3:13
Berbahagialah orang yang menemui hikmah, dan orang yang memperoleh pemahaman.
Bagaimanakah kamu dapat menjadi bahagia? Raja Salomo memberitahumu bagaimana berbuat demikian. Orang yang memiliki segalanya tahu lebih tentang kebahagiaan daripada sesiapa pun. Apakah nasihatnya? Mengenal bahawa hikmah dan pemahaman memberi kesan besar kepada setiap bahagian hidupmu, Salomo telah menyarankan supaya mencari dan memperoleh kedua-dua itu.
Matlamat harian bagi kehidupanmu haruslah melibatkan pencarian hikmah dan pemahaman. Ia akan menguntungkanmu lebih daripada apa pun. Ia akan membawamu kebahagiaan sejati dan banyak berkat yang lain. Apakah cita-citamu yang utama pada hari ini? Adakah kamu sebaliknya mengejar kesia-siaan?
Salomo mengajar anak lelakinya untuk mencari hikmah (Ams 2:1-9); itu akan menyelamatkannya daripada banyak masalah (Ams 2:10-21). Supaya dapat menggalakkan anak lelakinya, dan kamu juga, untuk mengejar hikmah, dia telah memberi penjelasan tentang berkat-berkat yang besar ini (Ams 3:14-18). Itu dan pemahaman boleh menjadikanmu bahagia.
Kalau dibandingkan secara ekonomi, memperoleh hikmah dan pemahaman adalah lebih baik daripada perniagaan emas dan perak yang makmur (Ams 3:14). Ia lebih bernilai daripada batu delima (Ams 3:15). Sebenarnya, hikmah dan pemahaman adalah lebih penting daripada apa pun yang dapat dicarimu dalam kehidupan (Ams 3:15). Keuntungan kewangan tidak memberi kebahagiaan yang kekal kepada sesiapa pun, dan itu membawa kekhuatiran dan masalah yang besar dengannya (Ams 23:4-5; Pkh 5:10-17; 1Tim 6:9-10).
Hikmah dan pemahaman akan memberimu hayat yang panjang, kekayaan, dan kemuliaan (Ams 3:16). Ia akan membawamu kesenangan dan damai sejahtera (Ams 3:17). Ia akan menjadi sumber kehidupan yang ajaib; dan jika kamu mengekalkannya, kamu akan menjadi sungguh bahagia (Ams 3:18). Tiada apa pun tawaran dunia yang dapat menandinginya. Maka harus mengapakah kita mengerah usaha lagi untuk mengejar buih-buih sabun?
Jika penjelasan tentang keajaiban manfaat hikmah dan pemahaman ini hanya separuh benar, maka kamu masih harus menjadikannya keutamaan. Tiada apa pun yang diusahakanmu akan mendekati keutamaan ini. Tetapi Salomo, raja Israel, faham apa yang ditulis dirinya. Sementara sudah menceburi segala jenis projek dan kenikmatan untuk mencari keuntungan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini, dia membuat kesimpulan bahawa hikmah dan pemahaman ialah matlamat yang paling besar (Ams 8:32-36). Percayalah usaha-usaha Salomo itu (Ams 25:2; Pkh 2:12).
Hikmah dan pemahaman mengenal dasar dan tujuan kehidupan dan bagaimana untuk berurus dengan wajar bagi setiap situasi yang dihadapinya. Orang tiada hikmah dan pemahaman adalah keliru tanpa harapan dan tidak tahu erti manusia ditempatkan di sini, dan tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan masalah-masalah kehidupan.Sebaliknya, orang yang ada hikmah dan pemahaman mendapati kehidupan ialah sebuah pengalaman yang menyenangkan dan yang aman besertakan banyak kebahagiaan. Mereka berjaya dan kaya, setaraf tahap piawai kemuliaan, dan mereka dihormati di kalangan orang yang baik.
Hikmah dan pemahaman dibina atas dasar takut akan Allah (Ams 1:7; 9:10). Ia lagi bertambah dengan menolak gagasan sendiri dan sebaliknya percaya kepada arahan Tuhan (Ams 3:5-7), yang ditemui di dalam kitab kudusNya (2Tim 3:16-17), terutamanya Amsal. Allah membangunkan Salomo dan mengilhamkan amsal-amsal pilihan ini untuk mengajar orang muda, dan setiap pembaca, hikmah dan pemahaman (Ams 1:1-4). Pembelajaran hikmah dan pemahaman haruslah dijadikan matlamat harianmu.
Setiap hari harus melibatkan rayuan kepada Allah untuk hikmah (Yak 1:5), menyangkal kebebalanmu sendiri (Ayb 33:27), menyelam Alkitab untuk hikmah (Kis 17:11), dan melakukan apa yang kamu belajar (Yak 1:22). Dengan usaha yang dikerah dalam hal-hal tersebut, kamu akan memperoleh bekalan hikmah dan pemahaman yang banyak (Ams 2:5,8; 8:17). Tetapi kamu harus berkorban untuk menjadikan itu keutamaan (Ams 18:1).
Hikmah dan pemahaman yang paling unggul dan yang paling kekal ada di dalam Tuhan Yesus Kristus (Kol 2:3). Dia telah datang untuk memberi anak-anak pilihanNya hidup yang kelimpahan, sementara mereka kian hari kian percaya dan taat dengan lebih sempurna (Yoh 10:10). Dalam Dia ada penuh sukacita yang tidak terkatakan (1Pet 1:8; 1Yoh 1:4). Percayalah kepada Dia dan ikutilah nas-nas kitabNya pada hari ini juga untuk kebahagiaan di dunia ini dan di akhirat.