28:7
Sesiapa yang berpegang pada hukum ialah anak yang berhikmah: tetapi dia yang menjadi teman orang yang suka berfoya-foya memalukan ayahnya.
Adakah kamu ingin menjadikan seorang ayah gembira? Maka taatilah perintah-perintah Allah dan jauhilah orang yang selalu suka bermain. Seorang ayah malu ketika dia tahu bahawa anak lelakinya biasanya ingin bermain dengan budak lelaki. Seorang ayah dihormati ketika dia tahu bahawa anak lelakinya menghargai firman dan hidup dengan sikap terkawal dan dengan ketekunan melebihi segala yang lain. Hai anak, adakah kamu mendengar Solomo?
Anak yang berhikmah bertumbuh. Paulus telah berkata, “Ketika aku seorang budak, aku berbicara seperti seorang budak, aku memahami seperti seorang budak, aku berfikir seperti seorang budak: tetapi ketika aku menjadi dewasa, aku mengetepikan apa yang kebudakan itu” (1Kor 13:11). Anak yang bebal tidak pernah dewasa (Ams 10:5). Mereka lebih terpesona dengan main permainan, tonton sukan, bersenam, membeli kereta, melepak di luar, berlumba motosikal, berborak kosong, atau membazirkan kehidupan dalam aktiviti-aktiviti yang sia-sia dengan kawan-kawannya.
Anak yang berhikmah memegang hukum Allah. Apakah hukum yang pertama? “Dan kamu akan mengasihi TUHAN Allahmu dengan segala hatimu, dan dengan segala jiwamu, dan dengan segala kekuatanmu”(Ula 6:5). Apakah perintah yang kemudian? “Dan yang kedua adalah sama sepertinya, Kamu akan mengasihi jiranmu seperti mengasihi diri sendiri” (Mat 22:39). Kaum ayah suka melihat anak-anak mereka melakukan dua perkara itu.
Apakah maksud orang yang suka berfoya-foya? Ia orang yang tidak berdisiplin, pemboros, dan pembazir, yang cenderung kepada pesta pora, seperti kisah anak si pemboros (Ams 23:19-22; 29:3; Luk 15:13). Apakah itu pesta pora? Keseronokan yang liar (Gal 5:21; 1Pet 4:3)! Paulus memerintahkan orang kudus supaya mengelak berfoya-foya (Rom 13:13), iaitu teguran untuk terlampau banyak keseronokan, dan terlampau banyak mengadakan keramaian yang liar. Apakah yang menyertai pesta pora? Kemabukan, kegelojohan/kelahapan, bersantap, dan kerakusan (Ams 23:20; Luk 21:34)!
Solomo memberi amaran terhadap pergaulan dengan orang sedemikian. Pergaulan jahat merosakkan adab yang baik, dan anak-anak yang berhikmah tidak akan memilih kawan dari kalangan orang sedemikian (1Kor 15:33). Seorang anak yang menemani orang yang suka sukan, suka kereta, suka makan, suka berpesta-pesta, orang bergaya, atau orang muda yang bebal merupakan malu bagi ayahnya. Ayahnya tidak memahami daya penarikan itu. Ia suatu dosa terhadap amsal-amsal ini untuk mengaitkan diri dengan orang bebal sedemikian (Ams 4:14-17; 9:6; 13:20; 14:7).
Amerika pada abad yang ke 21 ketagihan kepada kenikmatan dan rekreasi. Ia suatu bangsa yang suka berfoya-foya. Orang Kristian kontemporari menepati amaran serius bahawa adanya pengasih kenikmatan melebihi pengaasih Allah (2Tim 3:4). Pasukan bola jaring dan bola keranjang mendapat lebih perhatian dan keghairahan daripada khutbah firman Allah. Itulah Kristian yang berfoya-foya!
Hai lelaki muda! Di manakah hatimu? Adakah ia merenungi hukum Allah siang dan malam (Maz 1:1-3)? Adakah kamu membenci fikiran yang sia-sia tetapi mengasihi hukumNya (Maz 119:113)? Adakah kamu memakai masa luang untuk firman Allah atau untuk rekreasi? Ayahmu dapat melihat di manakah hatimu dengan mengenalpastikan lokasi harta berhargamu – iaitu tempat yang kamu membuat pelaburan tenaga, masa, dan wang (Mat 6:21).
Hai lelaki muda! Adakah hukum Allah menguasai fikiran dan aktivitimu tentang perempuan? Tentang minuman bir? Tentang makanan? Tentang masa? Tentang ucapan? Tentang tidur? Tentang kawan? Tentang jerih lelah yang tekun dalam pekerjaanmu? Tentang memberi wangmu kepada Allah? Tentang menabung wangmu? Tentang muzik? Tentang pakaian? Tentang isterimu? Tentang ibubapamu? Tentang anak-anakmu kalau ada?
Hai ibubapa! Didiklah anak lelakimu sementara ada harapan (Ams 19:18). Didiklah dia sekarang, dan dia akan hidup lebih berhikmah ketika dewasa (Ams 22:6). Anak yang terbiar membawa ibubapa malu (Ams 29:15). Perbetulkannya, dan dia akan membawamu istirahat dan sukacita (Ams 29:17). Ajarlah dia takut akan Tuhan dan besarkannya dalam pemeliharaan dan teguran Tuhan (Maz 34:11; Efe 6:4).