Amsal · Proverbs

3:27
Janganlah menahan kebaikan kepada mereka yang patut menerimanya, sementara tanganmu berkuasa untuk melakukannya.

Kamu berhutang. Dan sesetengah hutang kamu mungkin tidak tahu tentangnya. Di sinilah satu peraturan hikmah untuk menyenangkan Allah dan manusia. Kamu harus memberibarang apa yang baik kepada orang yang memerlukannya, ketika kamu mampu berbuat demikian. Hutangmu itu mungkin secara sivil, secara kerja, atau secara kewangan; atau ia mungkin hal-hal agama akan belas kasihan dan belas ihsan. Inilah peraturan yang juga diajar jelas-jelas di dalam Wasiat Baru (1Yoh 3:17). Adakah kamu sedar sepenuh-penuhnya akan hutangmu, dan adakah kamu sedang membayar itu?

Sementara konteks amsal ini tidak banyak, namun, ia dapat membantu pemahaman. Ayat yang kemudian menyatakan, "Janganlah berkata kepada jiranmu, Pergi, dan kembali semula, dan esok akan kuberi; sementara kamu ada itu padamu" (Ams 3:28). Orang yang berakhlak mulia tidak akan bertangguh-tangguh untuk membekalkan keperluan jiran-jiran mereka, ketika mereka berada dalam kedudukan untuk membantu mereka. Mereka tidak akan menghampakan jiran-jiran dengan janji-janji kemurahan pada masa depan. Allah dan Salomo telah mengajarmu belas kasihan dan belas ihsan yang sejati.

Hutang-hutang yang dikenalimu dengan baik ialah bayaran sewa, perbelanjaan kongsi, upah untuk perkhidmatan, mengembalikan barang-barang yang dipinjam, membaiki harta milik orang yang telah dirosakkanmu, mengembalikan bayaran yang orang terlebih bayar kepadamu, menggantikan apa yang dicuri, mengembalikan deposit yang tidak terpakai, dan sebagainya. Tugas untuk membayar hutang-hutang tersebut pada waktu yang tepat datang daripada hukum-hukum Allah dan peraturan sivil manusia (Rom 13:7-8). Pertimbangkan bagaimana Jehovah telah menuntut bayaran yang tepat pada waktunya bagi pekerja buruh (Ima 19:13; Ula 24:14-15).

Tetapi ada hutang-hutang yang lain, yang telah dihasilkan kewajiban belas kasihan dan belas ihsan Allah. TUHAN telah menciptakan kedua-dua orang kaya dan orang miskin (Ams 22:2). Orang kaya tidak menjadi kaya kerana kemampuan-kemampuan mereka sendiri (Maz 75:6-7; Pkh 9:11; 1Kor 4:7). Dan Allah mengharapkan mereka untuk mengongsikan sesetengah kelimpahan mereka dengan orang yang kekurangan (Maz 112:9; 1Tim 6:17-19). Sementara Allah mengharapkan orang kaya untuk mempertimbangkan orang miskin, keperluan semata-mata telah menimbulkan suatu keberhutangan.

Ketika Allah membawa seseorang ke dalam hidupmu dengan keperluan-keperluan yang sah, dan kamu ada kemampuan untuk membantu mereka, maka bantuanmu itu diperlukan. Kesalihan dan hikmah menghasilkan hutang itu. Allah mengharapkan bayaran kepada mereka, dan Dia akan menganggap kamu salah, jika kamu pilih untuk tidak membayar. Sebagai contoh, kamu ada hutang syurgawi supaya membantu balu dan anak-anak yatim yang keperluan yang Allah bawa kepadamu (Ayb 29:12-13; 31:16-23; Yes 1:17; 58:6-7; Yak 1:27).

Keperluan-keperluan sah ialah makanan, pakaian, dan tempat perlindungan (Ayb 31:19; Yes 58:7; Yeh 18:7; Yak 2:15-16). Dan hanya orang yang bekerja keras dan yang tidak membazirkan aset layak untuk belas ihsan/kebajikan/sedekah. Jika seseorang lelaki tidak bekerja, dia patut merana kelaparan (Ams 20:4; 2Tes 3:6-12). Jika dia secara kewangan adalah bebal, dia patut dilayan dengan cara yang sama (Ams 18:9; 12:27; 19:10; 30:22). Kebajikan yang salih dahulu ialah hal memungut saki baki tuaian, yang mewajibkan kerja keras mengutip sisa-sisa daripada ladang seperti gandum atau kebun anggur (Ima 19:10; 23:22).

