29:8
Para pencemuh membawa kota ke dalam jerat: tetapi orang berhikmah memalingkan murka.
Keselamatan Negara memerlukan hikmah yang sederhana. Kemakmuran politik bergantung kepada para penguasa yang berbudi bicara dan yang berhikmah. Amsal Raja Solomo melingkupi segala aspek kehidupan. Belajarlah sains politik di sini untuk dipakai dalam kehidupanmu bagi kejayaan. Perpustakaan ilahi kepunyaan Allah, yakni Alkitab, memang merupakan suatu harta karun yang besar!
Para pencemuh adalah berbahaya kepada diri mereka sendiri, dan mereka berbahaya kepada orang yang berada dekat kepada mereka. Keangkuhan mereka dan roh pemberontak mereka memprovokasi murka kedua-dua Allah dan manusia. Jika mereka merupakan pihak berkuasa di suatu kota, suatu negara, atau mana-mana organisasi, mereka akan menyebabkan perbalahan yang tidak perlu.
Tetapi orang berhikmah, oleh kerendahan hati dan budi bicara, menenteramkan kemarahan Allah dan manusia untuk menjaga atau memulihkan damai sejahtera dan keamanan. Orang berhikmah akan dengan teliti mengelak dan menolak para pencemuh (Ams 22:10); mereka sebaliknya akan menjadi pendamai dengan Allah dan manusia (Yeh 22:30; Yak 3:17-18).
Para pencemuh ialah orang bebal yang angkuh. Orang bebal ialah orang yang ketiadaan hikmah dan keinginan untuknya. Dia jahil, malas, dan degil. Dia pengalah yang bodoh. Orang bebal sudah cukup teruk, tetapi pencemuh lagi teruk (Ams 26:12; 29:20)! Seorang pencemuh ialah si bebal yang bongkak. Dia sebegitu bongkak dengan kesombongan sehingga dia memandang hina para guru; dia sebegitu cabul sehingga dia mengalu-alukan pergaduhan. Dia dengan marah membenci apa pun pembetulan, arahan, perselisihan, atau percanggahan daripada orang lain (Ams 9:7-8; 21:24).
Manusia adalah oleh sifat semula jadi bersikap suka membenci, berniat jahat, dan mementingkan diri sendiri (Tit 3:3). Suatu pelanggaran yang kecil boleh mencetuskan pertempuran. Jika tiada orang berhikmah yang hadir untuk memalingkan murka dengan kata-kata yang lemah lembut, maka pergaduhan akan besar kemungkinan terjadi (Ams 15:1; 25:15). Tetapi jika seorang pencemuh hadir, maka ragam dan kata-kata dia yang bongkak dan yang menyinggung itu akan memburukkan lagi perkara-perkara yang paling kecil sehingga menjadi pertempuran yang ganas (Ams 15:1).
Ketika Gideon dan tiga ratus pewiranya mengejar orang Midian, dia memohon kota-kota Sukot dan Penuel untuk memberi bantuan makanan kepada askar-askarnya yang lapar. Kota-kota itu mengolok-olok pasukannya dengan menyatakan mereka terlalu kecil dan terlalu lemah untuk mengalahkan Midian. Jadi, ketika Gideon siap memenangi peperangan, dia kembali dan menghukum para pencemuh kota-kota itu dengan teruk sekali (Hak 8:4-18).
Orang Yabesh menawar untuk menjadi hamba-hamba kepada Nahas, raja orang Amon. Tetapi Nahas dengan cemuh menuntut supaya mata kanan semua lelaki Yabesh untuk dicungkil keluar. Betapa pedasnya permohonan itu! Kata-kata demikian dipanggil kata-kata ingin lawan! Para lelaki Yabesh yang dahulu tunduk membangunkan satu angkatan askar dari Israel dan dengan menyeluruh menewaskan Nahas dan umatnya (1Sam 11:1-11).
Sekali menerima pelajaran daripada amsal ini tidak cukup untuk kaum Amon! Kemudian, raja mereka, raja Hanun, melayani duta-duta Daud dengan sungguh mencemuh. Jadi, Daud mengutus Yoab dan Abisai dengan para pewiranya untuk menghapuskan mereka. Meskipun Daud dan ayah Hanun ada perhubungan yang baik, semangat mencemuh dalam Hanun menjadikannya suatu kekalahan peperangan yang teruk (2Sam 10:1-14; 12:26-31).
Walau bagaimanapun, lelaki atau perempuan yang berhikmah boleh menyelamatkan kota daripada murka. Pencemuh yang namanya Seba, yang telah menolak pemulihan takhta Daud selepas pemberontakan Absalom, telah menyembunyikan dirinya di kota Habel. Yoab menjelaskan tujuan adanya suatu angkatan yang sebegitu besar mengelilingi kota Habel, dan seorang perempuan yang berhikmah memenggal kepala si pencemuh itu dan menyuraikan angkatan Yoab dengan damai (2Sam 20:1-22).
