29:10
Orang yang suka menumpah darah membenci orang jujur: tetapi orang benar mencari jiwanya.
Kamu berada di dalam peperangan. Kamu berpihak kepada siapa? Kamu berada di dalam peperangan. Adakah kamu bersiap sedia untuk berperang? Ia di sini; ia akan menjadi lebih teruk. Orang durjana dunia ini membenci kewajaran dan ingin membuang mereka, tetapi orang yang baik mengasihi kewajaran dan mengejar kemakmuran dan persahabatan mereka.
Sejak permulaannya, dengan keluarga yang pertama di bumi, percanggahan yang ganas ini telah cukup ternyata, sebab Kain membunuh adiknya Habel. Mengapakah Kain sanggup berbuat sesuatu yang sebegitu jahat dan yang teruk sekali? Kerana dia mengasihi dosa, dan dia membenci Habel kerana Habel lebih baik daripada dia (1Yoh 3:12).
Walaupun ia sukar untuk masuk akal mengapa adanya kebencian yang sebegitu ganas, namun hakikatnya ialah roh yang suka membunuh di dalam Syaitan masih mengawal hati bangsa manusia (Yoh 8:44; Efe 2:1-3). Hanya tangan Allah yang menahan menghambat Syaitan daripada memakai orang durjana untuk menentang para percayawan pada zaman ini (Maz 76:10). Kebencian sedang membakar dengan cukup membara, tetapi Allah telah mengikat musuhNya daripada kebanyakan tindakan-tindakan luaran. Meskipun demikian, masa untuk melepaskan dan menumpahkan darah mungkin sudah menjelang (Wah 12:12-17; 20:7-9).
Perseteruan dari kedalaman hati yang rosak ini mengejutkan kebanyakan orang, sebab mereka tidak pernah mendengar ia dikhutbahkan atau melihatnya berlaku. Agama badaniah mereka, yang hanya suatu bentuk kesalihan dan yang lebih mengasihi kenikmatan daripada mengasihi Allah, tidak berdaya untuk menarik kebencian ganas Syaitan atau orang durjana. Amsal ini menyatakan bahawa orang yang suka menumpah darah membenci “orang jujur”. Gereja-gereja kontemporari dan Kristian badaniah yang merangkumi sebanyak 99% orang Kristian pada zaman kini tidak layak. Syaitan tidak perlu membenci atau menganiaya mereka – mereka sudah berbuat kerja yang cukup cekap untuk membinasakan kerajaan Allah.
Tetapi kebencian keras terhadap orang kudus sejati tidak pernah reda, dan ia semakin bertambah. Percanggahan di antara orang baik dan orang jahat sedang bertambah hangat bagi pertempuran terakhir. Orang benar membenci orang durjana, dan orang durjana membenci orang benar (Ams 29:27; Maz 139:19-22). Orang benar membenci para pencemuh, dan para pencemuh membenci mereka (Ams 24:9; 9:8). Orang durjana memandang, merancang, mengertak dengan gigi mereka, dan bersubahat untuk membunuh orang benar (Maz 37:12,32). Percayalah itu – tetapi Yesus menang!
Di bawah takhta Allah ada perhimpunan jemaah yang paling mulia dan yang paling berharga – para martir Allah (Wah 6:9-11). Orang yang membenci orang jujur telah membunuh mereka, seperti yang disebut amsal itu. Kebanyakan mereka menderita seksaan dan sengsara yang tidak terkatakansebelum mereka dibenarkan mati. Orang berhikmah akan membaca dan merenungi sejarah kempen kekejaman terhadap anak-anak Allah. Kamu dapat membaca tentang mereka di dalam Foxe’s Book of Martyrs atau Martyrs Mirror. Mereka merupakan wira-wira yang paling layak (Ibr 11:35-38), dan Allah mengasihi mereka.
