29:9
Jika orang berhikmah berbalah dengan orang bebal, sama ada dia meradang atau ketawa, tiada istirahatnya.
Orang bebal tidak dapat diharapkan. Mereka suatu beban. Tidak kira apa pun jalan yang dipakaimu, mereka tidak dapat dan tidak ingin belajar hikmah. Mereka bebal tanpa harapan diperbaik, angkuh dengan degil, dan durjana secara memberontak. Kamu boleh cuba kemarahan atau gelak ketawa, tetapi tiada apa pun yang akan mengubahkan hati bebal mereka. Ada hanya satu Tabib bagi penyakit ini, dan hanya satu Penasihat bagi jenis orang yang tidak waras ini.
Apakah orang bebal? Orang bebal menyangkal kekuasaan Allah – dalam perkataan atau perilaku (Maz 14:1). Orang bebal percaya kepada hatinya sendiri dan menolak arahan (Ams 28:26; 15:5). Dia mengasihi dirinya sendiri. Dia membenci hikmah dan mengasihi kebebalan, walaupun dia tidak akan mengakuinya. Dia bukan sahaja bebal; dia telah diserahkan kepada kebebalan. Dia fikir, berbicara, dan bertindak secara bercanggah terhadap hikmah dan adat kebiasaan.
Kamu pasti akan menemui orang yang tidak boleh diubahkan ini. Salomo dalam amsal ini telah menyiapkan anak lelakinya untuk pertemuan-pertemuan yang menggeramkan ini. Daripada terjerumus menjadi murung dalam usaha membantu mereka, Salomo pula memberi amaran bahawa tiada kaedah yang mungkin kepada manusia untuk mengubahkan orang yang sukar ini. Jika Tuhan tidak mengubahkan hati mereka, maka mereka akan akhirnya mati sebagai orang bebal (Ams 20:12; 2Tim 2:24-26).
Kamu tidak boleh berhujahan dengan mereka: mereka tidak munasabah – mereka ketiadaan iman (2Tes 3:2). Mereka tidak mencari Allah Yang Maha Hidup (Ibr 11:6). Mereka tidak dapat diperbaik (Ams 27:22). Mereka mungkin pandai melafazkan Alkitab atau doktrin, tetapi itu tidak bermaksud apa-apa. Tuhan kemuliaan akan menolak banyak orang Farisi dan para pengkhutbah pada Hari Penghakiman (Mat 7:21-23).
Ancaman dan ugutan tidak akan mengajar orang bebal, demikian juga persahabatan dan gelak ketawa. Kamu akan digeramkan. Tiada peristirahatan. Orang bebal suka menjadi bebal – mereka suka kebebalan mereka – dan kamu tidak akan mengubahkan mereka. Tiada cita-cita atau keinginan dalam diri mereka untuk mengubahkan kehidupan mereka daripada disfungsi kepada kejayaan. Jalan berhikmah adalah untuk menjauhi mereka, seperti yang dikatakan Salomo, Yesus, dan Paulus (Ams 9:6; 13:20; 14:7; 26:4-5; Mat 7:6; 1Kor 15:33). Jauhilah mereka.
Betapa ngerinya untuk melahirkan seorang bebal (Ams 17:21,25)! Betapa ngerinya untuk berkahwin dengan orang bebal (Ams 30:23; 1Sam 25:25)! Betapa ngerinya untuk dilahirkan kepada orang bebal (1Sam 20:30-34)! Sesetengah daripada situasi perhubungan ini ialah pilihan Allah, dan yang lain ialah pilihanmu. Berhati-hati! Tetapi jika kebenaran dinyatakan, kamu dilahirkan bebal. Takat kerosakanmu seteruk orang bebal yang paling teruk dari neraka (Yoh 3:19-21; Efe 2:1-3; Tit 3:3). Hanya pembaharuan dan penjanaan semula oleh Roh Kudus telah menyelamatkanmu (Tit 3:5).
Apakah usaha-usaha penginjilan yang dapat menyelamatkan orang bebal? Apakah pendekatan yang dapat menyelamatkannya daripada kasihnya bagi dosa kepada kasih bagi Yesus Kristus dan kewajaran? Tiada apa pun teknik yang berkesan, sebab dia sudah mati dalam dosa dengan hati yang memerangi Allah, kebenaran, dan hikmah (Kol 2:13; Rom 3:10-18). Abraham memberitahu orang kaya bahawa meskipun Lazarus bangkit daripada mati, penginjilan Lazarus tidak akan berkesan bagi saudara-saudaranya (Luk 16:27-31). Dan mengubahkan suasana langsung tidak dapat mengubahkan apa-apa pun (Yes 26:10). Tiada apa pun yang dapat kamu memberitahu pendosa untuk mempengaruhinya sedikit pun (1Kor 1:18; 2:14; 2Kor 4:3-4). Mindanya sedang berperang terhadap Allah dan tidak akan mengubahkannya (Rom 8:7-8).
Betapa banyak pun kemegahan dan rayuan dana gerakan mubaligh [missionary] moden, baik Mother Theresa mahupun Billy Graham tidak dapat menyelamatkan satu jiwa pun daripada hati yang rosak. Orang bebal harus dilahirkan semula (Yoh 3:3), dibangkitkan daripada mati (Yoh 5:24-25), dan dihidupkan (Tit 3:5) oleh suara Anak Allah dan kuasa Roh Kudus. Keselamatan adalah daripada Tuhan! Jika kamu mengasihi hikmah dan hal-hal syurgawi dan menjalani hidup yang diabdikan kepada kemuliaan Allah, pujilah namaNya kerana telah menyelamatkanmu daripada kebebalan.