Amsal · Proverbs

27:8
Seperti burung yang merayau dari sarangnya, demikianlah orang yang merayau dari tempatnya.

Jika seekor burung merayau dari sarangnya, ia membinasakan anak-anaknya dan mendedahkan dirinya kepada bahaya. Dengan cara yang sama, lelaki atau perempuan yang meninggalkan peranan-peranan mereka yang wajar adalah bahaya kepada keluarga mereka dan mempertaruhkan diri mereka. Akankah kamu dengan setia memenuhi perananmu dan tanggungjawabmu?

Dunia sedang berubah, tetapi bukan segala perubahan baik. Perubahan ada di mana-mana, tetapi bukan segala perubahan betul. Banyak gagasan adalah bebal, membinasakan, dan cabul, meskipun dunia memberitahu kita bahawa ia baik. Banyak orang sedang meninggalkan tempat tugasan mereka yang telah diberi Allah dan ciptaan semula jadi kepada mereka.

Ada banyak fikiran yang bebal, oleh kedua-dua jantina dari pelbagai umur, tentang pelbagai jawatan atau peranan, iaitu fikiran yang mementingkan diri sendiri dan yang disfungsi. Pemberontakan terhadap generasi-generasi dahulu dan terhadap iman, filsafat, dan amalan mereka adalah tidak berhikmah kalau tiada bukti yang unggul dan yang teruji.

Sesetengah tradisi adalah baik. Ia bukan sahaja baik tetapi ia juga kerap kali diperlukan dan menguntungkan. Ada peranan, peraturan, dan kebiasaan yang telah ditahbiskan dan dimantapkan bagi hal-hal kehidupan. Sesetengah daripadanya diilhamkan Allah; yang lain pula ditimbulkan keperluan semula jadi. Melanggari mana-mana satu membawa kepedihan, masalah, dan kemerosotan. Kalau kita kekal pada jalan dan tradisi lama maka kita lebih selamat daripada mengikuti gagasan dan rancangan yang baru dan menarik.

Mazmur Daud menangani keruntuhan kekuasaan dan perhubungan-perhubungan di masyarakat, sebab Daud nampak kekeliruan dan kemerosotan Israel kerana pemerintahan Saul yang korup. Di Mazmur 11, dia menjelaskan dasar-dasar masyarakat yang dibinasakan dan kesan-kesannya (Maz 11:3). Di Mazmur 75, dia berjanji kepada Allah untuk memerintah dengan cara yang berbeza dan untuk mengekalkan tiang-tiang penyokong kerajaan sivil (Maz 75:2-7). Di Mazmur 82, Allah membidas para penguasa yang korup dan memberi amaran akan kebinasaan mereka (Maz 82:1-8).

Tugas ialah kunci kepada kemakmuran dan kejayaan. Allah telah menentukan tugas-tugas lelaki, perempuan, dan anak-anak dalam peranan dan tanggungjawab mereka baik di dalam mahupun di luar keluarga. Tugas-tugas itu haruslah difahami dan dilaksanakan bagi kebahagiaan dan kemajuan setiap orang. Adakah kamu mengenal tugas-tugasmu? Adakah kamu memenuhinya dalam setiap lingkungan peranan kehidupanmu? Atau sudahkah kamu merayau keluar daripada sesetengah tugasmu kerana godaan dunia yang disfungsi ini?

Generasi kini ingin perubahan. Mereka adalah seperti burung-burung bentina yang membenci gaya hidup dikongkong berdiam di sarang. Mereka mahu memperluaskan pandangan mereka. Mereka mahu mengalami pengalaman yang baru. Mereka mahu mencapai potensi yang lebih besar. Mereka mahu mengembara ke alam yang baru. Mereka mahu menghapuskan tanggapan stereotaip yang lama (itulah istilah yang dipakai mereka). Mereka mahu merevolusikan dunia.

Mereka adalah seperti burung bodoh yang meninggalkan telur-telur mereka untuk dibinasakan dan terjerat oleh si pemikat burung.

Apakah pendapatmu tentang seekor burung yang telah bertelur lalu meninggalkannya untuk merayau ke merata-rata tempat untuk mencari peranan dirinya? Kamu akan berpendapat demikian juga tentang orang yang berotak burung yang sedang mencipta semula tujuan kewujudan, fungsi, moral, keberhasilan, dan perhubungan manusia. Mereka sudah gila, kerana Allah telah mendawaisemulakan otak mereka untuk melakukan hal-hal yang tidak pantas (Rom 1:28). Mereka ingin mencari peranan diri sendiri? Allah sudah menentukan peranan-peranan mereka. Mereka harus melakukannya.

