Amsal · Proverbs

28:12
Apabila orang benar bersukacita, ada kemuliaan yang besar: tetapi apabila orang durjana bangkit, seseorang bersembunyi.

Di sinilah amsal untuk murid-murid sains politik. Mengapakah orang baik kadang kala memakai perkataan, “silent majority” [majoriti yang berdiam]? Apakah yang menyebabkan sesetengah lapisan masyarakat menjadi sukacita dan menyuarakan diri sesetengah kali dan pada sesetengah kali yang lain pula hampir menghilangkan diri? Kuncinya ialah kerajaan yang memerintah! Jika pemerintah yang jujur berkuasa, orang baik bersukacita dengan kemuliaan yang besar bagi berkat suatu negeri yang bebas dan yang mulia. Tetapi ketika orang durjana berkuasa, orang benar menyembunyikan diri mereka.

Ingat, kitab Amsal merupakan suatu buku panduan untuk anak lelaki Solomo, yang merupakan pengganti raja yang akan datang. Oleh sebab itu, ada beberapa amsal yang berkaitan dengan pemerhatian Solomo tentang kerajaan sivil dan dasar-dasar pentadbiran negara. Seorang penguasa yang berhikmah akan menyebabkan orang benar di bawah kuasanya utnuk bersukacita dengan kemuliaan yang besar, tetapi orang durjana akan menyebabkan sesetengah rakyat untuk menarik diri dan menyembunyikan diri mereka daripada ancaman bahaya.

Seperti banyak amsal Solomo, dua klausa dibezakan di sini. Dengan membandingkan dan membezakan dua klausa ini, kamu dapat mengisi erti setiap klausa. Amsal bukan untuk mengisytiharkan hikmah, tetapi sebaliknya merupakan kata-kata pujangga yang memerlukan tafsiran (Ams 1:6; Yoh 16:29). Maksudterpendam itulah yang membuat amsal mencabar, mencungkil minat, dan amat berkesan!

Kunci kepada amsal, “ketika orang durjana bangkit”, di dalam klausa yang kedua, yang menjelaskan keuntungan dan kepopularan politik para penguasa yang tidak salih (Ams 11:10; 28:28; 29:2). Pada masa yang sebegitu membahayakan, “seseorang bersembunyi”. Apakah jenis seseorang yang sedang bersembunyi? Orang benar dari klausa yang pertama, yang sedang bersukacita dengan kemuliaan besar di bawah kerajaan yang memanfaatkan. Bagaimanakah mereka bersembunyi? Mereka mengalihkan diri atau menarik diri dari pandangan orang ramai untuk perlindungan.

Apabila suatu negara ada pemerintah yang salih dan yang mempertahankan dan menggalakkan kewajaran, ia kemuliaan besar bagi bangsa itu (Ams 14:34; Maz 33:12; 144:15). Pertimbangkan Raja Ahasyweros mentitahkan perlindungan dan pembalasan bagi orang Yahudi di Kerajaan Parsi (Est 8:17). Dan tiada negara yang pernah memiliki sukacita dan kemuliaan seperti Israel di bawah pemerintahan Daud dan Solomo (1Raj 4:20; 1Taw 12:38-40; 2Taw 7:8-11), Hizkia (2Taw 30:21-23), dan Nehemia (Neh 8:1-18). Dan selepas Saulus dari Tarsus dipalingkan, orang Kristian ada damai sejahtera dan kemakmuran (Kis 9:31).

Tetapi ketika suatu kerajaan menggalakkan orang durjana, apa yang bertentangan menjadi benar – negara itu terkutuk (Maz 9:17). Ketika Ahasyweros menggalakkan Haman dan menandatangani rancangannya untuk pembasmian bangsa Yahudi, “kota Susan beroleh bingung” (Est 3:15). Orang salih membuat pilihan yang berhemat untuk mengalihkan atau menarik diri daripada pandangan orang ramai untuk mengelak kemarahan orang durjana terhadap kewajaran dan kebenaran (Maz 9:17; Hak 6:11; 1Raj 18:3-4; Mat 2:13-15). Walaupun mereka terpaksa menyembunyikan diri, Tuhan berkata bahawa dunia tidak layak untuk ada kehadiran mereka (Ibr 11:38).

Kerajaan Rom, dan kemudian Gereja Roman Katolik, bergabung untuk menganiaya gereja-gereja dan orang kudus Yesus Kristus. Berjuta-juta diseksa dan dibunuh oleh kerajaan yang kebinatangan ini, dan yang ada, dan tidak ada, namun ada. (Rom ada, Rom dibinasakan, dan Rom dibangkitkan seperti RCC). Orang kudus Allah menemui keselamatan dengan menyembunyikan diri di padang gurun di Asia, Afrika Utara, Itali, Perancis, Bohemia, dan Wales (Dan 7:15-18; Wah 12:13-17; 13:1-18; 17:1-18). Pertimbangkan bagaimana Paulus sendiri menyembunyikan amarannya tentang orang Kaisar dan Paus dengan memakai kata-kata yang berselindung-selindung tentang si manusia berdosa itu dan kuasa yang sedang menahan (2Tes 2:1-12).

Oleh sebab kamu tidak dapat melihat banyak orang benar ketika para penguasa durjana memiliki kekuasaan tidak bermaksud tiada sesiapa pun yang benar. Mereka telah memilih untuk bersembunyi daripada itu, daripada mendedahkan diri mereka kepada risiko penganiayaan dan angin-angin politik semasa. Elia dahulu pernah fikir dia merupakan satu-satunya orang benar yang tertinggal di Israel di bawah pemerintahan Ahab dan Izebel, tetapi Allah memastikan dia bahawa Dia masih ada 7000 orang benar di sana (1Raj 19:18; Rom 11:4).

Dunia sedang menekankan perundangan dan pendapat-pendapat popular untuk menentang Kristian Alkitabiah. Hukum-hukum masih sedang ditulis untuk menggolongkan khutbah Alkitab sebagai jenayah benci. Koran dibenarkan, tetapi bukan Alkitab atau doa Kristian. Orang Kristian sedang menyembunyikan diri dengan menyekolahkan anak-anak mereka di rumah atau di sekolah Kristian, supaya dapat mengelak perbincangan terang-terang akan kemoralan dan kewajaran Alkitab. Orang Kristian sedang memindahkan diri ke kawasan desa, untuk memulaukan diri mereka daripada pergaulan dengan masyarakat, dan/atau tidak berusaha untuk memegang jawatan-jawatan kerajaan. Aliran politik sedang merugikan negara akan rakyat mereka yang paling baik.

Satu-satunya tempat umat Allah boleh benar-benar bersukacita ialah di Gunung Sion, kota Allah Yang Maha Hidup, Yerusalem syurgawi (Ibr 12:22-24). Di sana orang kudus boleh menaruh kepercayaan mereka kepada Daud, raja mereka, Yang merupakan Yang Berbahagia dan Yang Satu-satunya Diraja, dan Yang akan menyelamatkan mereka daripada segala musuh mereka dengan keselamatan yang abadi (Yer 30:9; Hos 3:5). Kamu boleh melibatkan dirimu sekarang di dalam kerajaan itu di salah satu gerejaNya (Ibr 10:23-25; 12:28-29). Bersukacitalah dengan kemuliaan yang besar!