Amsal · Proverbs

29:19
Seorang hamba tidak akan diperbetulkan dengan perkataan: sebab walaupun dia faham dia tidak akan berjawab.

Pemberontakan bolehlah secara aktif atau secara pasif. Hamba-hamba yang durjana tidak akan memberi balasan kepada pembetulan lisan, kerana hati mereka penuh dengan keingkaran. Mereka cukup ketakutan supaya menahan diri daripada mengutuk, tetapi mereka tidak bersemangat hamba yang berakhlak mulia. Walaupun dengan jelas atau dengan kerap kali diperbetulkan, dan memahami pelajaran yang diberi dan keperluan untuk memajukan diri sendiri, mereka tidak mahu menjawab dengan betul atau mengubahkan jalan-jalan mereka. Oleh sebab itu, kekuasaan haruslah dikuatkuasakan dengan kesakitan.

Seorang hamba yang mencemuh, muram, dan yang naik angin akan menunjukkan pemberontakan degilnya dengan tidak mengendahkan arahan lisan dan pembetulan. Jika kamu menjelaskan hal-hal dengan teliti dan dengan terang, dia tidak akan bersetuju atau menunduk. Walaupun kamu menanya soalan-soalan yang dia faham, dia tidak akan berjawab. Dia memakai kesenyapan untuk menghukum kekuasaan yang dia benci. Dia menunjukkan kedurjanaannya dengan diam-diam dengan menolak penguasaanmu. Manusia boleh memanggil orang sebegini sebagai orang yang tidak tahu mengucap, “Aku minta maaf”.

Jika kamu mendapati dirimu berkata, “Ucapkanlah sesuatu!” kamu telah menemui masalah pemberontakan yang Salomo di sini menerangkan kepada anak lelakinya. Kesenyapan bukanlah bukti persetujuan atau penundukkan; ia kerap kali suatu pernyataan lantang akan keingkaran. Jalan penyelesaian yang melebihi kata-kata haruslah dipakai. Ini bukanlah sembarangan hamba, sebab banyak hamba boleh diperbetulkan oleh perkataan (Mat 8:9).

Pemberontakan demikian haruslah diremukkan. Kekuasaan haruslah dikuatkuasakan untuk mengekalkan ketertiban dan damai sejahtera. Ia diselesaikan dengan dua pilihan di bawah hukum Musa. Kamu boleh memukul hamba itu, jika perlu, sampai kepada seinci pemutusan nyawanya (Ams 19:29; 26:3; Kel 21:20-21). Dan jika kamu sudah letih memukulnya, kamu boleh menjual dia kepada tuan dengan tongkat pemukul yang lebih besar. Hukum Musa memberi amaran terhadap ketegasan yang keterlampauan (Ima 25:43), tetapi kekuasaan haruslah dikekalkan (Ams 19:25; 21:11; 26:3).

Perhubungan majikan yang lebih moden tiada peraturan hukum Musa, maka tuan yang berhikmah haruslah memecat para pekerja yang suka berkelahi. Menjaga satu buah yang buruk akan merosakkan seluruh bakul buah. Membenarkan majikan yang ingkar untuk kekal berada, meskipun dia memberontak secara senyap, akan menggadaikan kekuasaanmu. Jika kamu mempunyai seorang majikan yang mencemuh, dan kamu tidak boleh memperbetulkannya, buanglah dia ke luar (Ams 22:10)!

Hai ibubapa, adakah kamu mengenal anak-anakmu? Adakah kamu mengenal ketika kesenyapan itu merupakan pemberontakan? Adakah kamu memerhatikan kemuraman? Adakah kamu faham bahawa anak yang menyendiri ialah anak yang membawa masalah? Adakah kamu mengenal perbezaan-perbezaan pembawaan mereka, dan adakah kamu dengan teliti melihat yang pasif, dan yang condong kepada kurang membalas? Pemberontakan mereka boleh bertumbuh sementara kamu lembab.

Pemberontakan boleh menjadi aktif atau pasif, kuat atau senyap, marah atau muram. Ia tugasmu untuk mengesan pemberontakan pasif. Jangan sesekali membenarkan seorang anak untuk mengelak arahan, pembetulan atau soalan. Mereka dengan cepat belajar taktik bertangguh-tangguh, dengan mengenal bahawa kamu akan jemu dan lupa akan itu. Tolaklah alasan, seperti memerlukan lebih masa; anak-anak langsung tiada hak pemberontakan demikian ketika berhadapan denganmu.