Mereka menyatakan bahawa budak lelaki harus bermain dengan anak patung dan budak perempuan harus bermain dengan senapang. Budak lelaki harus menyanyi di kelab nyanyian sekolah sementara budak perempuan harus menjadi pemain bola sepak. Budak lelaki harus berambut panjang dan memakai anting-anting sementara budak perempuan harus berambut pendek dan memakai seluar jean dan kasut but. Lelaki harus menjadi jururawat sementara perempuan harus menjadi doktor. Budak lelaki harus selalu menunduk bersetuju sementara budak perempuan harus selalu berdikari.

Dengan demikian, muncullah perempuan juruterbang untuk jet pejuang, lelaki di rumah sebagai pengasuh budak, budak sekolah universiti mengundi, lelaki bersetubuh dengan lelaki, kesatuan pekerja melumpuhkan syarikat penerbangan, isteri menyangkal suami, anak-anak mencerai ibubapa, polis dibicarakan kerana menangkap para penjenayah dengan kasar, perempuan kerjaya yang memimpin suami, lelaki yang sedang mengenal bahagian peribadinya yang keperempuanan, hakim perempuan dan gabenor perempuan, para juri yang membuat keputusan dalam kes negara meskipun buta huruf, para olahragawan dan para pelakon memperoleh lebih pendapatan daripada CEO syarikat.

Ada perempuan di kem askar yang menyurat kepada suami di rumah yang sedang menantikannya, pasangan bersekedudukan sebelum kahwin, jenazah dibakar di dalam relau api berdekatan kubur binatang peliharaan, undi perempuan, majlis diaken menghakimi pastor, perempuan cuba memimpin kerohanian keluarga, para olahragawan yang memikir akan ibu sahaja dan lupa adanya ayah, isteri yang memaksa suami bekerja sampai mati untuk menampung kegilaan menghiasi rumah, perempuan yang beranak sehingga lima belas tahun selepas akhil baligh bermula, pengkhutbah wanita, dan perempuan di dalam persatuan pengakap. Betapa teruk kegilaannya!

Adakah jalan lama ketinggalan zaman? Adakah ia suatu anakronisme [hal yang tidak wajar pada zaman kini]? Jalan lama hanya sekadar mengharapkan burung untuk duduk di sarang untuk mengeram telur. Ketinggalan zaman ialah hikmah. Percayalah itu. Cintailah itu. Lakukanlah itu. Dunia ini sudah membuktikan gagasan-gagasannya sebagai kekosongan nilai melalui disfungsinya di merata-rata tempat.

Allah telah menciptakan alam semesta dan setiap peranan dan perhubungan di dalamnya (Kej 1:1). Dia tidak menerima peranan-peranan yang diubahkan atau yang alternatif. Korah menjadi tidak puas hati untuk hanya kekal sebagai orang Lewi di bawah pemerintahan Musa dan Harun, maka Allah menguburkannya hidup-hidup bersama keluarganya. Uzia tidak puas hati untuk hanya menjadi raja, tetapi saat dia cuba menjadi seorang imam pada suatu petang, Allah memberinya penyakit kusta untuk sepanjang umurnya.

Pada zaman ini, kaum ibu sanggup menggugurkan anak dengan sengaja, dengan kejam, dan dengan cara yang ganas – iaitu seksaan yang mereka tidak akan izin dilakukan terhadap anjing gila. Salomo tidak perlu memakai gambaran burung yang merayau bagi generasi ini. Makhluk-makhluk durjana ini membinasakan anak-anak kecil sendiri bagi kenikmatan kepentingan diri semata-mata. Di manakah kaum ibu yang sejati?

Salomo, ahli filsafat yang paling hebat, telah memerhatikan suatu kejahatan yang dibenarkan dan/atau digalakkan oleh kerajaan sivil (Pkh 10:5-7). Kebebalan disanjungi; orang kaya direndahkan; para hamba menunggang kuda; para penguasa berjalan kaki. Dia tahu kebebalan harus diperolok-olok dan dikutuk, orang kaya layak untuk kehormatan dan kemuliaan bagi pencapaian atau kekuasaan mereka, para hamba harus berjalan kerana mereka tidak layak dan juga tidak mampu membeli kuda, dan para penguasa harus menunggang kuda mengatasi kedudukan hamba.

Beginilah firman TUHAN! Perempuan diciptakan untuk lelaki, dan dia harus taat dan tunduk, dengan tugas-tugas utamanya di rumah (Kej 3:16; 1Kor 11:9; Tit 2:4-5). Jika dia tidak mahu tenang atau membenci aksiom kejayaan manusia yang ditahbiskan oleh Allah ini, maka masyarakat dengan serta-merta mula merosot, keluarganya menderita kepedihan benar, dan dia menjadi murung, jika dia ada hati nurani. Perlu bukti? Alam semula jadi mengajarnya, seperti burung yang merayau dari sarangnya.

