Amsal · Proverbs

29:20
Nampakkah kamu orang yang melulu dalam kata-katanya? ada lebih harapan bagi orang bebal daripada orang itu.

Perlahan! Jangan bertutur terlalu laju! Fikir sebelum berbicara! Pastikan kamu faham sebelum mula nak meluahkan perkataan. Seseorang yang bercakap terlalu laju, terlalu kerap, dan menjawab terlalu cepat adalah lebih teruk daripada si bebal. Si bebal akan jatuh ke dalam masalah kerana kejahilan, tetapi orang yang menjawab atau berbicara sebelum berfikir akan dihukum. Dia lebih teruk daripada si bebal.

Hikmah Allah mudah sahaja - “Lantaran itu, saudara sekalian yang dikasihi, biar setiap orang tangkas mendengar, perlahan berucap, perlahan naik murka” (Yak 1:19). Kamu ada dua telinga dan satu mulut: biar kadar itu dicerminkan di dalam pendengaranmu dan pertuturanmu. Banyak orang menggiatkan mulut mereka sebelum minda mula nak berfikir, dan mereka berada dalam bahaya kepada diri mereka sendiri dan suatu kebusukan kepada orang lain.

Orang benar belajar sebelum menjawab; orang durjana melimpah keluar tutur yang karut tanpa belajar (Ams 15:28). Orang baik berhati-hati sebelum bertutur, kerana dia ingin memastikan supaya dia hanya menuturkan kata-kata kebenaran (Ams 22:20-21). Si bebal yang angkuh suka mendengar suara dirinya sendiri, oleh itu, dia sibuk bertutur bila-bila mungkin, dengan tidak peduli akan kebenaran (Pkh 10:12-13).

Pernahkah kamu menemui orang yang menjawab sebelum soalan yang diajukan kepadanya habis dibentuk? Pernahkah kamu berbuat demikian? Ia kebebalan dan malu untuk menjawab sesuatu hal yang kamu belum dengar sepenuh-penuhnya (Ams 18:13). Apakah yang menyebabkan seseorang untuk menjawab dengan sebegitu memandai? Keangkuhan dan kesombongan! Dia sebegitu yakin akan diri sendiri sehingga dia bercakap tanpa pertimbangan; ada lebih harapan bagi si bebal (Ams 26:12).

Si bebal adalah bodoh, tetapi orang yang bercakap dengan melulu dan dengan mengikut gerak hati adalah angkuh. Ada harapan separuh untuk membantu si bebal mengatasi kebodohannya dan kedegilannya, tetapi harapan kurang ataupun tiada untuk membantu si angkuh melihat kekurangannya dalam akhlak dan perangai untuk mengubahkan mereka. Keyakinannya yang menganggap diri sendiri benar ialah dosa yang paling besar, yang tidak akan mengizin dirinya untuk diperbetulkan. Dia tidak akan mencari sekumpulan para penasihat untuk memperoleh keselamatan, kerana dia menganggap diri sendiri benar (Ams 11:14; 15:22).

Si bebal akan meluahkan segala yang ada dalam akal mereka tanpa apa pun keperluan atau permohonan, tetapi orang berhikmah akan mendengar dengan teliti untuk melihat jika dia patut memberitahu apa yang dia tahu atau tidak (Ams 29:11). Inilah hikmah, hai pembaca. Tidak seorang pun mahu tahu pendapatmu atau fikiranmu sehingga mereka menanya untuk itu, dan kemudian mereka mahu kamu kekal dalam pokok perbincangan dan hanya menyatakan apa yang dahulu disahkan kamu sebagai kebenaran.

Berapakah banyak orang yang telah sendiri menimpa penghakiman Allah ke atas diri sendiri kerana bertutur dengan melulu di rumah Allah (Pkh 5:1-7)? Ia lebih baik untuk tidak bernazar, daripada bernazar dan tidak membayar. Renungan yang takzim adalah lebih unggul daripada kekekan si bebal seperti bunyi rapuh duri di bawah periuk (Pkh 7:2-6). Mereka hanya menjanakan banyak bunyi bising. Orang yang perlahan lebih baik daripada orang yang suka bergegas, dan fikiran yang bergegas-gegas akan membawamu ke dalam kesesakan (Ams 14:29; 21:5).

Jika kamu ingin menyenangkan Allah dan manusia dengan kehidupanmu, maka perlahankan pertuturanmu dan berhati-hati bagi setiap perkataan, kerana banyak perkataan kerap kali membawa kepada dosa (Ams 10:19). Biar ucapanmu selalu berbudi baik dan digarami (Kol 4:6). Jika kamu suka kesucian hati, ucapanmu akan berbudi baik dan menyanjungi dirimu di depan para pembesar (Ams 22:11).