27:14
Dia yang memberkati kawannya dengan suara yang kuat, sementara bangun awal-awal pagi, itu akan dihitung sebagai kutuk baginya.
Bilakah suatu ucapan berkat menjadi ucapan kutuk? Ketika ia mengampu! Jangan memberi apa pun perhatian kepada ucapan berkat, atau pujian. Ia sebenarnya suatu kutuk, sebab ada suatu niat yang palsu atau yang bebal di sebaliknya (Ams 26:24-28; 29:5). Orang itu sudah memperdayakanmu, atau dia akan memperdayakanmu. Orang salih tidak terharu oleh pengampuan, dan juga tidak memanipulasikan orang lain dengan pengampuan.
Orang di sini memuji kawannya dengan suara yang kuat. Apakah yang dapat diketahui daripada kelantangan suaranya? Ia menandakan suatu pertunjukkan yang tidak ikhlas daripada suatu pujian yang kudus dan yang mulia. Dia harap kawannya dan orang lain juga untuk mendengar pujian itu. Pujian yang kuat adalah keterlampauan, kerana ia pengampuan. Ucapan berkatnya itu adalah bagi tujuan yang selain daripada keramahan dan galakkan ikhlas.
Dia bangun awal pada waktu pagi untuk memuji kawannya. Apakah yang dapat diketahui daripada waktu dia mengucap berkat? Ia menandakan pujian yang waktunya tidak wajar, sebab ada hal yang lebih baik untuk buat pada waktu pagi. Pujian yang waktunya tidak sesuai adalah keterlampauan, kerana ia mengampu. Ucapan berkatnya itu adalah bagi tujuan yang selain daripada keramahan dan galakkan ikhlas.
Pengampuan di sini adalah di antara kawan. Jika seseorang musuh memakai suara yang kuat pada waktu pagi untuk memujimu, ia memang mudah untuk tahu bahawa ia palsu dan berbahaya (Maz 5:8-10). Tetapi ketika ia adalah di antara kawan, ia lebih sukar untuk melihat bahayanya (Ams 29:5). Orang berhikmah, yang menghargai amaran-amaran yang serius, akan mengeraskan hati terhadap pujian yang keterlampauan, walaupun ia datang daripada kawan.
Allah membenci pengampuan. Pengampuan ialah pujian untuk menjadikan orang lain untuk percaya atau untuk berbuat sesuatu yang salah. Itu suatu ciri orang yang rosak akhlak (Maz 5:9). Para pelacur memakainya untuk menggoda lelaki (Ams 6:24; 7:21), dan Israel memakainya untuk memperoleh keselamatan Allah daripada musuh (Maz 78:34-37). Allah akan memutuskan semua orang yang mengampu dan membutakan anak-anak mereka (Ayb 17:5; Maz 12:1-3)!
Orang baik tidak akan memberi gelaran yang mengampu kepada manusia (Ayb 32:21-22), walaupun sangat popular dalam agama (Mat 23:6-12). Sesetengah hamba Allah memakai gelaran “Reverend” [Yang Disegani] atau “Father” [Bapa] untuk memperoleh pengampuan daripada orang lain. Paulus tidak pernah memakai pengampuan ketika di Tesalonika, dan sikapnya langsung bertentangan dengan guru-guru yang memanipulasi dan yang mengangkat-angkat pada zaman kini (1Tes 2:5). Hamba Allah yang benar tidak akan mengampu: mereka akan terang-terang menyatakan nama dosa, menyatakan nama orang sesat, dan tidak akan membiar ia berlangsung (2Kor 10:4-6)!
Pada zaman yang suka memasar, imej lebih penting daripada isi, penampilan lebih penting daripada pencapaian, dan tanggapan lebih penting daripada kenyataan, maka ia mudah untuk memakai pengampuan. Orang Sanguine ada pembawaan untuk itu; orang penjual telah diajar untuk melakukannya. Daripada mempersembahkan suatu produk dengan fakta-fakta yang berwibawa, mereka mempromosikan barangan dengan pengampuan yang bersuara kuat dan keramahan yang pura-pura. Pujian daripada seseorang penjual tentang apa pun hal sudah ternyata tidak ikhlas.
Percakapan itu mudah tetapi ia tidak bernilai. Orang berhikmah tidak mempedulikan kebanyakan hal buruk yang dikhabarkan tentang mereka (Pkh 7:21-22), dan mereka tidak mempedulikan semua hal baik yang disebut tentang mereka (Ams 27:14,21). Satu budi baik sejati sahaja adalah lebih bererti daripada banyak sorakan pujian. Pembetulan dan teguran jauh lebih nilainya untuk kemakmuran dan kejayaan daripada apa pun pujian. Ia tugas bagi orang kudus untuk memikir sederhana tentang diri sendiri, tetapi ini sukar untuk dibuat, jika kamu suka pujian daripada manusia (Ams 29:5; Rom 12:3).
Saul mengampu Daud dengan menawarkannya dua anak perempuannya, dengan harapan memakai kedua-dua mereka sebagai umpan untuk membunuh Daud oleh orang Filistin (1Sam 18:17-25). Absalom mengampu orang Israel supaya dapat merampas kesetiaan mereka daripada ayahnya, Daud, raja Israel (2Sam 15:1-6). Rakyat Tirus dan Sidon mengampu Herodes, tetapi Allah menjadikan Herodes dimakan cacing kerana menerima pujian itu (Kis 12:21-23).
Bukan semua pujian berdosa. Pujian dengan niat menjadikan orang untuk percaya atau untuk melakukan sesuatu yang salah ialah dosa. Yesus memuji murid-muridNya (Luk 22:28). Paulus pernah menyebut seorang percayawan, yang telah dipuji di semua gereja (2Cor 8:18). Paulus memuji Korintus (1Kor 11:2). Paulus memuji Timotius (Flp 2:19-22). Paulus pernah memberi senarai banyak lelaki dan perempuan untuk kehormatan dan pujian di dalam gereja (Rom 16:1-15). Dan kedua-dua suami dan anak akan memuji perempuan yang berakhlak mulia bagi usaha-usahanya yang tekun dan yang mulia (Ams 31:28-31). Pujian atau pengampuan yang subversif adalah berdosa.
Pujian menguji akhlak seseorang dengan cukup keras (Ams 27:21). Kebanyakan lelaki mudah terpengaruh oleh pengampuan, baik pengampuan itu daripada lelaki mahupun daripada perempuan; mereka percaya pujian itu benar, dan mereka akan berkompromi untuk mendapat lebih pujian (Ams 29:5). Tetapi orang berhikmah akan lebih suka teguran kawan yang ikhlas daripada ciuman musuh (Ams 27:5-6). Yesus, teladan yang paling besar bagimu, berbuat segala apa yang dilakukanNya untuk menghalang pujian dan kepopularan (Mar 7:36). Usahakan diri untuk melupakan pujian sebaik sahaja pujian itu diterima tetapi sungguh mantap untuk mengingat pembetulan – yang kedua itu lebih baik bagi penyempurnaanmu daripada yang pertama.