Orang yang kononnya Kristian pun berbuat apa yang sama. Perempuan tolol selalu belajar, tetapi tidak mampu mencapai pengetahuan kebenaran (2Tim 3:6-7). Daripada menanya kepada suami mereka di rumah (1Kor 14:34-35), mereka mahu mengajar suami mereka di rumah. Mereka mahu peranan yang lebih besar di gereja. Mereka mahu bersuara. Mereka mahu berkhutbah. Mereka berlari dari seminar ke seminar untuk memakai kemampuan mereka yang lebih lemah untuk belajar apa yang mereka tidak akan dapat kuasai, dan apa yang hampir tiada nilai bagi kemajuan kerohanian, dan itu menjejaskan kebenaran dan amalan yang sudah mantap.

Lelaki pula sama teruk. Sebenarnya, perempuan akan kekal di dalam peranan mereka, jika lelakimengekalkan peranan sendiri. Faktor yang paling berpengaruh di kehidupan yang disfungsi ialah ayah yang malas dan yang selalu tidak hadir. Allah menugaskan lelaki untuk melindungi dan untuk mendidik anak-anaknya; Alkitab dipenuhi dengan peringatan itu. Tetapi lelaki meninggalkan rumah untuk bekerja OT yang tidak perlu, bermain dengan kawan-kawannya, atau mengahwini perempuan yang lain. Jika mereka duduk di rumah pula, mereka menonton sukan, melayari Internet, atau sibuk mengerjakan hobi mereka. Mereka mengabaikan peranan sebagai orang yang paling penting dalam kehidupan anak-anak mereka.

Mereka memutihkan kecuaian diri dengan menghadiri hari sukan anak lelaki mereka, dan mereka sanggup membayar untuk perkahwinan yang mewah, tetapi mereka menolak untuk membuat pendirian teguh dan menolak untuk membantu anaknya memilih jodoh dengan berhikmah. Sementara ayah terlalu sibuk dan tidak berminat, anak lelakinya kurang menanya dia apa pun tentang hal kehidupan yang penting. Kalau anak lelaki bertanya pula, mereka kerap kali berjawab, “Tanyalah mak”. Di manakah lelaki yang seperti Abraham dan Yosua yang memimpin keluarga mereka sebagai lelaki yang gagah (Kej 28:19; Yos 24:15)?

Zaman bapa leluhur yang rasmi sudah tamat dengan datangnya hukum Musa (Rom 5:12-14). Tetapi setiap lelaki haruslah menjadi bapa leluhur dengan memimpin keluarganya untuk mengasihi dan melayani TUHAN Allah syurgawi. Dia harus memimpin isterinya, mendidik anaknya, dan menjadi tiang penyokong di gereja tempatannya. Dia harus memenuhi peranannya untuk menyiapkan semua orang yang di bawah jagaannya untuk menjalani kehidupan yang berhasil, melayani kerajaan Yesus, dan bersiap untuk berdiri di hadapan Allah dan memberi perhitungan pada Hari Penghakiman.

Orang yang setia tidak akan melupa, tidak akan tidak peduli, dan tidak akan menolak kedudukannya dan pengaruhnya. Dia akan merebut peluang itu dan berbuat sebanyak semungkin bagi Allahnya dan bagi keluarganya. Dia tidak akan mengalihkan tugas-tugasnya kepada guru sekolah minggu atau pastor. Dia tidak akan melepaskan kuasanya kepada isterinya. Dia tidak peduli akan dunia yang mengolok-olok ayah dari setiap segi dalam rancangan mereka untuk menghapuskan institusi-insitusi Allah di bumi [seperti institusi keluarga]. Dia akan mengekalkan kelelakiannya dan menjadi wakil Allah bagi keluarganya.

Dia dapat cam masa yang membahayakan yang ada pada zaman akhir ini (2Tim 3:14:4). Dia memilih untuk melengkapkan tembok dan berdiri di celah jurang bagi Tuhan; hatinya digerakkan oleh kemahuan Allah untuk mencari seorang lelaki yang setia (Yeh 22:30). Walaupun semua orang yang lain berkompromi, dia tahu bahawa dia bukan di dalam pertandingan kepopularan kecuali dengan Tuhan. Dia mengabdikan diri kepada jalan-jalan purbakala TUHAN, dan dia menetapkan hala tuju seisi keluarganya kepada jalan-jalan itu (Yer 6:16), dan dia menyusul dan menguastkuasakan kesalihan.