Pertimbangkan bagaimana seorang setiausaha majlis perbandaran di Efesus meleraikan suatu rusuhan di kotanya berkenaan khutbah rasul Paulus dengan kata-kata yang berbudi bicara dan yang berhemat (Kis 19:23-41). Walaupun Demetrius telah mengapi-apikan suatu keramaian orang dengan kata-kata hasutannya, ada seorang yang berhikmah yang dapat menyelamatkan kota daripada perang sesama diri atau hukuman keras daripada kerajaan Rom kerana rusuhan rakyat.
Contoh-contoh setakat ini berkaitan dengan murka manusia terhadap kota, tetapi para pencemuh mendatangkan murka Allah. Para raja yang mencemuh seperti Manaseh membawa murka Allah ke atas Israel (2Raj 21:9-15; 23:26-27; 2Taw 36:16-17; Yes 28:14-22; Yer 36:23-32). Tetapi kerendahan hati dan penundukkan oleh raja yang berhikmah menangguhkan kemarahanNya dan membawa belas kasihanNya (2Raj 22:11-20; Yun 3:5-10).
Alkitab padat dengan contoh orang berhikmah yang dengan budi bicara dan kehematan telah memalingkan murka Allah daripada umatNya. Pertimbangkan Musa, Harun, Pinehas, Elia, Amos, Ayub, Daniel, Samuel, dan Nuh di antara yang lain. Daripada membalas dengan mencemuh kepada penghakiman Allah, mereka dengan rendah hati merayu untuk belas kasihanNya dan menyelamatkan orang yang ada bersama mereka.
Pelajaran dan amarannya boleh dipakai kepada keluarga dan gereja juga. Seorang pencemuh di keluarga atau di gereja membawa semuanya untuk ditimpa kemarahan Allah atau manusia dengan pemberontakannya yang angkuh itu. Ibubapa dan pastor harus mendedahkan, menghukum, dan menolak para pencemuh demikian (Ams 19:25,29; 21:11; 24:9). Sesudah seorang pencemuh dikenalpastikan dan disingkirkan, perbalahan, perselisihan, dan keaiban akan berhenti (Ams 22:10)!
Sementara para pencemuh timbul pertama-tama di rumah, kaum ibubapa harus dengan keras menghukum kata-kata, perangai, atau air muka yang menyatakan racun dalam hati (Kel 21:15,17; Ula 27:16; Ams 30:17). Perangai yang tidak peduli, dan tidak hormat yang dibiarkan di rumah pada zaman kini tidak boleh ditoleransikan. Sikap tidak peduli yang bongkak dan yang cabul terhadap kekuasaan atau terhadap pembetulan harus dihapuskan sama sekali.
Ada beberapa pelajaran untukmu. Syukur kepada Allah untuk penguasa yang rendah hati dan yang berhikmah; berdoa supaya para pemimpinmu tidak akan menjadi pencemuh (1Tim 2:1-2). Bencilah keinginan menjadi pencemuh supaya kamu tidak membahayakan orang lain. Elaklah para pencemuh seperti wabak – biar tidak seorang pun yang pencemuh di antara kawan-kawanmu. Jika kamu merupakan pihak berkuasa, hukumlah para pencemuh dan singkirkan mereka secepat semungkin (Ams 19:25; 21:11).
Dengan mencium Anak – Tuhan Yesus Kristus – murka akan dialihkan (Maz 2:12)! Tetapi orang Yahudi yang durjana secara mencemuh menyangkalkanNya, yang telah membawa mereka padah pembinasaan penuh bangsa mereka (Mat 21:33-46; 22:1-7; 23:34-39; 1Tes 2:14-16). Mereka mengolok-olok dan mempersendakanNya, dan itu telah menimpa seksaan yang paling dahsyat ke atas kota mereka (Luk 19:41-44; 21:20-22).
Bagaimana dengan dirimu, hai pembaca? Adakah kamu seorang pencemuh atau orang berhikmah? Adakah kamu merendahkan dirimu di hadapan Allah atau adakah kamu memprovokasiNya? Akankah kamu mencemuh amaran Paulus, “Jika ada sesiapa yang tidak mengasihi Tuhan Yesus Kristus, biar dia dikenakan Anatema Maranata” (1Kor 16:22)? Adakah kamu hidup dengan damai sejahtera dengan semua orang sebanyak semungkin, atau adakah kamu ada sikap iri hati yang pahit dan persengketaan dalam hati dan kehidupanmu (Rom 12:18; Yak 3:14-16)? Dosamu akan memperlihatkanmu!