Amsal · Proverbs

27:7
Insan yang kenyang meluat indung madu; tetapi bagi insan yang lapar segala yang pahit adalah manis.

Orang miskin ada kelebihan berbanding orang kaya – mereka lebih menghargai dan menikmati benda. Kekayaan orang kaya menrampas kenikmatan sederhana daripada mereka. Tetapi kelebihan ini tidak berdasarkan pangkat secara ekonomi. Orang yang menguasai diri dapat memilih kelebihan itu bagi dirinya sendiri. Dengan memilih kesederhanaan dalam pamakaian segalanya, dia menyerlah lagi kenikmatan untuk setiap benda.

Indung madu sungguh baik dan manis untuk dinikmati, ia salah satu kenikmatan yang paling besar daripada ciptaan alam semulajadi (Ams 16:24; 24:13). Tetapi jika seseorang dipenuhi dengan makanan istimewa atau melahap dalam diet yang biasa, indung madu itu menjelakkan dan mungkin juga memualkan (Ams 25:16,27). Namun, seseorang pekerja yang lapar dapat menemui kenikmatan besar dalam hanya suatu sup yang sederhana (Kej 25:29-34).

Perkahwinan itu sesuatu yang manis, suatu anugerah Allah (Ams 5:18; Kej 2:18; Peng 9:9). Tetapi seorang isteri yang melahap dalam khayalan kehidupan yang lebih baik kerana tidak puas, dengan mudahnya akan meluat suaminya dan kenikmatan yang dia sepatut dinikmatinya. Jika dia memilih dengan lapar untukmempertimbangkan keadaan banyak perempuan yang terdera atau yang sunyi, dia akan menemui kenikmatan manis dalam perkahwinannya walaupun sederhana.

Suatu peraturan hikmah adalah untuk hidup dengan sederhana. Ahli hikmah Agur berdoa untuk diselamatkan daripada kedua-dua kemiskinan dan kekayaan: dia ingin makanan yang sederhana yang pantas bagi kehidupan yang kudus (Ams 30:7-9). Paulus telah belajar untuk menjadi puas dalam apa pun keadaan; dia boleh kenyang atau lapar, tidak kira bekalannya (Flp 4:11-13), dan dia telah mengajar kesederhanaan ini dengan memandang kepada kedatangan Yesus Kristus yang menjelang (Flp 4:5).

Kepuasan, dan kenikmatan yang dihasilkannya, ialah suatu pilihan. Salah suatu keuntungan yang besar kepuasan ialah kenikmatan yang lebih besar yang dihasilkannya (Ams 15:15; 17:22; 1Tim 6:6). Ia mungkin untuk menjadi bahagia dan bersuka dengan apa pun yang kamu ada (Ibr 13:5-6). Paulus telah mengajar orang Korintus kehidupan yang bebas runsing dengan penguasaan diri bagi segala aktiviti mereka dengan cara yang berdisiplin (1Kor 7:29-32).

Dunia ini gila akan kelimpahan dan kelebih-lebihan. Generasi ini ada lebih daripada yang pernah ada dahulu, namun mereka berseru untuk lebih lagi. Mereka ketagihan kedambaan. Walaupun buncit dengan segala kenikmatan yang dapat difikirkan, mereka baik bahagia mahupun puas pun tidak. Mereka bergegas dari suatu aktiviti kepada aktiviti yang lain, dan selalu mencari satu kenikmatan yang memuaskan tetapi tidak akan pernah menemuinya. Mereka terlebih memenuhi deria-deria mereka dalam kegilaan mencari-cari kepuasan, tetapi pada akhirnya ia mengecewakan.

Sementara makanan biasa tidak memberi mereka kenikmatan, mereka menggergasinya. Sementara sukan olahraga biasa tidak memuaskan, mereka menciptakan sukan X-treme. Walaupun hanya mampu memandu satu kereta pada mana-mana masa, mereka ingat tiga kereta akan membawa lebih kenikmatan. Sementara perkahwinan monogami tidak sesuai dengan khayalan mereka, mereka memilih gaya hidup berkendak dan berzina. Sementara suatu kebaktian nyanyian dan khutbah terlalu tawar dan menjemukan, mereka mengupahkan penyanyi rap Kristian.

Kecuali orang benar berjaga-jaga, damai kepuasan mereka akan dirampas oleh para penagih kenikmatan ini, yang tidak pernah puas atau tenteram. Orang Israel merungut terhadap bekalan manna mereka yang percuma (Bil 11:4-9), maka Allah menghantar burung puyuh sehingga mereka mual (Bil 11:18-20). Apa pun tidak cukup bagi orang yang sebegitu durjana; mereka sudah setia kepada ketidakpuasan.