Pertimbangkan Yesus Kristus. Dia menyembuhkan seorang lelaki, lalu para pemimpin agama dengan serta-merta bersubahat untuk membunuh Dia (Mat 12:13-14). Ada suatu roh di dunia ini, penguasa kekuasaan udara, namanya Syaitan, yang menghasut dan mengarahkan orang durjana untuk ada kemarahan ganas dan kebencian terhadap orang benar. Ini paling nyata dalam tentangannya terhadap Yesus Kristus. Jika kamu tidak berapa pasti akan perseteruan yang dinyatakan oleh amsal ini, fikir tentang Yesus dari Nazaret.
Para pemimpin agama dari bangsaNya sendiri bersikap bisa terhadapNya, walaupun Dia tidak bersalah akan apa pun jenayah, walaupun Dia hanya berbuat baik, dan walaupun Dia memenuhi setiap nubuat kitab suci mereka tentang Mesias, iaitu kitab suci yang mereka cium di saumaah-saumaah mereka. Mereka memakai taktik duniawi biasa untuk memfitnah Yesus dan memeras Pilatus untuk menyalibkan Dia dengan menyampaikan maksud bahawa Yesus ialah musuh kepada kerajaan. Seperti orang duniawi yang lain, Pilatus takut akan mereka dan memerintahkan kematianNya.
Yesus memberitahu murid-muridNya bahawa dunia membenciNya kerana Dia memberitahu mereka bahawa jalan hidup mereka adalah salah (Yoh 7:7). Dia dengan lebih lanjut memberitahu mereka bahawa dunia akan membenci mereka juga, sebab Dia telah memilih mereka untuk keluar daripada dunia, dan mereka bukan lagi sebahagian daripadanya (Yoh 15:18-19). Patutkah kamu menjangka bahawa apa yang sama akan berlaku kepadamu? “Jangan hairan, saudara-saudaraku, jika dunia membenci kalian” (1Yoh 3:13). Jika kamu dengan terus terang memberitahu orang duniawi bahawa gaya hidup mereka salah, maka mereka akan ingin membunuhmu.
Dunia ini membenci mana-mana lelaki atau perempuan yang akan membuat pendirian di dalam kewajaran dan kekudusan. Jika kamu hidup salih dalam Kristus Yesus, kamu akan menderita penganiayaan (2Tim 3:12). Masa membahayakan pada zaman akhir ini diisi dengan orang yang kononnya dipanggil Kristian yang merupakan para, “pembenci orang baik” (2Tim 3:3). Mengapakah mereka membenci orang hanya kerana orang itu baik? Fikir akan Syaitan. Fikir akan Kain. Fikir akan orang Farisi. Mereka merupakan konco-konco iblis, dan mereka suka cara itu.
Jika kamu dan gerejamu tidak dipandang hina dan dibenci oleh dunia, maka kamu dan mereka sedang hidup dengan salah. Ia sebegitu mudah. Jika gerejamu sedang melimpah dengan pertumbuhan bilangan di dalam generasi yang durjana ini, ia gereja yang tercemar. Yesus tidak datang untuk membawa damai sejahtera untuk murid-muridNya; Dia datang untuk membawa pedang, dan musuh-musuh seseorang akan muncul dari kalangan ahli keluarganya sendiri (Mat 10:34-36). Kamu berada di dalam peperangan. Adakah kamu bersiap untuk pertempuran? Ia berada di sini; ia akan menjadi lebih teruk. Jadilah kelelakian!
Di dalam amsal ini, fahamilah bahawa “orang benar” mencari jiwa orang jujur, bukan jiwa orang yang suka menumpah darah. Kamu membuat pilihan tafsiran ini kerana tiga sebab: kerana orang benar mencari jiwa orang jujur, mereka tidak mencari jiwa orang yang suka membunuh, dan ia akar kata yang paling dekat kepada kata nama “jiwanya”. Pelajaran di sini ialah perbezaan bagaimana sikapnya orang durjana dan orang salih terhadap orang yang jujur dalam akhlak dan dalam perilaku.