Apakah punca kegilaan ini? Orang tidak memuliakan Allah atau tidak memberi syukur bagi kebenaranNya, maka, Dia membutakan mereka supaya mencabuli jalan wajar kehidupan lalu bergegas kepada percabulan-percabulan teruk seperti liwat/sodomi (Rom 1:18-32). Kegilaan fikiran orang moden – seperti Picasso, penguguran anak, muzik rap, dan kemerdekaan perempuan – ialah ganjaran daripada Allah kerana tidak mengendahkanNya. Amerika merayau ke dalam kubang najis evolusi, jadi Allah Yang Berbahagia telah menyerahkan mereka untuk memalukan diri dengan segala jenis kekejian. Lesbian boleh menjadi pengkhutbah, pegawai polis, dan bapa.

Pujilah namaNya yang mulia! Ada sesetengah perkara yang tidak akan berubah. Jehovah Wasiat Lama – fikir tentang banjir sedunia, pembakaran Sodom, dan Firaun mati lemas – ialah satu-satunya Tuhan yang sama dengan Yesus Kristus dari Nazaret, Yang bertakhta mengatasi alam semesta sebagai Maharaja syurga. “Yesus Kristus tetap sama kelmarin, hari ini, dan selamanya” (Ibr 13:8). Keseluruhan tugas manusia masih kekal sama – takut akan Allah dan peganglah perintah-perintahNya (Pkh 12:13-14).

TUHAN Jehovah Alkitab dengan terang menjelaskan situasi yang serupa di Israel – PenghakimanNya ke atas orang Yahudi bagi pemberontakan sengaja mereka (Yes 3:1-26). Dia mencabut dari antara mereka lelaki yang gagah dan meninggalkan perempuan dan budak untuk menindas mereka, yang dengan terang telah memimpin mereka kepada banyak kesalahan yang bebal. Dia berjanji untuk menanggalkan perhiasan dan pakaian perempuan yang angkuh dan yang bongkak dan meninggalkan mereka untuk mereput. Adakah ini terlalu kasar? Apakah yang akan kamu buat kepada ibu burung yang meninggalkan sarang yang penuh dengan telur?

Hai pembaca, adakah kamu berada di dalam peranan yang telah ditentukan Sang Pencipta bagi dirimu? Jika kamu seorang perempuan, adakah kamu bahagia dengan menjadi isteri yang mengasihi, mentaati, melayani, dan menanti? Jika kamu seorang lelaki, adakah kamu dengan sungguh-sungguh memimpin dan mengasihi isterimu dan mendidik anak-anakmu dalam takut akan Tuhan? Jika kamu seorang pekerja, adakah kamu dengan setia melayani matlamat-matlamat syarikatmu daripada melayani dirimu sendiri? Jika kamu seorang anak, adakah kamu bersyukur bagi ibubapamu dan setia untuk menghormati mereka sebaik-baiknya? Jika kamu seorang Kristian, adakah kamu berada di dalam gereja yang bersembahyang kepada Yesus Kristus dalam roh dan kebenaran? Atau sudahkah kamu merayau keluar dari jalan pemahaman dan menyertai jemaah orang mati (Ams 21:16)?

Fahamkah kamu perananmu di keluarga, di sekolah, di tempat kerja, di bawah pemerintahan kerajaan, dan di gereja? Tahukah kamu peraturan Allah bagi perangaimu dan kelakuanmu dalam hal-hal tersebut dan dalam peranan, perhubungan dan tanggungjawab lain dalam kehidupanmu? Kamu harus tahu perananmu, dan kamu harus tahu harapan Allah bagi perangaimu supaya selamat dan berjaya. Segalanya dapat ditemui dalam Alkitab, iaitu buku panduan untuk kehidupan yang berhikmah dan yang berhasil.

Paulus telah mengajar, “Biar setiap orang berdiam dalam panggilan yang sama yang telah dia dipanggil” (1Kor 7:20-24). Peranan dan perhubungan haruslah dikekalkan, bahkan peranan dan perhubungan yang melibatkan orang kafir pun. Walaupun orang percayawan terlibat, tugas dan tanggungjawab masih kekal (1Tim 6:1-2). Walaupun para percayawan lelaki dan percayawan perempuan adalah sama taraf dalam Kristus, perempuan salih tahu peranannya adalah untuk menunduk dan menyegani suami mereka, meskipun suami orang yang belum bertaubat (Tit 2:3-5; 1Pet 3:1-6).

Daripada gusar terhadap Allah dan ordinan-ordinanNya, biar kamu sebaliknya mengasihi dan mentaatinya. Peranan dan tugas yang telah ditahbiskanNya adalah bagi kemuliaanNya dan bagi kebaikanmu. Ia anugerah-anugerah hikmah ilahi untuk melindungi, mengekal, dan memakmurkan umat manusia secara am dan kerajaan Allah secara khusus. Jika kamu membenar atau memilih jalan aliran moden dan perubahan zaman semasa, maka kamu menyatakan diri sebagai burung bodoh tanpa apa pun prihatin terhadap orang yang bergantung kepadamu, dan kamu akan sendiri dihukum.