3:22
Dengan demikian ia akan menjadi hidup bagi jiwamu, dan rahmat bagi lehermu.
Di sinilah seorang putera – dimahkotai dengan kehidupan dan dihiasi dengan rahmat. Di sinilah seorang lelaki atau perempuan yang berjaya – menjalani hidup yang hebat dengan reputasi yang mulia sekali. Di sinilah kemakmuran – diselamatkan daripada kehidupan yang pedih dan malu di khalayak ramai. Orang yang memegang hikmah dan budi bicara yang sihat akan ada kehidupan yang ajaib dan nama yang baik. Hai pembaca, apakah yang menghalangmu untuk menjadi seorang putera?
Amsal di sini menyimpulkan suatu ayat, yang menyatakan, “Hai anakku, jangan biar ia meninggalkan matamu, peganglah hikmah sihat dan budi bicara” (Pro 3:21). Kata nama “ia” merujuk kepada hikmah, pemahaman dan pengetahuan di dalam konteks (Ams 3:13-20). Kehidupan bagi jiwamu dan rahmat bagi lehermu berasaskan ketekunan mengikut hikmah dan budi bicara yang sihat.
Apakah hikmah yang sihat? Ia hikmah sejati, hikmah sebenar, hikmah Allah. Hikmah dunia ini – pengguguran anak, penceraian, evolusi, berkendak, kesatuan pekerja, rap, sodomi – adalah kebebalan. Orang berhikmah dunia ini – Darwin, Einstein, Marx, Sagan, Spock – ialah orang bebal (Yes 8:20; 1Cor 1:20; 2:6; 3:19). Hikmah sihat datang hanya daripada Allah dan Alkitab (Ams 2:7; 8:14; 1Tim 1:10; 2Tim 4:3-4). Ia satu-satunya hikmah yang kamu patut mahu atau patut pegang.
Apakah budi bicara? Ia tahu apa perkataan atau tindakan yang paling baik untuk apa pun situasi. Ia tahu apa, bila, mana, dan bagaimana melakukan apa pun. Ia sikap menahan diri yang menahan seseorang daripada kebebalan mudah ikut gerak hati. Ia disiplin dan sikap menyangkal diri sendiri supaya jangan menuturkan kata-kata pertama yang kamu fikir atau jangan melakukan perkara pertama yang timbul dalam fikiran. Ia penghakiman yang pandai membeza-beza dan mendiskriminasi untuk tahu pendekatan dan respon yang paling baik bagi apa pun situasi.
Apakah “hidup bagi jiwamu”? Kehidupan yang murung, disfungsi atau yang membinasa adalah seperti maut. Hikmah dan budi bicara sejati memberi kehidupan yang bahagia dan yang berjaya daripada maut ini. Ia memeliharamu daripada membuat kesalahan yang mematikan, dan ia menambah dan melanjutkan lagi kehidupan yang baik. Salomo sudah memberi penjelasan yang elok sekali akan kehidupan bahagia dalam konteks (Ams 3:13-18).
Apakah “rahmat bagi lehermu”? Hiasan atau barang kemas kerap kali dikalungkan pada leher seseorang untuk menunjukkan kemuliaan, kehormatan, atau ganjaran. Pertimbangkan rantai leher yang diberi Firaun kepada Yusuf dan yang diberi Belsyazar kepada Daniel (Kej 41:42; Dan 5:29). Hikmah dan budi bicara memperkasakan lagi dan menyanjungi reputasi seseorang, seakan-akan dia telah dianugerahkan rantai emas oleh raja yang masyhur (Ams 1:9).
Menjalani hidup bahagia dan memiliki reputasi yang baik mewajibkan hikmah dan budi bicara yang salih (Ams 4:5-13; Maz 34:12-15). Itulah pelajaran amsal ini. Tuhan Allah di syurga akan mengajar hikmah dan budi bicara kepada mana-mana orang yang akan memandang hina fikirannya sendiri, bertaubat akan dosa-dosanya, dan ikut ajaran Alkitab. Tujuan Alkitab, terutamanya Amsal, adalah untuk mengajar hikmah dan budi bicara untuk kehidupan yang berjaya (Ams 1:1-6; Maz 1:1-3; 19:7-14).