Amsal · Proverbs

27:12
Orang yang berhemat nampak kecelakaan, dan menyembunyikan dirinya; tetapi yang pandir lalu sahaja, dan dihukum.

Berhati-hati! Berjaga-jaga! Janganlah terkejut nanti! Apakah yang dapat terjadi yang mungkin menyakitimu? Sikap optimistik sungguh berisiko; sikap pesimistik itu selamat. Belajarlah hikmah. Orang yang berhemat melihat ke depan dan menyelaraskan kehidupan mereka untuk mengelak kerugian, kepedihan, atau masalah. Orang berhikmah berwaspada untuk mengesan perubahan yang menjelang yang mungkin merugikan mereka, dan mereka mengelakkannya. Orang bebal hidup hari demi hari tanpa apa pun pertimbangan masa depan lalu terjerat oleh kekerapan perubahan dalam kehidupan, dan mereka dipedihkan olehnya.

Adakah kamu percaya kebanyakan tentang apa yang kamu dengar atau baca? Adakah kamu suka berbuat keputusan atau suka berpendapat? Berjaga-jaga! Orang berhikmah berhati-hati, kritik, dan curiga tentang pernyataan-pernyataan atau situasi yang tidak teruji. Mereka tidak percaya segala yang mereka dengar atau baca, dan mereka tidak membuat keputusan-keputusan dengan tanpa menaakuli bahaya-bahaya yang mungkin (Ams 14:15). Hanya orang pandir yang bebal memandang dengan lurus masa depan dan melulu kepadanya dengan optimistik. Dan mereka terkena hukuman kerana berbuat sebegitu.

Berhemat ialah kuasa berbudi bicara. Ia merupakan budi bicara atau hikmah praktikal ketika mengesan masalah atau bahaya dalam apa pun situasi dan mengelakkannya dengan mengubahkan tindak-laku untuk mencari jalan yang paling menguntungkan. Sudah tentulah, orang berhemat bergerak lebih perlahan daripada orang bebal, kerana mereka tahu bahawa keputusan yang bergegas atau melulu itu banyak berisiko (Ams 14:29; 19:2; 21:5; 25:8; 29:20; 2Tim 3:4). Peraturan ini untuk kehidupan yang berhikmah sebegitu penting sehingga Salomo mengulanginya bagimu (Ams 22:3).

Orang yang berhemat, iaitu orang dengan budi bicara yang berhati-hati – memandang ke depan dan melihat

anggapan-anggapan salah atau risiko. Dia menyembunyikan dirinya daripada bahaya mereka dengan mengubahkan kepercayaannya atau tindak-lakunya. Orang tidak akan pernah mendengar dia percaya kepada dusta atau berjalan masuk ke dalam jerat. Sebaliknya, orang pandir dengan riang biar kehidupan terjadi kepada mereka sahaja. Mereka tidak menyoal apa yang mereka percaya atau apa yang mereka sedang buat. Mereka kekal maju dan dibelasah berkali-kali oleh bahaya dan risiko yang tidak didugakan mereka.

Sudah tentulah, rohmu yang bebal itu mahu berbuat apa yang ia mahu buat, dan ia mahu melakukannya sekarang! Teman-teman bebal dan tekanan rakan sebaya lagi mendorong pendekatan yang gila

ini kepada kehidupan. Sikap berhemat – satu komponen hikmah – yang akan melambatkan orang untuk mempertimbangkan apa yang sedang dibuat. Hanya orang berhikmah memandang dari setiap segi dengan menyeluruh – berhati-hati – sebelum membuat keputusan (Efe 5:15-17). Orang bebal bergegas maju dengan keghairahan buta dan dengan keyakinan jahil.

Sesetengah orang dibuang kerja dengan persiapan simpanan, kemahiran mudah alih, dan satu lagi kerja gaji yang menantikannya. Orang lain kehilangan kerja, tiada kewangan sampingan, tidak berkemahiran, menyakiti keluarga mereka, dan tidak tahu apa untuk dibuat. Sesetengah orang mengurus bilangan dan mengaturkan waktu kelahiran anak supaya dapat menjadi ibubapa yang cemerlang. Orang lain membiak seperti arnab dan tidak mempertimbangkan kos, tenaga, masa, atau hikmah untuk membesarkan mereka semua ke kedewasaan dengan akhlak Kristian, kerjaya yang berhasil, dan pasangan yang salih.

Orang berhikmah tidak akan percaya apa pun atau berbuat apa pun sehingga mereka membuktikan kebenaran atau kehendak Allah berkenaan hal itu. Orang Berea terpuji kerana menguji khutbah Paulus, dan orang Tesalonika telah diarahkan untuk melakukan itu (Kis 17:11; 1Tes 5:21). Orang bebal itulah yang percaya kepada berita waktu petang, khayalan Ben Spock tentang didikan anak, apa pun kesaksian yang manis didengar, kumpulan pemikir tak kira kecenderungannya, atau sesiapa pun yang memanggil diri sendiri kononnya reverend atau doktor.