Hai pembaca, adakah kamu puas dengan kehidupanmu? Adakah kamu benar-benar tenteram dan ada damai? Adakah sukacita pestamu yang berterusan cukup ternyata kepada orang lain (Ams 15:13,15)? Adakah kamu menikmati kenikmatan yang sederhana daripada indung madu? Adakah kamu bersyukur untuk kenikmatan yang menyenangkan yang mungkin dipanggil dunia sebagai pahit? Atau sudahkah kamu menyertai kitaran kegilaan mereka untuk lebih bagi mengejar kebahagiaan yang sia-sia?

Kamu tidak akan menemui kebahagiaan dalam suatu aktiviti lain, matlamat lain, pasangan lain, percutian yang lebih istimewa, kereta baru, rumah lain, pekerjaan lebih baik, suami yang lebih romantik, dsb. Kebahagiaan adalah untuk memastikan hatimu betul dengan Allah, Yang adalah satu-satunya sumber sukacita, damai sejahtera dan harapan. Kemudian barulah benda-benda tersebut dapat memberi kenikmatan yang kamu ingat sudah lenyap.

Hanya kepuasan dengan apa yang kamu miliki membawa kebahagiaan dan damai sejahtera. Dan kepuasan itu merupakan pilihan – pilihan untuk menjadi kenyang kalau sedikit atau menjadi lapar ketika ada banyak. Pilihan yang sedemikian menjadikan kedua-dua indung madu dan benda yang pahit menyenangkan. Pilihan inilah keuntungan besar orang yang berhikmah, sedang kala mereka menghargai kesalihan daripada keterujaan (Maz 73:25-26; 1Tim 6:6; Ibr 13:5-6).

Semakin lebih apa yang kamu ada, semakin kurang kenikmatan apa pun penambahan dapat beri, sehingga lagi penambahan menjadikanmu meluat terhadapnya. Ini benar tentang makanan, seks, kenikmatan, atau kebanyakan benda apa pun. Kehidupan sederhana, dan disiplin penguasaan diri, akan memaksimakan kenikmatan apa yang manis dan apa yang pahit. Percayalah itu! Sudah tentulah kamu tidak akan mendengar apa yang sedemikian daripada dunia.

Pada saat anak yang pemboros itu berada di dalam kandang babi, sedang kala mendambakan sekam-sekam yang dimakan babi, dia sedar betapa baiknya kehidupannya di rumah dahulu (Luk 15:16-17). Bagaimanakah dia terjerat dalam keadaan sebegitu? Dia berkhayal bahawa kenikmatan ada di bandar besar yang dengan para teman pelacur! Jika kamu menaruh kasihmu terhadap apa pun dalam kehidupan ini sebagai keutamaan bagi kebahagiaanmu, kamu menghasilkan suatu godaan yang besar untuk dosa yang berani dan menjamin bagi dirimu sendiri jiwa kurus yang dimiliki orang kedambaan (Maz 106:13-15).

Ia bukan kemewahan makanan yang menjadikan sarapan bagus; sebaliknya ia kasih di meja makan, yang merupakan pilihan yang mudah sahaja (Ams 15:17). Ia bukan pasangan yang lain yang akan memberangsangkan hidupmu, sebaliknya ia perbuatan mengasihi pasanganmu sendiri (Ams 5:19). Seorang lelaki yang memiliki isteri yang baik, tetapi kecewa terhadap perkahwinannya, tidak dapat menghargai apa yang dia ada – jiwanya yang sudah kenyang meluat indung madu. Jika dia hanya pertimbangkan banyak lelaki yang tanpa isteri, dia mungkin dapat mendapati isterinya itu sungguh manis.

Orang kaya di dunia ini, penuh dengan kemewahan hidup dan aktiviti sosial, tiada minat dalam Anak Domba Allah atau kerajaanNya yang rohani. Mereka meluat kehidupan sederhana iman dengan para pendosa yang rendah hati. Tetapi orang miskin bersukacita dengan kekayaan syurga yang diberi Allah yang baik. Orang kaya dihantar balik dengan tangan kosong, dan orang miskin menerima injil yang diberi kepada mereka (Luk 1:52-53).

Hikmah yang tercatat di sini ialah penguasaan diri dalam segalanya. Orang kaya harus belajar kesederhanaan, dan orang miskin harus belajar kepuasan. Kenikmatan dalam apa pun ialah perangai terhadapnya. Kejayaan sejati dalam kehidupan ialah kesalihan bersertakan kepuasan, dan tiada jalan pintas atau pengubahsuaian yang berhasil. Pesta yang berterusan sedang menantikan mereka yang menjadikan TUHAN sebagai milik mereka.;