklah niaga atau dapatkanlah cengkeram lebih daripada orang yang bebal, suka melulu, mengikut gerak hati, lurus bendul, optimistik, atau berborak sia-sia dalam hal kewangan. Lindungilah dirimu dengan menjauhi diri daripada orang yang suka mengambil risiko, sebab kebebalan mereka akan menjatuhkanmu bersama mereka.
Mungkinkah adanya pelajaran yang lain? Elaklah berbuat niaga atau dapatkanlah cengekeram lebih daripada orang yang gasang dengan perempuan, sebab mereka menunjukkan kekurangan akhlak, dan mereka juga akan jatuh. Orang yang menipu isterinya atau menipu suami perempuan lain akan juga menipu kamu. Berhati-hati!
Oleh rahmat dan belas kasihan Allah, walaupun orang pilihan merupakan orang asing kepada Allah dan tidak setia seperti pelacur bagi hal-hal syurga, Dia telah mengutus AnakNya yang tunggal untuk menjadi Penaja jamin surat kontrak, waad, janji, dan wasiat hidup kekal bagi mereka (Ibr 7:22; 8:6; 9:15; 12:22-24). Dan oleh sebab kesetiaanNya dan keadilanNya, mana-mana orang di antara mereka boleh mengakui dosa-dosa mereka pada bila-bila masa dan diampuni dan menyuci daripada segala-galanya (1Yoh 1:9). Kamu boleh menaruh seluruh kepercayaanmu kepadaNya, sebab Dia satu-satunya yang adil, sempurna, dan benar di dalam segala jalanNya.