Agama Kristian bukanlah fahaman komunis - daripada setiap orang menurut kemampuannya, kepada setiap orang menurut keperluannya, sehingga semua orang menjadi miskin. Orang kaya boleh menikmati kehidupan yang mewah, jika mereka bersiap sedia dan rela untuk membantu orang miskin (1Tim 6:17-19; Pkh 5:18-19; 9:7-10). Jika orang kaya memberi segala-galanya, maka mereka tidak akan dapat membayar segala keusahawanan yang menyediakan kerja kepada orang miskin, dan orang miskin akan dibinasakan. Fahaman komunis ialah kebebalan: lihatlah eksperimen itu di negara Rusia dan China.

Kebanyakan kebajikan harus dilakukan melalui gereja tempatanmu, iaitu tempat yang seorang pastor atau diaken dapat mengenalpastikan keperluan-keperluan sah lalu melindungi kedua-dua pemberi dan penerima daripada penyalahgunaan atau sikap berberat sebelah (Kis 4:34-37; 6:1-3; 1Tim 5:1-16). Pemberian umum sedemikian tidak melanggari peraturan Tuhan untuk merahsiakan pemberian, sementara Dia menentang orang Farisi yang mencari-cari pujian manusia (Mat 6:1-4). Alkitab menyebut nama orang dan gereja yang telah memberi dengan murah hati (yoh 12:3; Kis 4:36-37; Rom 15:26; 1Kor 16:15; 2Kor 9:1-2; Flp 4:10-19; Flm 1:4-7).

Alkitab tidak mengajarmu untuk mencari-cari orang miskin di tempat-tempat lain atau rasa keberhutangan kepada mereka. Allah yang menentukan objek-objek belas kasihan dan belas ihsan, dan bukan NGO kebajikan sosial ataupun penginjil di kaca TV. Orang salih ada hutang pertama-tama kepada saudara-saudara seiman, di mana mereka harus membekal bagi orang-orang kudus di dalam gereja tempatan mereka dan barulah kepada tempat-tempat yang lain (Mat 10:42; 25:40; Kis 2:44-45; 4:34-35; 11:29; Rom 15:26; 1Kor 16:1; 2Kor 8:4; Gal 6:10; Flm 1:5; 1Pet 4:9).

Keberhutanganmu yang kemudian ialah jiranmu, meskipun seorang yang bukan percayawan. Siapakah jiranmu? Itulah soalan yang cuba dipakai orang lain untuk mengehadkan tugas-tugas mereka kepada kawan-kawan dan teman-teman mereka sahaja. Dan itu ada jawapan yang elok daripada Yesus Kristus, anak Salomo. Jiranmu ialah sesiapa pun yang ada keperluan yang sah yang Allah dalam penyediaan nasibNya membawa bertembung denganmu dalam perlanjutan kebiasaan kehidupan (Luk 10:25-37; Gal 6:10).

Belajarlah daripada orang Samaria yang baik (Luk 10:25-37). Orang Samaria dan orang Yahudi tidak hidup bersama. Mereka tidak suka akan satu sama lain (Yoh 4:9; 8:48). Orang Yahudi itu berada dalam keadaan keperluan yang sejati, dan bukan keperluan sebuah televisyen (Luk 10:30). Orang Samaria mendapat nasib untuk bertemu dengan orang Yahudi; dan bukan mencari-cari orang Yahudi yang terluka (Luk 10:33). Orang Samaria itu tidak membiayai orang Yahudi itu; dia hanya menyelamatkannya daripada keperluannya yang terdesak. Inilah takrif Tuhan untuk mengasihi jiranmu.

Tiada di mana-mana bahagian Alkitab yang mengajar hutang kepada orang miskin sedunia. Israel harus bermurah hati kepada orang miskin bangsa mereka sendiri (Kel 23:11; Ula 15:7-11). Jika mereka cuba memberi makan kepada orang Mesir dan orang Arab, maka sumber-sumber pun tidak akan mencukupi bagi orang miskin di negara mereka sendiri. Paulus telah mengambil pemberian-pemberian menyeberangi Mediterranean khusus untuk orang-orang kudus yang miskin di Yudea sahaja, meskipun dia tidak mempedulikan anak-anak yatim di kota-kota Eropah dan Asia iaitu tempat-tempat yang Paulus menubuhkan dana itu.

