30:12
Ada suatu generasi yang suci di pandangan mereka sendiri, namun tidak dibasuh daripada kenajisan mereka.
Nabi Agur mengajar hikmah berilham untuk kehidupanmu dengan beberapa set pelajaran yang mengandungi empat perkara (Ams 30:11-31). Dia bermula dengan empat jenis orang, dan mengenalpastikan mereka dengan dosa-dosa yang teliti. Amsal ini ialah kedua daripada empat dosa itu. Kebanyakan orang dengan bebal menganggap diri sendiri benar pada tahap masing-masing, tetapi sesetengah orang bongkak dengan luar biasa dalam keangkuhan dan keyakinan peribadi atau keangkuhan dan keyakinan keagamaan.
Generasi di sini bermaksud jenis orang, sebab ia kekurangan kata ganti penunjuk atau apa pun penerang bagi suatu jangka masa. Ia bukan nubuat untuk masa depan, ketika manusia akan menjadi bongkak, kerana semua zaman ada yang demikian. Ia bukan nubuat akan orang jahat pada zaman Kristus, sebab pemakaian demikian akan menjadi ganjil di Amsal tanpa hikmah praktikal untuk kehidupan.
Maksud empat generasi melebihi maksud empat jenis pembawaan – melankolia, flegmatik, sanguin, dan kolerik – meskipun setiap pembawaan adanya kecenderungan-kecenderungan yang berdosa. Pelajaran di sini melebihi maksud kecenderungan: ia merupakan empat jenis orang dengan dosa-dosa yang spesifik. Jangan ingin menentukan pembawaan bagi setiap generasi, tetapi sebaliknya biar kita belajar dosa dan hikmah pembetulan yang diperlukan bagi setiap jenis orang.
Generasi yang kedua, atau jenis orang, bersikap menganggap diri sendiri benar tentang kesucian. Dia ada hati yang bongkak terhadap firman Allah, dengan menganggap bahawa ia kurang berkenaan kepada dirinya. Dengan keyakinan kepada hikmah sendiri dan kepada tahap kekudusan sendiri, dia memandang rendah orang lain sebagai orang yang kekurangan dan menganggap dirinya tuan mereka dari segi fikiran, pertuturan, dan perangai. Dia rasa bahawa Allah berhutang untuk menerimanya dan akan pasti berbuat demikian. Dia rasa kurang perlu untuk menyelidiki diri sendiri atau mengadakan pertaubatan peribadi.
Apakah sikap menganggap diri sendiri benar? Ia merupakan perempuan yang memandang hina penzina, sementara menipu suaminya enam malam seminggu (1Kor 7:1-5). Ia kebebalan yang memikir suatu khutbah tentang lidah adalah untuk orang lain (2Kor 13:5). Ia merupakan perempuan yang gemuk gedempol yang memakan dua pinggan pencuci mulut, namun mengutuk penggunaan wain (Luk 21:34). Ia merupakan perempuan yang jelek yang membenci untuk belajar budi baik (Ams 27:22). Ia merupakan budak yang bongkak yang mengolok-olok suatu amaran dan menyangkal ia dapat terjadi kepada dirinya (1Kor 10:12).
Ia Simon, orang Farisi, yang memandang hina perempuan berdosa di kaki Yesus (Luk 7:36-50). Ia orang Farisi yang bersyukur kepada Allah bahawa dia tidak seteruk seperti pemungut cukai (Luk 18:9-14). Ia orang Yahudi yang mengutuk orang yang telah dilahir buta dan ibubapanya (Yoh 9:13-34). Ia orang yang tidak mahu menyatakan bahawa dia insaf, meskipun dia dibuktikan salah. Ia perbuatan memegah diri tentang mengenal Allah, tetapi tidak dapat berdamai dengan orang lain. Ia menyatakan bahawa Roh mengajarmu tanpa Alkitab.
Ada pelajaran-pelajaran untuk ditemui melalui kajian (Ams 1:6). Dunia selalu ada orang yang bongkak dan yang menganggap diri sendiri benar. Apakah yang harus kamu belajar? Ada sekurang-kurangnya lima pelajaran: Allah membenci sikap menganggap diri sendiri benar; Dia hanya menerima orang yang rendah hati; kamu harus belajar untuk membenci dosa ini; kamu harus mengelak apa pun kecenderungan terhadapnya; kamu harus mendidik tentangnya dengan menyeluruh sampai dosa ini disingkirkan daripada anak-anakmu.
