28:13
Dia yang menutupi dosa-dosanya tidak akan makmur: tetapi sesiapa yang mengakui dan meninggalkannya akan mendapat belas kasihan.
Kemakmuran dan kejayaan – bersertakan damai sejahtera dan sukacita – memang mudah. Akui dan tinggalkan dosa-dosamu, sekarang juga. Cuba tutupilah dosa-dosamu dan berpura-pura semuanya baik. Allah tidak akan membiarkanmu terlepas daripada dosa yang paling kecil pun. Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu! Yang mana satu yang diinginimu – kemakmuran atau kebinasaan?
Dosa-dosa mudah ditakrifkan: ia bermaksud melanggari peraturan Allah bagi kehidupan, dan semua peraturanNya ditemui dalam Alkitab. Dosa ialah perbuatan melakukan apa yang dilarang Allah, dan dosa ialah perbuatan tidak melakukan apa yang diperintahkan Allah. Ada dua perintah yang memerintah kasihmu terhadap Allah dan terhadap jiran; Sepuluh hukum Allah menyatakan lebih lanjut tugas-tugas ini; selanjutnya ada semua bahagian Alkitab yang lain yang membentangkan pemakaian sepuluh hukum itu dengan wajar.
Ketika kamu berdosa, kamu ada pilihan. Kamu boleh merahsiakan dosa itu daripada orang lain, jangan menyebutkannya kepada Allah, dan melakukannya sekali lagi apabila terangsang semula. Atau kamu boleh jatuh bertelut, mengakuinya terang-terang kepada Allah, berdamai dengan orang jika mereka terlibat, dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan untuk mengelak melakukannya semula. Pilihanmu dalam hal ini akan memberi kesan yang besar dalam kehidupanmu.
Semua manusia berdosa. Allah yang Maha Besar mengenal itu (1Yoh 1:8,10; 2:1). Cara kamu mengendalikan dosamu itu menentukan kesan yang jauh berbeza. Jika kamu mengakuinya, Allah setia dan adil untuk mengampunimu (1Yoh 1:9). Tetapi jika kamu menyimpan dosa itu dalam hatimu, maka Dia tidak akan mendengar doa-doamu, dan akan memalingkan mukaNya daripadamu, yang akhirnya membawa masalah (Maz 66:18; 1Pet 3:12).
Tiada manusia yang dapat berdosa terlampau banyak, terlampau kerap, atau terlampau dahsyat sehingga Allah tidak dapat mengampuninya. FikiranNya dan jalanNya jauh mengatasi fikiranmu dan jalanmu – dalam kemampuanNya untuk mengampuni dan memaafkan dosa (Yes 55:6-9). Dia ada lebih pengampunan daripada sesiapapun. Allah akan sentiasa menerima hati yang hancur dan yang penuh sesal; Dia tidak akan memandang hina atau menolak persembahan sebegitu (Maz 51:16-17). Hanya pemberontakan yang angkuh dan kedegilan menahanmu daripada mengakui dosa sekarang.
Ahab dan Manaseh merupakan dua orang raja yang paling kejam, namun Allah ada belas kasihan terhadap mereka. Ini betul-betul bahan pembacaan bagi orang yang meragui pengampunan Allah (1Raj 21:25-29; 2Taw 33:1-13). Daud, yang memiliki berkat yang besar dan pengetahuan akan Allah, telah melakukan penzinaan dan pembunuhan yang teruk, namun, Allah mengampuninya dengan mudah sahaja (2Sam 12:13). Dan Allah mengampuni Petrus, yang telah berdosa dengan teruk dengan menyumpah dan mengutuk selepas membuat janji-janji yang angkuh.
Kalau kamu bersembunyi dan melindungi dosa-dosamu itu maka Allah Yang Maha Benar akan mengisarkanmu sampai menjadi serbuk, mulai dari dalam sampai ke luar. Akuilah dan tinggalkan dosa-dosamu, dan Dia akan memulihkan jiwamu dengan hidup dan cahaya (Ayub 33:27-28). Kamu ada pilihan, para pembaca, suatu pilihan yang mudah. Apakah yang akan kamu buat? Pada hari ini, cara yang kamu kendalikan dosamu akan menentukan masa depanmu yang makmur atau binasa. Jadilah seperti Daud dan bukan Saul lalu menuai berkat-berkat Daud dan bukan hukuman Saul.