28:14
Berbahagialah orang yang selalu takut: tetapi dia yang mengeraskan hatinya akan jatuh ke dalam kecelakaan.
Adakah kamu bahagia? Adakah kamu bahagia seperti yang sepatutnya? Ketika Allah dan Solomo menyebut tentang kebahagiaan, kamu patut dengar. Di sinilah peraturan untuk kehidupan daripada raja yang paling berhikmah tentang kebahagiaan. Orang yang telah mencubai kedua-dua bahagian amsal ini tahu bahawa ia benar sepenuhnya. Jadilah bahagia hari ini.
Semua manusia ingin berbahagia dan mengelak masalah, dan di sinilah bagaimana berbuat demikian. Kamu memerlukan perhubungan dengan Penciptamu. Tanpa Dia, kamu merupakan suatu selumbar sesat di seluruh alam semesta. Jika kamu selalu takut akan Allah, kamu akan berbahagia. Tetapi jika kamu memberontak terhadapNya, kehidupanmu akan penuh dengan masalah. Biar Allah Yang Maha Kuasa memberkatimu dengan rahmat dan kekuatan untuk takut kepadaNya mulai hari ini.
Adakah amsal ini berkaitan dengan takut akan Allah? Ya, sebab itulah tema Amsal (Ams 1:7); ia keseluruhan tugas manusia (Pkh 12:13); tiada apa pun ketakutan yang membawa kebahagiaan (Ams 29:25); ia bertentangan dengan mengeraskan hatimu (Yes 63:17); kenakalan muncul kerana tidak memilikinya (Maz 36:1-2); dan ia dengan wajar mengikuti pengakuan dosa-dosa kepada Allah yang wajib untuk kemakmuran (Ams 28:13).
Berapa kerapnya atau berapa lamanya patut kamu takut akan Allah? Kamu selalu patut takut akanNya, meskipun kamu tidak bahagia. TUHAN mungkin menarik diri untuk seketika daripada orang yang takut akan Allah, seperti Ayub, dan demikian mengurangkan kebahagiaannya; tetapi Dia akan kembali dengan berkat-berkat tambahan pada akhirnya, seperti Ayub juga. Kebahagiaanmu dan kejayaanmu bergantung selalunya kepada takut akan Allah.
Apakah takut akan Allah? Ia adalah untuk mengasihi Allah. Segala yang kamu buat haruslah bagi kemuliaanNya (1Kor 10:31). Kamu patut menjaga kehidupanmu dengan teliti, supaya jangan kamu melanggari perintah-perintahNya lalu tidak menyenangkanNya. Kamu harus dengan waspada menyelidiki setiap fikiran, tutur kata, perilaku, dan rancangan. Kamu harus bertanya, Adakah pilihan ini bersetuju dengan Allah? Akankah aktiviti ini membawaNya kenikmatan?
Bolehkah kebahagiaan dan ketakutan wujud bersama-sama? Ya, sebab takut akan Allah ialah keinginan yang hormat untuk menyenangkanNya dengan menjaga perintah-perintahNya dan membenci dosa. Tiada kepedihan atau seksaan dalam ketakutan ini. Inilah ketakutan yang berharap dalam belas kasihan Allah (Maz 147:11) dan bersukacita dengan gementar (Maz 2:11). Inilah takut yang sesuai dengan berani menghadap takhta rahmatNya untuk bantuan (Ibr 4:12-16).
Takut yang menyebabkan Adam untuk bersembunyi di antara pokok Eden merupakan takut yang tidak salih akan rasa salah dan pemberontakan. Ketakutan seorang anak Allah adalah seperti ketakutan mengasihi ayah. Ia suatu keinginan yang kuat untuk menyenangkan ayah dan suatu kekang kuat kepada kederhakaan, tetapi ia juga melibatkan kasih sayang, kepercayaan, dan jaminan (Ams 16:20). Mengenal Allah dengan betul membuang ketakutan yang pedih (1Yoh 4:18).
Ketakutanmu akan Allah patut menyebabkanmu untuk tidak percaya kepada diri sendiri, sebab keyakinan diri sendiri membawa kepada dosa dan kenakalan (1Kor 10:12). Orang berhikmah tidak percaya kepada diri mereka sendiri, tetapi belajar untuk memandang hina hati mereka sebagai musuh yang paling berbahaya (Yer 17:9). Keyakinan Petrus dalam kekuatannya dan ketabahannya sendiri sebelum menyangkal Yesus Kristus patut merendahkanmu untuk merayu untuk bantuan dan kekuatan.
