Amsal · Proverbs

30:11
Ada suatu generasi yang mengutuki ayah mereka, dan yang tidak memberkati ibu mereka.

Nabi Agur mengajar hikmah berilham untuk kehidupanmu dengan beberapa set pelajaran yang mengandungi empat perkara (Ams 30:11-31). Dia bermula dengan empat jenis orang yang dikenalpastikan oleh dosa yang tertentu. Anak-anak dengan bebal tidak menghormati ibubapa pada kadar yang berlainan, tetapi sesetengah adalah babil dan cabul dengan tersendiri. Mereka mengutuki ayah mereka, dan mereka tidak akan memberkati ibu mereka. Mereka merupakan raksasa yang kejam.

Generasi di sini bermaksud jenis orang, sebab ia kekurangan kata ganti penunjuk atau apa pun penerang bagi suatu jangka masa. Ia bukan nubuat untuk masa depan, ketika manusia akan menjadi bongkak, kerana semua zaman ada yang demikian. Ia bukan nubuat akan orang jahat pada zaman Kristus, sebab pemakaian demikian akan menjadi ganjil di Amsal tanpa hikmah praktikal untuk kehidupan.

Maksud empat generasi melebihi maksud empat jenis pembawaan – melankolia, flegmatik, sanguin, dan kolerik – meskipun setiap pembawaan adanya kecenderungan-kecenderungan yang berdosa. Pelajaran di sini melebihi maksud kecenderungan: ia merupakan empat jenis orang dengan dosa-dosa yang spesifik. Jangan ingin menentukan pembawaan bagi setiap generasi, tetapi sebaliknya biar kita belajar dosa dan hikmah pembetulan yang diperlukan bagi setiap jenis orang.

Generasi yang pertama, atau jenis orang jahat, adalah kejam dan memberontak terhadap ibubapa. Dia menunjukkan hati yang keji terhadap kekuasaan, yakni kekuasaan yang pertama dan yang paling menyayangi yang kamu ada dalam kehidupan. Ibubapamu memegang jawatan yang Allah mewajibkanmu menyegani dan menghormati. Jika kamu tidak boleh belajar daripada pelajaran mudah ini yang pertama tentang kekuasaan, kehidupanmu akan sudah pasti sukar dan pedih.

Pemberontakan jenis orang yang cabul ini menyebabkannya mengutuki ayahnya – keinginan atau niat bagi meluka atau mematikan ayah. Dia juga tidak akan menyebut atau berbuat apa pun yang baik hati kepada perempuan yang telah melahirkannya. Si iblis ini tidak layak untuk nafas udara yang ia cemarkan. Allah Yang Maha Kudus menganggap jenayah sedemikian layak untuk hukuman yang keras (Ams 20:20; 30:17; Kel 21:17; Ima 20:9; Ula 27:16).

Kanak-kanak pada zaman kini paling kurang menghormati dan mentaati ibubapa. Hikmah amsal ini adalah penting supaya dunia berwaspada, tetapi kebanyakan orang tidak akan mengambil masa untuk mengetahui kewujudan amsal ini pun. Kemakmuran dan kejayaan masa depanmu di hadapan Allah dan manusia bergantung kepada ketaatan teliti dan menghormati ibubapa. Akankah kamu belajar hikmah dan mengutuki generasi ini?

Amsal kerap kali ada pelajaran yang terselindung untuk ditemui (Ams 1:6). Ada lima pelajaran di sini untuk belajar: Allah menghormati ibubapa setinggi-tingginya; hikmah mengutuki anak-anak nakal ini kepada penghakiman yang keras; kamu harus mengelak apa pun kecenderungan kepada dosa ini; kamu harus melatihnya keluar daripada anak-anakmu; dan kamu harus memakai pelajaran yang sama kepada semua lingkungan kekuasaan manusia yang telah ditahbiskan Allah.

Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan, menciptakan keinginan mereka untuk persetubuhan intim dan potensinya menghasilkan anak, yang dihadkan kepada perkahwinan, mentahbiskan jawatan orang tua, membahagikan jawatan itu kepada kaum ayah dan kaum ibu, memberi mereka kekuasaan besar dan kemuliaan, memilih lelaki dan perempuan yang spesifik sebagai ibubapamu, dan memberimu kepada mereka dalam keadaan kebergantungan sepenuhnya dan jahil.

Mereka mempunyai kuasa hidup dan maut ke atasmu untuk banyak tahun, dan kehidupanmu pada hari ini adalah hampir sama sekali suatu hasil daripada gabungan genetik mereka, teladan dan didikan mereka, dan bekalan mereka bagi keperluanmu dan pendidikanmu. Kedaulatan Allah atas kehidupanmu dilihat melalui kesan-kesan pemilihan ibubapa bagimu. Dia tahu Dia menjadikan pilihan yang sempurna bagimu. Adakah kamu tahu?

Allah tidak meminta pendapatmu sebelum Dia memilih ibubapamu, dan Dia tidak peduli akan itu sekarang. Kekuasaan ibubapa adalah daripada Allah, dan Alkitab dengan cukup jelas menyatakan fakta yang asas ini. Memandangkan Allah telah mentahbiskan jawatan yang intim dan yang peribadi ini ke atas kamu, dan memandangkan ia melibatkan ketaatan dan kehormatan yang kamu harus beri sepanjang jangka hayatmu, ia suatu hal yang sungguh penting.