Jika kamu mengasihi Daud Alkitab, pertimbangkan ini. Dia mencari sesiapa pun yang takut akan Allah untuk menjadi kawannya (Maz 119:63, 79), tetapi dia tidak mempunyai masa atau keinginan untuk orang durjana (Maz 26:5; 119:115). Dia tidak dapat menahan orang jahat di dalam pandangannya, kehadirannya, atau rumahnya (Maz 15:4; 101:3-8). Dia membenci musuh-musuh Allah dan menghitung mereka sebagai musuhnya (Maz 31:6; 139:21-22). Di sinilah salah satu contoh orang benar yang boleh kamu teladani, jika kamu mahu menjadi lelaki atau perempuan yang mengejar hati Allah.
Orang benar mencari jiwa orang jujur. Orang benar mengasihi satu sama lain, dan mereka mencari kebajikan satu sama lain (Yoh 13:35). Para pelayan Allah yang sejati harus menjadi pengasih kepada orang baik (Tit 1:8), dan mereka memang demikian(2Tim 1:3-4; 2Yoh 1:1; 3Yoh 1:1). Semaklah hatimu dengan sukatan ini. Adakah kamu mengasihi orang jujur? Adakah kawan-kawan karibmu merupakan orang yang paling kudus yang kamu kenal? Adakah kamu mendambakan persekutuan mereka yang benar, dan adakah kamu ingin untuk melayani mereka dengan baik? Adakah mereka tahu bahawa mereka boleh bergantung kepadamu untuk apa pun ketika kebencian dan penganiayaan mengancam mereka?
Saulus cuba membunuh Daud, tetapi Yonatan mencari Daud sampai menemuinya dan melindunginya. Izebel cuba membunuh nabi-nabi Allah, tetapi Obaja menyembunyikan seratus nabi di dalam gua dan memberi makan kepada mereka (1Raj 18:3-4). Orang Yahudi yang degil merancang untuk membinasakan Yeremia, tetapi Ebedmelekh menyelamatkannya (Yer 38:1-13). Herodias membenci Yohanes kerana mengutuk dosa perzinaannya dan dia mengusahakan pembunuhan Yohanes, tetapi para murid Yohanes mencari sampai mendapat mayatnya yang tidak berkepala untuk dikuburkan dengan wajar (Mar 6:16-29).
Orang Yahudi yang suka menumpah darah membenci Tuhan Yesus Kristus, dan mereka mengkhianati dan membunuhNya dengan cukup kejam, walaupun tiada dosa di dalam diriNya langsung (Yes 53:9). Dia sempurna tanpa bernoda dan penuh suci, jadi mereka membenciNya dan menyalibkanNya dengan kejam dengan memakai askar-askar Rom. Namun, adanya orang benar dari setiap bangsa yang mencari Yesus dan yang bukan seperti yang lain (Yoh 12:20-22; Luk 10:38-42), dan masih ada pada zaman ini segelintir orang yang berselerak yang masih mencari jiwa Tuhan Yesus Kristus (Yes 1:9), meskipun adanya kebencian yang cukup kuat terhadap mereka dan Tuhan mereka.
Apakah yang harus kamu buat? Fahamilah pelajarannya, dan bersiap sedia untuk menderita kerana kesalihan. Berdoa bagi orang yang menderita sebagai martir pada zaman kini. Carilah dan sertailah suatu gereja yang sedang mencari jalan-jalan lama firman Allah tanpa memandang kepada bilangan atau kepopularan. Bencilah orang durjana sebagai musuh Allah dan musuh Yesus Kristus (Maz 15:4; 139:21-22). Kasihi dan bantulah orang yang paling salih yang dapat kamu cari. Bersukacita dan lompat bersorak-sorai ketika penganiayaan mencapaimu, seperti yang diajar Yesus (Luk 6:22-23). Ingat bahawa kamu berada di kalangan teman-teman yang baik, sebab Dia dan para rasulNya pertama-tama melakukan itu.