Orang dan sukarelawan yang gemar kebajikan sosial mencadang untuk memberi kepada setiap orang miskin di setiap pelosok dunia supaya memperoleh pujian manusia, dan penginjil di kaca TV pun mencadangkan apa yang sama supaya memperbanyakkan lagi para penonton dan dana. Tetapi jika kamu turut mengikuti mana-mana mereka dengan konsisten, maka kamu tidak meninggalkan apa pun lagi untuk dua hutang yang telah ditugaskan Allah kepadamu - orang kudus yang miskin dan jiran yang disampaikan kepadamu melalui penyediaan nasib Allah.

Alkitab ialah hikmah suci. Pemberian-pemberian kepada banyak negara hanya membiayai dan mengesahkan kebebalan kerajaan dan kebebalan peribadi, sama seperti si lamban atau pembazir yang telah dikutuk di atas. Orang yang pilih untuk hidup di padang gurun dan beranak dengan banyak, di mana makanan dan air selalu kekurangan, patut mempertimbangkan semula tabiat-tabiat mengharapkan kerajaan dan sikap peribadi diri mereka. Allah tidak mewajibkan orang kaya untuk menaruh kekayaan mereka kepada orang miskin sedunia: mereka semata-mata harus bersiap sedia untuk memberi itu kepada dua objek belas ihsan Allah (1Tim 6:17-19; Gal 6:10).

Adakah kamu membayar hutang-hutangmu? Adakah kamu memberitahu orang-orang kudus di gerejamu bahawa kamu sedang berdoa bagi mereka? Kamu kejam benar! "Jika ada seorang saudara atau saudari telanjang, dan melarat kekurangan makanan seharian, dan salah seorang dari antara kalian berkata kepadanya, Pergi dengan damai sejahtera, panaskan badan dan isikan perut; walau bagaimanapun kalian tidak memberi mereka apa yang diperlukan tubuh; apakah keuntungannya?" (Yak 2:15-16). "Tetapi sesiapa yang mempunyai harta dunia, dan nampak saudara lelakinya dalam keperluan, lalu menutupi sanubari belas kasihan kepadanya, bagaimanakah mungkin kasih Allah berdiam di dalamnya?" (1Yoh 3:17).

Adakah kamu dengan giat menjaga ibubapamu? Jika tidak, kamu sedang membelakangkan hutang-hutangmu! Kamu sedang menyangkal iman Kristian, jika kamu tidak membayar ibubapamu bagi apa yang mereka telah buat bagimu (1Tim 5:4,8). Ia agama Yahudi yang cabul yang telah menolak sokongan ibubapa dengan membenarkan persembahan-persembahan iman berjanji yang menyangkal keperluan ibubapa (Mat 15:4-6).

Adakah kamu merancang untuk keluar pada malam ini untuk makan malam yang elok? Mengapakah tidak membawa pasangan miskin dari gerejamu atau dari antara jiran-jiranmu? Dengarlah Yesus Kristus: "Tetapi apabila kamu menyiapkan suatu jamuan, panggillah orang miskin, orang cacat, orang tempang, dan orang buta: dan kamu akan diberkati; kerana mereka tidak dapat membayarmu semula: sebab kamu akan diberi pampasan pada waktu kebangkitan orang benar" (Luk 14:13-14).

Allah Yang Berbahagia di syurga tidak menahan kebaikan keselamatan daripada orang-orang pilihanNya, meskipun mereka tidak layak untuk menerima apa pun melainkan hukuman dan penglaknatan di kekekalan (Rom 5:6-10). Dia dengan percuma menyerah AnakNya yang tunggal dan setiap berkat yang lain juga sebagai pemberian (Rom 8:32). Mampukah kamu mengikuti teladanNya pada kadar yang paling kecil pun? Maka bayarlah hutangmu! Pada hari ini juga! Ada berkat-berkat dalam hal memberi yang hanya dapat dialami orang yang percaya kepada Alkitab dan Yesus Kristus (Ams 11:24-25; Pkh 11:1; Luk 6:38; Kis 20:35; 2Kor 9:12-14).