Amsal · Proverbs

3:28
Janganlah berkata kepada jiranmu, Pergi, dan kembali semula, dan esok aku akan beri; sementara itu ada padamu.

Sesuatu penangguhan boleh mengubahkan kebajikan kepada kekejaman! Jika kamu dapat membantu seseorang yang keperluan pada hari ini, janganlah tunggu. Janganlah mencadang atau berjanji untuk membantu pada masa depan. Kasih yang benar akan membantu sekarang juga!

Sesuatu penangguhan boleh mengubahkan hutang kepada pencurian! Jika kamu berhutang kepada seseorang atau sesuatu perniagaan, dan kamu dapat bayar, maka menahan bayaran itu merupakan pencurian, sebab kamu sedang memegang apa yang sebenarnya hak mereka. Jelaskan hutang itu!

Amsal yang sebelumnya mengutuk sikap tidak ingin membayar. Ia berbunyi, “Janganlah menahan kebaikan daripada mereka yang layak menerimanya, sementara kuasa ada di dalam tanganmu untuk melakukannya” (Ams 3:27). Amsal di hadapanmu ini mengutuk perbuatan menangguh-nangguhkan bayaran. Orang yang salih akan membayar kebajikan atau hutang setepat-tepatnya dengan waktunya.

Peraturan Allah bagi kejayaan termasuk aliran tunai dan pembayaran yang menepati waktu untuk kebajikan dan hutang. Ada sebab-sebab yang baik untuk membayar pada hari ini daripada hari kemudian. Hayatmu mungkin tidak mencukupi untuk melihat hari esok (Ams 27:1). Kamu mungkin hilang kemampuan yang kamu sekarang ada (Ams 23:5). Kamu akan menyebabkan orang miskin hidup sehari lagi di dalam dukacita (Yak 2:15-16; 5:1-5). Memberi sedikit pada waktu keperluan lebih baik daripada membayar lebih kemudian!

Peraturan salih untuk hikmah yang diajar oleh Raja Solomo termasuk bil bayaran, hutang, hak seseorang, gaji, kebajikan, sokongan keluarga, pemberian, dan kewajipan-kewajipan yang serupa. Jika kamu berhutang kepada sesiapapun atau dapat membantu sesiapapun, dan kamu ada wang untuk melakukannya, kamu sepatutnya memberi kepadanya pada hari ini juga.

Mengapakah mungkin seseorang berkata, “Pergi dan kembali semula, dan esok aku akan beri”? Mungkinkah ia kerana niat yang mementingkan diri sendiri yang menahan memberi untuk sehari lagi? Mungkinkah ia kerana sikap mementingkan diri sendiri yang berharapan terjadinya kelenyapan keperluan itu sebegitu sahaja? Mungkinkah ia kerana sikap mementingkan diri sendiri yang berharapan supaya orang lain yang akan memberi? Adakah ia kerana harapan yang hina agar belas kasihanmu itu akan surut? Keempat-empatnya itu memalukan!

Apabila Allah menulis hukum-hukum bagi bangsa Israel, pekerja buruh kena dibayar upah mereka setiap hari, dan orang miskin harus dipulangkan deposit jaminan mereka setiap malam (Ima 19:13; Ula 24:12-15). Allah syurgawi mengambil peduli akan butiran terperinci. Berhati-hati akan perbuatan menahan memberi!

Tarikh akhir pembayaran pada sesuatu bil atau sesuatu pinjaman ialah waktu tarikh akhirnya. Bolehkah kamu memahami itu? Tempoh sebelum tarikh akhir untuk membayar ialah hari-hari yang pemiutang mengizinkanmu mencuri daripadanya sebelum mencarimu untuk memasukkan kamu ke dalam penjara. Kamu tiada hak sebagai Kristian untuk tempoh bayaran itu. Jelaskan semua bil sebelum tarikh akhirnya. Jadilah mulia.

Suatu peraturan yang baik adalah untuk membayar bil dan hutang sewaktu ia berlaku, atau apabila ia sampai ke peti surat rumahmu. Ini menghasilkan kebebasan kewangan, dan kamu selalu bersedia untuk apa-apa kecemasan yang tidak terduga. Kehidupan yang tidak teratur dari gaji demi gaji, dan dari bil demi bil, ialah kebebalan yang menderita dan yang tidak cermat.

Jika kamu mengupah sesiapapun, baik untuk memotong rumput, untuk membaiki keretamu, mahupun untuk mengasuh anakmu, bayarlah mereka pada hari itu juga! Allah akan dimuliakan, nama baikmu akan bertambah harum, dan orang yang menerima bayaran itu akan beroleh sukacita. Mengaturkan hal kewangan yang remeh sedemikian dengan menurut cara Allah memang menjadikan semua menang – (Allah, penerima dan kamu).

Allah mengambil peduli orang miskin. Dia harap kamu juga ambil peduli, apabila mereka ada keperluan yang benar, dan kamu mampu membantu. Dia telah memberikanmu kemampuan kewangan untuk membantu mereka, jadi, kongsilah dengan bebas. Percakapan semata-mata tidak berfaedah dan tidak berbuat apapun yang baik (Yak 2:15-16; 1Yoh 3:17-18). Perbuatan itulah yang akan diambil kira (2Kor 8:11).

Memberi kepada yang miskin ialah perbuatan meminjam kepada Allah (Ams 19:17); ia membuktikan hidup yang kekal (1Yoh 3:11-24); dan ia haruslah diajar supaya dilakukan serta-merta sebaik sahaja sesuatu keperluan dikesan. Yesus Kristus menuntut orang kaya supaya bersiap dan rela untuk memberi wang, dan Dia akan memberi ganjaran kepada mereka (1Tim 6:17-19; Ibr 6:10).

Apabila seseorang jiran berada dalam keperluan, berilah kepadanya dengan secepat semungkin. Kamu boleh menghasilkan sukacita dengan suatu tindakan yang cepat. Bak kata pepatah, “Dia yang memberi dengan cepat memberi dua kali.” Suatu ciri orang yang hebat bukanlah hanya belas kasihan tetapi juga mengasihi belas kasihan (Mik 6:8). Tunjukkanlah kasih sebegitu dengan bantuan yang lekas.

Paulus telah memberi suatu peraturan seperti amsal ini apabila dia menulis, “Janganlah berhutang kepada sesiapa apa-apapun, kecuali untuk mengasihi satu sama lain” (Rom 13:8). Kamu harus membayar semua kebajikan atau hutang yang sudah tiba tarikh bayarannya, tetapi kemudian kamu masih akan berhutang untuk mengasihi jiranmu, dan inilah hukum utama yang kedua Allah.

Pencuri yang disalibkan menyeru, “Tuhan, ingatlah aku...” (Lukas 23:42). Yesus, sementara mengamalkan peraturan ini di dalam hal yang jauh lebih penting daripada wang, tidak bertangguh-tangguh untuk sehari kemudian iaitu waktu yang sudah terlambat. Dia berkata, “Pada hari ini kamu akan bersama-samaku di firdaus” (Lukas 23:43).