Sementara perintah-perintah Allah sendiri ialah kehidupan dan kemakmuran (Ams 3:1-2) dan memegangnya membawa keredaanNya dan berkatNya (Maz 147:11), maka dua faktor ini menghasilkan kebahagiaan manusia. Mematuhi peraturan untuk kejayaan dan adanya Allah memakmurkan kehidupanmu ialah suatu gabungan yang ajaib. Menolak perintah-perintahNya adalah untuk memilih kebebalan dan maut dan membawa penghakimanNya. Jangan memperdayakan dirimu sendiri – sebab kamu akan pasti akan menuai apa yang kamu taburkan (Gal 6:7).
Jika kamu ingin menikmati kehidupan dan menyukai banyak hari yang baik, maka takutlah akan Tuhan dan tinggalkan kejahatan (Maz 34:12-16; 1Pet 3:10-12). Manusia membayar yuran besar untuk nasihat dan terapi untuk menjadi bahagia, namun di sini ialah penjelasan yang sempurna daripada Penciptamu. Dan ia telah ditulis oleh manusia yang telah bereksperimen dengan setiap tujuan dan setiap kenikmatan yang dikenali manusia. KesimpulanNya di sini adalah sama seperti yang dia simpulkan pada akhir kajiannya akan hal filsafat dan hal praktikal (Pkh 12:13).
Bacalah Mazmur 112:1-10 atau Mazmur 128:1-6. Lihatlah jika adanya kemakmuran dalam takut akan Allah. Apakah lebih yang kamu ingini? Sudah tentulah, Hollywood akan cuba mempengaruhimu versi kebahagiaannya, tetapi ibubapa yang berhikmah akan melihat melantasi lampu-lampunya yang terang, muzik yang menggerakkan emosi, dan isinya yang berbohong tentang penceraian, dadah, kemabukan, penyakit, dan disfungsi yang menghantui apa yang kononnya dipanggil bintang-bintangnya.
Jika kamu dengan degil menolak jalan Allah, kamu akan menimpa pada dirimu penghakimanNya yang keras (Ams 29:1; 1:24-32; 6:12-15; 28:18). Jalan para pelanggar adalah sukar (Ams 13:15; 4:19; 19:16; 22:5). Lot dan Saul berkompromi dengan perintah-perintah Allah, dan mereka berdua menghidupi kehidupan yang pedih yang berakhir dengan keaiban yang teruk, yang sungguh tidak terbayangkan beberapa tahun sebelum itu. Betapa berbezanya di antara Abraham dan Lot! Betapa berbezanya di antara Saul dan Daud! Betapa membazirkan nyawa!
Takut akan Allah bukanlah hal yang remeh. Ia hidup atau maut. Ia kebahagiaan atau kesukaran. Ia melibatkan kekekalan. Hanya orang bebal melayani hal Allah dengan remeh, dan mereka akan menuai ganjaran kebebalan mereka. Hanya orang bebal menaruh keyakinan mereka kepada upacara-upacara keagamaan, sebab Allah akan membinasakan orang munafik (Ayb 20:4-9). Orang berhikmah akan melanjutkan masa perantauan mereka di sini dengan takut (1Pet 1:17).
Di manakah telah kamu mengeraskan hatimu terhadap Allah? Apakah yang diwajibkanNya yang kamu tidak mahu beri? Adakah kamu dengan degil menahan ajaran pastor-pastorNya? Sudahkah kamu menyelidiki dirimu pada hari ini? Adakah seluruh kehidupanmu bertapak dalam takut akan Tuhan? Di manakah telah kamu berkompromi dalam sembahyang berjemaahNya? Di manakah kamu berkompromi dalam kehidupan persendirianmu? Sudahkah kamu mengakui dan menolak dosa-dosamu yang rahsia? Adakah kamu mencari untuk melihat jika semuanya sudah lesap?
Jika kamu memandai untuk memikir bahawa kamu dapat terlepas ketika memberontak, jika kamu fikir kamu boleh ada damai sejahtera dalam kederhakaan, Dia akan dengan berang membawa kutuk-kutuk kepada kehidupanmu yang memalukan itu dan menyingkirkan namamu (Ula 29:18-20). Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu. Ciumlah Anak! Ini bukanlah kebahagiaan atau kekecewaan yang mungkin kamu tembung dalam sesuatu perjalanan – ini merupakan hal kehidupan dan hal akhirat.
Yesus Kristus takut akan Allah, BapaNya, selalu dan melakukan hal-hal yang menyenangkanNya (Ibr 5:7), dan Dia bertakhta selamanya di syurga dan menikmati kepenuhan sukacita dan kenikmatan untuk selamanya (Maz 16:11). Kamu mungkin berada di sana tidak lama lagi juga, jika kamu dengan tekun mengerjakan keselamatanmu sendiri dengan takut dan gementar (Flp 2:12-13; 2Pet 1:10-11).