Ingat bagaimana Allah membenci mata yang mengolok-olok (Ams 30:17). Pandang dan baca wajah anak-anakmu. Perbetulkan apa pun sikap biadap, meskipun di air muka mereka. Senyap boleh jadi sikap yang mengolok-olok. Ketika kamu mengesan masalah demikian, dengan lekas maju kepada jalan penyelesaian yang lebih keras untuk menyelamatkan anak ini daripada kehendak diri sendiri. Tongkat akan membawa hasil yang ajaib (Ams 22:15; 23:13-14; 29:15).

Tangisan juga akan dipakai dalam pemberontakan yang senyap. Daripada memberitahumu secara durjana bahawa mereka tidak akan melakukannya, mereka dengan sengaja melepaskan air mata, dengan pengetahuan bahawa pertunjukkan emosi dahulu pernah mengenyahkanmu. Jika tangisan mereka ikhlas, maka tangisan itu disertai kata-kata ikhlas untuk meminta ampun dan untuk memperbetulkan diri sendiri. Jangan biar seorang anak, terutamanya anak perempuan, untuk memakai tangisan sebagai samaran.

Hai kaum suami, uruskanlah perkahwinanmu. Pandanglah kepada wajah isterimu dan perbetulkan apa pun masalah perkahwinan sementara ia masih kecil. Pemberontakan senyap sungguh biasa. Mereka akan dengan sikap menganggap diri sendiri benar menyatakan diri sebagai suka menunduk, tetapi sepanjang masa itu hanya mengumpulkan keradangan pahit dalam hati. Camkanlah pemberontakan berdosa ini melalui kesenyapannya, mata yang membara, air muka, atau bahasa gerak-geri. Jangan biar konfrontasi itu berakhir sehingga dia damai sepenuh-penuhnya bersama Allah dan bersamamu.

Hai kaum isteri, kesenyapan bukanlah penundukkan. Jika suamimu harus memperbetulkanmu, beritahunya dengan lekas bahawa kamu meminta maaf. Beritahunya bahawa kamu memahami pelajaran itu; jelaskan itu balik kepadanya; berjanji untuk berkelakuan lebih baik pada masa depan. Terlampau sukar bagi kesombonganmu? Bertelut sekarang juga dan akuilah keangkuhanmu kepada Allah. Keangkuhan ialah dosa yang sungguh teruk, dan ia akan membinasakan kehidupanmu dan rumahmu. Perbuatan berjawab semula adalah salah, sama ada dengan perkataan atau dengan kesenyapan (Tit 2:9). Berhati-hati akan itu!

Orang Kristian tidak seharusnya menjadi noda sebegitu bagi Juruselamat mereka. Mereka harus menerima pembetulan dengan ceria dan dengan hati yang sesal. Mereka harus dengan hormat meluahkan suatu keinginan untuk mencari penyelesaiannya secepat semungkin. Kemudian mereka harus berbuat apa yang diharapkan. Pemberontakan yang senyap ialah perangai yang langsung bertentangan dengan injil Yesus Kristus bagi hamba-hamba (Efe 6:5-7; 1Tim 6:1-2).

Orang Kristian haruslah orang yang paling cepat meminta maaf ketika ditunjukkan kesalahan mereka. Orang yang tidak rela meminta maaf di bumi akan ada akhirat untuk mempertimbangkan pemberontakannya itu, sebab kedegilan yang sebegitu rela memang menandakan orang jahanam. Hamba, isteri, dan anak yang tidak menundukkan diri ialah benda jelek yang menyusahkan bumi (Ams 30:21-23). Biar orang Kristian mengelak reputasi sedemikian.

Hai pembaca Kristian, fahamkah kamu Tuhan Yang Maha Besar yang kamu layani? Kamu harus memberiNya pengakuanmu yang ikhlas ketika kamu insaf akan dosa. Merasakan keinsafan dan bertekad dalam hatimu untuk berpaling daripada dosamu tidak mencukupi. Kamu harus mengakui dosa-dosamu, mengakui kebebalanmu, dan berpaling kepadaNya (Ams 28:13; Ayb 33:27; 34:31-32; 1Yoh 1:9). Tuanmu Yang Maha Mulia akan menyambutmu, para malaikat akan beraya, dan persekutuanmu akan dipulihkan.