29:4
Raja melalui penghakiman memantapkan negara: tetapi dia yang menerima pemberian menggulingkannya.
Kemakmuran dan keselamatan sesebuah negara bergantung kepada para pemimpin yang benar, yang membuat keputusan dengan berhemat oleh keadilan dan kesaksamaan. Sesebuah negara punya kejatuhan dan kerosakan adalah pasti, ketika para pemimpinnya dipengaruhi sikap berat sebelah dan menyukai ganjaran. Solomo di sini memberi amaran kepada anak lelakinya terhadap kompromi politik di dalam jawatan seorang raja, terutamanya hal mengambil rasuah, supaya jangan dia menjadi punca kebinasaan negara. Semua pemimpin harus dengan teliti mempedulikan amsal ini supaya memerintah dengan wajar.
Para penguasa harus memiliki akhlak yang cemerlang, sebab kalau tidak, mereka tidak harus memegang jawatan itu. Mereka harus sangat setia kepada prinsip sehingga mereka tidak dapat dibeli dengan apa pun harga. Akhlak mereka haruslah kuat supaya memperolok-olok apa pun usaha untuk mengkompromi keadilan, belas kasihan, atau kebenaran. Mereka harus mulia jauh melebihi para rakansebaya mereka, dengan selalunya ada kebencian yang tidak takut kepada kejahatan. Mereka harus ada satu dorongan pada setiap masa – untuk membuat segala keputusan berdasarkan kewajaran dan hikmah.
Takut akan TUHAN ialah satu-satunya dasar bagi kepimpinan yang hebat. Para penguasa harus ada keberhutangan kepada kewajaran jauh melebihi apa pun tugas atau keinginan kepada manusia. Takut akan manusia mendatangkan jerat (Ams 29:25), dan demikian juga cinta kepada pemberian (Yes 1:23). Tidak satu pun godaan akan mempengaruhi para penguasa yang hebat. Mereka tunggal hati kepada tugas setiap masa – untuk memerintah menurut cara yang akan menyenangkan Allah.
Yitro, melalui ilham Allah, telah menerangkan tentang para pemerintah sedemikian untuk dijadikanpenolong Musa. Dia membentangkan kewajiban jawatan itu dengan demikian: “Di samping itu, kamu akan mengerah orang yang berkemampuan dari kalangan umat, iaitu orang yang takut akan Allah, orang benar, yang membenci kedambaan; dan tempatkan orang demikian atas mereka, untuk menjadi penguasa kepada seribu, dan penguasa kepada seratus, penguasa kepada lima puluh, dan penguasa kepada sepuluh” (Kel 18:21).
Orang yang berupaya kurang memerlukan pertolongan daripada orang lain: mereka boleh menaakul dan membuat keputusan yang berhikmah bagi diri mereka sendiri. Orang yang takut akan Allah mempunyai dorongan yang paling tinggi untuk memakai kuasa mereka hanya bagi kebaikan. Orang yang dalam kebenaran membenci para pembohong dan apa pun pengubahsuaian kebenaran. Mereka tidak akan memutarbelitkan apa pun. Lelaki yang membenci kedambaan tidak boleh dibeli, sebab mereka tidak mengasihi wang atau ganjaran.
Orang sedemikian sangat jarang. Hanya Yesus Kristus merupakan raja yang sempurna (Maz 45:1-7). Walaupun Daud seorang raja yang baik, dia dengan rela mengakui bahawa baik dia mahupun keluarganya tidak ada pemerintah yang sedemikian. Dia bernubuat tentang Yesus, “Allah Israel berfirman, Batu Israel berbicara kepadaku, Dia yang memerintah atas manusia haruslah benar, dan memerintah dalam takut akan Allah.” (2Sam 23:3).
Dan kesan pemerintah sedemikian adalah mulia, seperti Daud juga telah menulis, “Dan dia akan menjadi seperti cahaya pada waktu pagi, ketika matahari menyinsing, bahkan suatu pagi yang tiada awan; dan seperti rumput yang lembut yang bercambah keluar dari tanah bumi oleh sinaran terang selepas hujan” (2Sam 23:4). Kiasan-kiasan yang indah ini mempersembahkan gambaran yang mulia dan yang makmur tentang bagaimana seorang raja yang adil memanfaatkan rakyat.
Daud telah memperhatikan pemerintahan yang berkompromi dan yang durjana oleh raja sebelumnya, yakni raja Saul. Dia tahu secara langsung bagaimana kerajaan sedemikian telah menggoncangkan keselamatan dan harapan bangsa. Dia menjelaskannya sebagai dasar-dasar yang dibinasakan, bumi dan para penghuninya dilesapkan, dan semua dasar bumi tidak teratur (Maz 11:3; 75:3; 82:5). Daud sepenuh-penuhnya memakai satu Mazmur untuk memberi amaran tentang penghakiman Allah kepada para pegawai yang rosak (Maz 82:1-8).
Ia memang malu wujudnya para pelobi. Fungsi mereka adalah untuk mempengaruhi para penggubal undang-undang untuk memerintah menurut apa yang disukai mereka, kadang kala dengan memberi pemberian atau faedah-faedah yang lain. Ia malu ketika para presiden mengampuni para penjenayah untuk memenangi hati kawan-kawan atau para penyokong. Ia keaiban ketika apa pun konflik kepentingan mempengaruhi keputusan-keputusan pemimpin. Jika seorang pemerintah memandang bulu atau mengistimewakan orang, baik kaya mahupun miskin, dia akan akhirnya mengkompromi keadilan untuk sepotong roti atau untuk percuma sahaja (Ams 28:21).
Pelajaran ini dipakai untuk semua pemimpin. Kewajaran dan kebenaran adalah lebih penting daripada apa pun yang lain. Tuan harus adil dan saksama ketika berurus dengan para pekerja (Efe 6:9; Kol 3:16). Para pelayan Allah terlarang untuk memberi apa pun pelayanan yang berberat sebelah atau yang memandang bulu (1Tim 5:21), dan integriti mereka haruslah dibuktikan sebelum diletakkan ke dalam jawatan itu (1Tim 3:10). Dan para suami dan ayah harus juga adil (Maz 103:13; Mal 2:10-16; Kol 3:19-21; 1Pet 3:7).
Ketika penghakiman, kesaksamaan, dan kebenaran sihat disanjungi dalam kedudukan kekuasaan yang paling tinggi di sesebuah negara, yakni dalam raja atau penguasa sivil, teladan yang benar itu memberi kesan kepada seluruh negara. Tuan, ayah, suami, dan pastor, akan mengikuti kepimpinan penguasa mereka yang agung. Hikmah akan menang baik di tempat awam mahupun di tempat persendirian, ketika teladan yang mulia diberi oleh penjawat yang paling tinggi.
Seorang penguasa yang melanggari amsal ini tidak kehilangan kekuasaannya, sebab dia masih harus ditaati (Ams 24:21;-22; Yer 27:1-17; Mat 22:15-22; 23:1-3; Rom 13:1-7; 1Pet 2:13-17). Tetapi ia tugas orang Kristian untuk berdoa bagi penguasa, supaya Allah akan menguatkan atau mengatasi akhlak mereka supaya menjadi pemimpin yang benar (1Sam 10:1-12; Neh 2:1-6; Est 4:13-17; Yer 29:1-7; 1Tim 2:1-3). Mereka juga harus menantikan saat Raja Yesus akan menyatakan diriNya (1Tim 6:13-16).