Amsal · Proverbs

29:5
Orang yang mengampu jirannya sedang membentangkan jaring bagi kakinya.

Mengampu itu manis. Ia menghangatkan keangkuhan dan mengembangkan ego. Tetapi ia menutupi matamu kepada sikap atau niat si pemberi ampu itu – kamu tidak dapat melihat perangkap yang sedang dipasang itu. Tidak kira betapa senang untuk mendengar pengampuan, berhati-hati dan berlari, sebab ada orang yang sedang memanupilasikan dirimu.

Pengampuan juga sedap untuk diberi. Ia menghasilkan suatu balasan yang positif dan yang menyenangkan hati daripada kebanyakan pendengar. Tetapi perasaan palsu yang kamu beri kepada orang lain ialah dosa di pandangan Allah dan pandangan orang mulia. Sementara memuji orang lain adalah baik, pujian terlebih-lebih atau memanipulasi adalah salah.

Pengampuan adalah palsu, tidak tulus, atau pujian melampau yang dipakai untuk memuaskan kemegahan atau sikap menghargai diri seseorang. Ia mengangkat-angkat mereka, membesar-besarkan ciri-ciri baik mereka sambil tidak mempedulikan kesalahan-kesalahan mereka. Orang mengampu orang lain untuk memperoleh keredaan yang tidak layak diterima atau sebaliknya melayani tujuan-tujuan mereka sendiri (Dan 11:21,32,34). Sikap menghargai diri sendiri dan keangkuhan, iaitu ciri-ciri orang Kristian yang mudah terpengaruh oleh masa membahayakan, ialah simptom-simptom hati manusia yang sudah rosak (2Tim 3:1-2).

Pengampuan berdosa di pandangan Allah dan pandangan orang mulia. Ia ucapan yang berbohong, sebab ia sama ada tidak benar dan/atau tidak diberi dengan ikhlas (Maz 12:2-3; 36:2; 78:36; Yeh 12:24). Pujian dengan dorongan yang memperdayakan adalah cabul dan babil: jauhilah para pengampu (Ams 20:19). Pengampuan juga tidak setia dan merupakan pemakaian ucapan dengan durjana yang mengerjakan kerosakan (Ams 26:28; Maz 5:9-10). Teguran sebenarnya jauh lebih baik, sebab ia ada matlamat yang mulia dan yang menguntungkan untuk membantu orang lain (Ams 28:23).

Pengampuan adalah berbahaya kepada kedua-dua pemberi dan penerima. Ia berbahaya kepada pemberi, kerana Allah akan menghakiminya kerana itu, dan dia akan dikenal sebagai seorang penyangga yang berbohong (Ayb 17:5; Maz 12:1-3). Ia berbahaya kepada penerima, kerana ia boleh menggoda dia untuk melakukan apa yang dia tidak patut buat, seperti di dalam kes perempuan yang lacur (Ams 2:16; 6:24; 7:5,21). Hai para pembaca yang muda, jangan percaya akan apa pun kata-kata romantis daripada orang yang ingin kamu berdosa. Perbuatan percaya kepada pengampuan, tidak kira betapa banyak yang kamu mahu pengampuan menjadi kenyataan, ialah perdayaan diri secara sedar oleh musuh (Ams 26:24-25).

Orang politik, jurujual, dan hamba-hamba Allah pada hari ini merupakan pengampu. Sementara tidak memakai kenyataan-kenyataan semasa, fakta-fakta, dan kebenaran, mereka pula mempersembahkan pujian yang mengangkat-angkat dan yang kosong, keramahan yang tidak ikhlas, dan janji-janji yang sia-sia. Orang yang berhikmah akan dapat cam para pesalah, yang mendambakan undimu, pembelianmu, atau persepuluhanmu. Para pelayan Allah tidak mengampu (1Tes 2:5). Orang berhikmah tidak akan biar orang berbohong kepadanya, meskipun tentang nilai-nilai murninya sendiri (Ams 14:15). Dia akan mengelak perangkap-perangkap yang terang-terang dipasang, dan dia akan mengelak perdayaan diri pengampuan yang menyenangkan hati.

Pujian jujur kepada orang yang ada akhlak atau perangai yang baik dapat menjadi baik dan berguna. Paulus memakai sebahagian besar Roma bab 16 untuk memuji suatu senarai panjang orang Kristian pada zaman itu, bermula dengan Febe. Kalau dipakai dengan berhikmah ia jalan untuk memprovokasi orang lain untuk mengasihi dan berbuat baik (Ibr 10:24). Eulogi Daud bagi Saul melibatkan pujian tinggi dan pengelakan banyak kesalahan Saul (2Sam 1:17-27). Jika kamu tidak pernah memberi ucapan syabas atau memuji orang lain, sebab sememangnya ada orang yang layak dipuji, kamu telah jatuh ke dalam longkang pelampau yang bertentangan dengan pengampuan.

Orang berhikmah tidak akan mengampu, sebab dia tahu bahawa itu berdosa dan dipandang hina Allah dan manusia (Ams 6:16-19). Jika dia ada kerja yang melibatkan pelanggan, pesakit atau ahli gereja, dia akan sungguh berhati-hati untuk berurus dengan memakai fakta dan kenyataan. Generasi ini tergoa mengampu iaitu generasi yang menyeringai, yang sambil lewa, dan yang bermuka-muka. Semua orang harus menjaga persahabatan mereka dan perhubungan jiran mereka, supaya jangan memakai pujian yang terlebih-lebih atau yang tidak ikhlas. Adakah kamu tahu bahawa gelaran-gelaran mengampu yang laris dipakai pada hari ini juga dikutuk Alkitab (Ayb 32:21-22; Mat 23:5-12)? Belajarlah pelajaran amsal dan bencilah pengampuan dari kedua-dua arah pemberi dan penerima dan segala bentuk pengampuan.