Jika ia bukan hal agama atau hal moral, orang berhikmah mengamalkan hikmah amsal Salomo (Ams 1:1-4), mereka mencari keselamatan dengan kebanyakan penasihat berwibawa (Ams 11:14; 24:6), dan mereka menyembunyikan diri seperti arnab daripada risiko (Ams 30:26; 6:1-5). Mereka tidak percaya kepada pendapat mereka sendiri (Ams 26:12; 16:2,25; 21:2). Mereka tidak mempedulikan apa yang semua orang lain buat (Kel 23:2). Mereka tidak percaya apa pun tanpa bukti yang kuat dan yang teruji (Ams 14:15; 13:16).

Jalan yang paling baik untuk menjadi berhemat adalah untuk belajar Alkitab (Maz 19:7-11; 119:98-100; 2Tim 3:16-17). Ia mengandungi kebenaran Allah dan kehendakNya untuk kehidupan yang berjaya. Kitab Amsal ialah peraturan-peraturan Salomo yang berilham untuk kehidupan yang makmur. Tanpa kebenaran dan ketetapan Allah, kamu akan menjadi mudah terpengaruh kepada kebebalan perasaan dan gagasan sia-sia manusia. Tanpa arahan daripada hamba-hamba Allah, kamu akan terumbang-ambing mengikut para pendaya yang licik (Efe 4:14). Kamu harus berada dalam gereja yang mengkhutbahkan Alkitab untuk bertumbuh sepenuh-penuhnya dalam kehematan dan dalam hikmah.

Adakah kamu berhemat untuk menabung sesetengah atau kesemua pendapatan, supaya kesukaran kewangan masa depan dapat dielakkan (Ams 30:25)? Adakah kamu membeli insuran untuk aset-aset yang besar terhadap kerugian yang besar, supaya kamu tidak dapat dilenyapkan (Ams 22:26-27)? Adakah kamu sungguh berhati-hati tentang perkahwinan, sama ada perkahwinanmu mahupun perkahwinan anak-anakmu, untuk dengan berhemat mengelak perempuan yang menjelekkan (Ams 30:21-23; 31:30)? Sudahkah kamu memandang ke masa depan untuk melihat jika kerjamu, kerjayamu, atau perniagaanmu akan diperlukan pada masa depan (Ams 27:23-24)? Sudahkah kamu mendidik anak-anakmu supaya mengelak anakmu merosakkan masa depanmu (Ams 29:15)?

Sudahkah kamu memperoleh suatu kemahiran mudah alih, atau adakah kamu tidak mahir dan mudah terancam ketika dibuang kerja (Ams 24:27)? Adakah kamu melabur dalam peluang-peluang yang sungguh besar pulangannya, atau kamu menyoal peluang-peluang yang nampak terlalu baik untuk menjadi kenyataan? Sedangkah kamu membaca suatu versi Alkitab yang baru tanpa meneliti asal-usulnya, petikan-petikannya, dan hasil buahnya? Adakah kamu menguji segala yang kamu dengar di gereja, atau kamu anggap ia betul sahaja? Sudahkah kamu dengan giat menyelidiki didikan anak-anakmu untuk memaksimakan potensinya? Adakah kamu melayani pasanganmu cara Allah untuk membina suatu perkahwinan yang bertahan?

Adakah kamu tertipu oleh gambar Mel Gibson, “The Passion of the Christ”, atau kamu mengecamkannya sebagai tanda salib beranimasi untuk agama Roman Katolik? Adakah kamu Kristian “Purpose-Driven”, atau kamu melihat kompromi teruk sikap peka pencari Rick Warren (2Tim 4:3-4)? Sudahkah kamu membaca novel-novel “Left Behind”, atau kamu tahu bahawa antikristus datang sebelum kedatangan Yesus Kristus (2Tes 2:3)? Adakah kamu mengesyorkan cara didikan James Dobson anak yang lapang, atau kamu melekat pada jalan-jalan purbakala Alkitab yang terilham (Ams 19:18; 22:15; 23:13-14; Yer 6:16)?

Kitab Amsal telah diilhamkan Allah dan ditulis oleh Salomo untuk mengajarmu hikmah. Peraturan hikmah dalam amsal ini ialah sikap berhati-hati yang berhemat bagi segalanya kamu percaya dan buat, supaya jangan kamu percaya kepada dusta atau mendedahkan diri kepada bahaya. Hanya orang bebal maju ke depan tanpa penaakulan yang kritikal dan yang curiga. Tuhan sedang menawarkan keselamatan daripada para penipu dan risiko, jika kamu akan melambatkan diri dan menguji segala sesuatu (1Tes 5:21). Jika kamu terus membiarkan kehidupan terjadi kepada dirimu tanpa penelitian yang berhati-hati, maka kamu akan dihukum berulang-ulang kali.

Bahaya paling besar yang kamu hadapi ialah takhta penghakiman Yesus Kristus, ketika Dia menyelidiki segalanya yang kamu telah buat dalam kehidupan (Pkh 12:13-14; Rom 14:10-12; 2Kor 5:10-11; Ibr 9:27; Wah 20:11-15). Ia masa yang sepatutnya sudah lama untuk bangun daripada tidur dan mula menjalani hidup yang kudus untuk bersembunyi daripada hari itu (Rom 13:11-14; Efe 5:3-7; 1Tim 6:17-19). Hanya orang bebal yang durjana makan, minum, dan bermeriah tanpa apa pun kepedulian bagi Hari Penghakiman yang cepat mendatang. Orang yang gila akan kenikmatan-kenikmatan bebal hidup ini akan tidak lama lagi dihukum untuk kekekalan.