Pembiakan dan ibubapa tidak dihasilkan evolusi lendir purbakala dan tidak dihasilkan monyet yang pandai mengayun di pokok, seperti yang dicadangkan si dungu yang terpelajar pada zaman kini dalam kebencian Allah dan Alkitab. Kekuasaan ibubapa adalah melalui hikmah ilahi yang sempurna. Jehovah mentahbiskan jawatan ibubapa, dan Dia telah memberi hukum yang tegas untuk mentakrifkannya, hukuman-hukuman yang keras untuk pelanggaran, dan ganjaran yang besar untuk ketaatan (Ams 20:20; 23:22; 30:17; Kel 20:12; 21:15,17; Ima 20:9; Ula 21:18-21; 27:16; Efe 6:1-3).

Kamu harus taat dan menghormati ibubapamu, tidak kira umur mereka (Ams 23:22). Ia kurang bergantung kepada cara mereka melayanimu, sebab Allah yang mentahbiskan jawatan dan orang yang mengisi jawatan itu (Rom 13:1-7; 1Pet 2:18-21). Kehormatan adalah lebih luas daripada ketaatan, dan ia bermaksud melayani mereka dengan sikap prihatin yang hormat. Sementara mereka menjagamu sejak kamu kebergantungan sepenuhnya, kamu berhutang menjaga mereka dengan sama pada umur yang tua (1Tim 5:4). Adakah kamu melayani ibubapamu dengan sungguh berbeza daripada generasi jahat yang disebut amsal ini?

Kamu juga harus mengajar hikmah ini kepada anak-anakmu dan menguatkuasakan ketaatan mereka, supaya jangan mereka membinasakan damai sejahteramu dan membawa kutuk Allah ke atas kehidupan mereka yang disfungsi (Ams 13:24; 19:18; 22:6,15; 23:13-14; 29:15). Allah telah memberi mereka kepadamu dengan jahil sepenuhnya dan dengan kekosongan moral, dan ia tugasmu untuk membentuk kehendak mereka untuk tunduk kepada kekuasaan yang telah ditahbiskan Allah. Jika kamu mengabaikan tugas ini, kamu membenci anak-anakmu dan dirimu sendiri (Ams 3:12; 10:1; 13:24; 17:21,25).

Hikmah adanya ganjaran (Ams 3:13-18; 4:5-9). Mentaati Alkitab adanya ganjaran (Maz 19:11; Yak 1:25). Allah tidak pernah melupakan perbuatan baikmu (Maz 112:1-3; Ibr 6:10). Dia menjanjikan ganjaran untuk menghormati ibubapa, dan ia merupakan perintah pertama yang Dia buat untuk itu (Efe 6:1-3). Mengingkari ibubapa akan rugi dua kali, sebab kamu akan kehilangan berkatNya dan akan juga dibinasakan dengan pedih sekali.

Apakah ganjaran yang dijanjikan untuk membaca amsal ini dan menghormati ibubapamu dengan lebih baik? Allah berjanji untuk memberkatimu dengan umur panjang dan semua akan melanjut dengan baik bagimu (Efe 6:1-3). Jika kamu mahu kesihatan, pasangan, kerja, anak-anak, perlindungan, dan sebagainya yang hebat, maka hormatilah ibubapamu dengan menentang sikap generasi yang durjana ini. Betapa mudahnya peraturan ini untuk berkatmu yang pasti!

Pelajaran ini melebihi ibubapa kepada semua kekuasaan. Si bedebah durjana yang membenci dan menyangkal ibubapanya akan ada masalah dengan kekuasaan di perkahwinan, di tempat kerja, di masyarakat, dan di gereja. Allah menganggap darjatnya tidak melebihi anjing yang berpenyakit rabis (Yud 1:8-10; 2Pet 2:10-12). Orang yang percaya ajaran Darwin adalah kerap kali terkejut dengan kekejaman dunia, tetapi mereka terlalu angkuh dan jahil untuk mengakui kegagalan mereka untuk mengikuti hukum-hukum Allah untuk kehormatan ibubapa.

Kamu hidup pada masa membahayakan di zaman akhir, ketika jenama Kristian yang keperempuanan telah mencemarkan kesalihan Alkitab, dan salah satu ciri yang berbahaya ialah tidak taat kepada ibubapa (2Tim 3:1-7). Apakah rawatannya? Khutbah sihat firman Allah yang berilham (2Tim 3:144:4). Bagaimanakah ia harus dikhutbahkan? Dengan kuasa yang berguruh, seperti Yohanes Pembaptis telah buat untuk mendamaikan perhubungan ibubapa dan anak pada generasinya (Mal 4:5-6; Luk 1:17).

Yesus dari Nazaret, walaupun merupakan Sang Pencipta dalam sifat keilahianNya, Anak Allah yang tersayang, dan Penguasa para raja di bumi, telah memilih untuk menunduk kepada ibubapanya yang miskin dan yang terpencil, Yusuf dan Maria (Luk 2:51). Meskipun sedang mati di salib Rom di Kalvari, Dia menugaskan Yohanes untuk menjaga ibunya untuk sepanjang hayatnya (Yoh 19:26-27). Biar teladan yang kudus ini menginsafkan dan memandu dirimu kepada perbuatan memberkati kedua-dua orang tuamu dalam tutur kata dan dalam perilaku.