Allah membenci orang yang menganggap diri sendiri benar. Dia mengutuk orang Yahudi yang angkuh dengan berkata, “Aku lebih kudus daripadamu” (Yes 65:1-7). Yesus membidas para pemimpin agama pada zamannya kerana bersikap menganggap diri sendiri benar (Luk 16:15; 18:9-14). Mereka telah mencabuli hukum Allah dengan penjelasan-penjelasan yang palsu (Luk 10:25-37), dan mereka membenci para pendosa (Luk 7:36-50). Yesus tidak datang untuk menyelamatkan orang yang menganggap diri sendiri benar, dan Dia berharap supaya murid-muridNya melebihi tahap-tahap orang demikian yang teruk itu (Mat 5:20; Mar 2:15-17).
Allah mengasihi orang yang miskin dalam roh – orang yang remuk dan sesal akan dosa-dosa mereka dan keadaan mereka yang penuh dosa (Maz 34:18; 51:16-17; 138:6; Yes 57:15; 66:2). Yesus datang ke dalam dunia ini untuk menyelamatkan para pendosa, tetapi Dia memberi rahmat kepada orang yang rendah hati (1Pet 5:5-6). Orang yang miskin dalam roh ialah para pewaris syurga (Mat 5:3). Jika kamu datang kepada Yesus Kristus dengan cara apa pun yang lain, Dia tidak akan menyambutmu (Mar 2:17).
Kamu harus membenci sikap menganggap diri sendiri benar, sebab ia dosa yang sungguh melaknatkan diri. Sesekali sikap itu dibenarkan ke dalam fikiranmu, kamu akan menolak pembetulan dan arahan yang kamu perlu untuk menyenangkan Allah, sebab kamu akan percaya bahawa kamu bebas daripada kesalahan-kesalahan yang serius (Ams 26:12; Gal 6:3). Kamu akan membenci ibubapa atau para pastor yang cuba memperbetulkanmu, menegurmu, mengajarmu, atau memberi amaran kepadamu. Kamu harus menjadi seorang bebal, mengakui dirimu bukan apa-apa, dan membenci hatimu sendiri (Yer 17:9; 1Kor 3:18; Efe 3:8).
Kamu tidak mampu ada apa pun perdayaan diri dalam hal ini. Kamu seorang pendosa, dengan keinginan yang berdosa, dan dengan kecenderungan yang berdosa. Oleh sebab itu, kamu harus mengenakan segala khutbah dan ajaran kepada dirimu sendiri, dan bukan kepada orang lain. Si munafik yang mahu mengeluarkan selumbar daripada mata orang lain sementara adanya balak dalam matanya sendiri ada masalah yang teruk dengan sikap menganggap diri sendiri benar (Mat 7:3-5). Kamu harus membenci fikiran mengeraskan hatimu terhadap arahan (Ams 28:14).
Didiklah anak-anakmu untuk bersikap rendah hati, remuk bagi dosa, dan sesal bagi kesalahan-kesalahan. Jika kamu tidak, mereka akan menjadi dewasa dengan perdayaan yang menganggap diri sendiri benar yang akan membinasakan diri mereka. Mereka akan menolak arahan, memandang rendah orang lain, dan memprovokasi Tuhan sehingga menjadi musuh mereka. Sanjungilah tahap-tahap kudus Allah dan ajarlah mereka sikap mengkritik diri sendiri dan sikap menyelidiki diri sendiri lebih daripada harga diri. Ajarlah mereka bahawa tanpa rahmat Allah melalui Yesus Kristus mereka sememangnya sesat sama sekali.
Ini yang bertentangan dengan jenis orang amsal ini: ada generasi yang sangat najis di pandangan mereka sendiri, namun mereka dibasuh sepenuhnya sehingga suci daripada segala kenajisan mereka – orang yang percaya pada Tuhan Yesus Kristus – orang pilihan Allah. Yesus membasuh mereka daripada dosa-dosa mereka dalam darahNya sendiri (Wah 1:5; 7:14; 1Kor 6:11). Sudahkah kamu menemui mata air yang telah dibuka di Yerusalem bagi dosa dan kenajisan (Zak 13:1)? Ia ditemui oleh iman kepada Yesus, Anak Allah (Yoh 3:18).