Amsal · Proverbs

3:14
Sebab perdagangan itu lebih baik daripada perdagangan perak, dan labanya lebih baik daripada emas tulen.

Hikmah dan pemahaman adalah lebih baik daripada kekayaan dan kemakmuran. Raja Salomo mengajar suatu keutamaan yang penting untuk kehidupanmu. Mengejar hikmah dan pemahaman adalah lebih penting daripada usaha-usahamu untuk memajukan kerjaya atau kewanganmu. Adakah kehidupanmu mencerminkan keutamaan yang berilham ini? Atau sudahkah kamu terpengaruh dengan bohong dunia bahawa kemakmuran kewangan adalah yang paling penting?

Hikmah dan pemahaman sedang dipertimbangkan (Ams 3:13). Hikmah adalah lebih penting daripada kekayaan, seperti ia lebih berharga daripada batu delima dan lebih baik daripada apa pun yang dapat diinginimu (Ams 3:15). Apakah maksud perdagangan? Perdagangan ialah hal membeli dan menjual untuk keuntungan, yang membantu sebagai gambaran kewangan dengan usaha-usahamu untuk memperoleh hikmah dan pemahaman.

Hikmah ialah daya penghakiman yang wajar – mengenal apa yang wajar dilakukan di dalam apa pun situasi untuk menyenangkan Allah dan manusia. Pemahaman ialah budi bicara yang betul – menanggapi keadaan-keadaan dengan implikasi dan kesan-kesannya. Dengan pemakaian kata nama yang tunggal dan yang jamak, hikmah dan pemahaman boleh menjadi sinonim (Ams 3:13-14; 4:5,7-8; 7:4-5; 8:1-2; 17:28), sebab hikmah melibatkan pemahaman (Ams 8:14), dan orang yang ada pemahaman ada hikmah (Ams 10:23; 14:33; 17:24).

Hikmah dan pemahaman mudah diperoleh sesiapa pun. Ia bermula dengan ketakutan yang menyegani Allah (Ams 1:5; 9:10). Ia ditimbulkan dengan penundukkan yang rendah hati kepada firman Allah yang tertulis dan yang dikhutbahkan (Maz 19:7; 119:98-100; Kol 1:28). Dan Allah akan memberinya secara murah hati kepada sesiapa pun yang memohon (Maz 119:18; Yak 1:5). Apakah yang menghalangmu daripada menjadi berhikmah? Cinta akan wang?

Bandingkan pengejaran wang dan pengejaran hikmah. Amerika tidak lagi membayar perak dan emas, meskipun berjanji untuk berbuat demikian dalam Perlembagaan mereka (1:10). Oleh sebab itu, wang kertas haruslah dipakai sebagai gambaran. Apakah amaran Paulus? Cinta akan wang ialahakar segala kejahatan, suatu godaan dan suatu jerat, penyebab nafsu-nafsu yang bebal dan yang menyakiti, dan punca banyak dukacita, yang telah melemaskan manusia ke dalam kebinasaan dan penglaknatan (1Tim 6:6-10). Wang menjauhi manusia daripada hikmah.

Adakah kamu lebih bersukacita untuk mendapatkan kenaikan gaji atau mencari suatu batu permata di dalam firman Allah? Kamu memakai banyak jam di dalam sesuatu kerjaya, tetapi adakah kamu meluangkan banyak minit untuk menyelami Alkitab? Adakah kamu menepati masa dan bertenaga untuk mengkaji Alkitab seperti yang dilakukan dirimu bagi kerjamu? Kamu beromong-omong dengan orang lain tentang kerjamu, bagaimana pula dengan firman Allah? Kamu memberitahu kawan-kawanmu ketika melihat peluang untuk kerja bergaji atau untuk berniaga, tetapi adakah kamu juga memberitahu mereka tentang nas firman yang hebat yang telah ditemuimu?

Daud telah mengajar Salomo, “Hikmah ialah apa yang utama; maka peroleh hikmah: dan dalam segala pemerolehanmu peroleh pemahaman” (Ams 4:7). Salomo kemudian menulis kepadamu, “Beli kebenaran, dan jangan menjualnya, juga hikmah, dan arahan, dan pemahaman” (Ams 23:23). Apakah yang akan kamu buat pada hari ini untuk menyelaraskan dan mengaturkan keutamaan-keutamaanmu untuk menyanjungi hikmah melebihi kekayaan?