Amsal · Proverbs

30:17
Mata yang mengolok-olok bapanya, dan yang benci mentaati ibunya, burung-burung gagak dari lembah akan mematuknya keluar, dan burung-burung helang akan memakannya

Berapakah buruknya seorang anak remaja yang menjeling mata terhadap ibubapanya? Allah menyampaikan jawapanNya menerusi pena nabi Agur. Burung-burung yang pemangsa akan mengoyak keluar biji mata anak-anak yang sebegitu jahat lalu memakannya! Allah akan menjadikan mereka suatu tontonan umum dengan penghakiman yang ngeri bagi jenayah durjana ini terhadap ayah dan ibu. Betapa lebih banyak terhadap sikap biadap yang biasa diizinkan pada zaman kini!

Adakah amsal ini tidak relevan pada abad yang ke-21 ini, seperti kebanyakan orang zaman keperempuanan dan pemberontakan ini akan berkata? Kamu harus memilih – Alkitab berilham Allah adalah salah, atau ketetapan-ketetapan dekriNya adalah betul. Ayah Salomo, Daud telah menulis tentang hukum-hukum Allah, “Maka aku menyanjungi segala ketetapanmu akan segalanya sebagai betul; dan aku benci setiap jalan palsu” (Maz 119:128).

Jika kamu salah seorang dari kalangan orang yang jarang fikirannya dan yang masih wujud di bumi ini, maka kamu tahu bahawa ada sesuatu yang tak kena, kerana ketidakhormatan terhadap kekuasaan bagi segala lapisan masyarakat dan di setiap lingkungan kekuasaan sungguh mengelirukan dan mencemaskan. Perbezaan perubahan di dalam beberapa dekad kebelakangan ini sangat ketara. Tetapi apakah penyebabnya? Apakah rawatannya? Apakah masa depan masyarakat kalau tidak kembali kepada sikap hormat terhadap kekuasaan?

Ibubapa ialah kekuasan pertama yang ditemui kanak-kanak dalam kehidupan. Jika mereka tidak belajar untuk mentaati dan menghormati ibubapa, maka mereka akan tidak mempedulikan kekuasaan-kekuasaan lain. Air muka yang biadap kepada ibubapa pun harus dihukum. Allah membenci pandangan, isyarat, dan perangai yang tidak hormat kepada ibubapa, maka amsal ini ialah tambahan kepada kecaman Allah terhadap kesalahan percakapan menentang ibubapa (Ams 20:20; 30:11).

Pendirian kuat bagi hal kehormatan terhadap ibubapa sudah lesap pada zaman ini, walaupun nenek moyangmu mengenal itu dengan elok sekali. Hasil terjadinya muda mudi yang suka memberontak, yang disfungsi, yang mementingkan diri sendiri dan yang malas tidak harus menjadikanmu terkejut. Suatu tema utama bagi kenikmatan lawak jenaka pada hari ini, dan aktiviti seharian di kebanyakan rumah tangga ialah ketidakhormatan yang terang-terangan terhadap ibubapa. Amsal ini berbunyi ketinggalan zaman di dunia yang moden ini.

Tetapi firman Allah Jehovah tidak pernah salah, dan orang yang memperlekehkanNya akan memakan buah hasil itu – masalah dan kepedihan daripada anak-anaknya dan daripada TUHAN (Ams 13:15; Yes 1:19-20). Kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan bergantung kepada hal merendahkan dirimu di hadapan firman Allah dan belajar hikmah, tidak kira apa pun yang difikir atau yang disebut dunia (Ams 1:20-33; 13:13; 15:32).

Orang yang hebat di generasi yang dahulukala – orang yang berprinsip tinggi, yang mulia, dan yang berakhlak tidak tercela – tidak pernah dibenarkan untuk mengucapkan kata-kata dan membuat perangai yang sombong dan yang memberontak terhadap ibubapa. Tetapi kesalahan tersebut sudah hampir sejagat pada zaman ini. Maka kamu patut tidak hairan akan penularan di dunia masalah kekurangan orang yang setanding dengan para pemimpin hebat dari dahulukala.

Agur memakai mata sebagai kiasan sinekdok bagi air muka. Dan maksud Agur melebihi otot dan membran mukus yang ada pada lesung mata. Tidak ada biji mata yang pandai menonjolkan ketidakhormatan terhadap kekuasaan kalau hati tidak mengarahkannya berbuat demikian. Jika mata ialah tingkap kepada jiwa, maka berjaga-jagalah supaya tiada ketidakhormatan yang kelihatan dalam hati terhadap mana-mana satu ibubapa.

Mengolok-olok ialah ketidakhormatan yang bongkak melalui ejekan atau cemuh. Kita memanggilnya, “menjeling mata”, dengan rasa keji atau rasa benci. Itu sudah biasa sekarang, dan apa pun gagasan untuk menghukum anak bagi wajah dan perangai yang tidak hormat sudah bertahun-tahun diketepikan oleh masyarakat. Dan setiap orang di masyarakat menderita kesan-kesan generasi yang angkuh dan yang suka memberontak ini. Tetapi Allah membenci ketidakhormatan demikian.

Memandang keji hal menghormati ibu di sini ialah air muka yang tidak sopan untuk menolak permintaan ibu. Kebanyakan ibu pada zaman kini sudah berputus asa dalam usaha mendapatkan anak remajanya membantu atau berbuat sesuatu yang berhasil. Orang remaja tersebut dengan bongkak dan dengan malas berniat untuk mengikut rancangan sendiri, dan hati nurani mereka sudah kebas terhadap dosa tidak peduli, mengolok-olok, atau menyangkal permintaan ibubapa.

Allah mempersembahkan anak nakal ini sebagai umpan kepada burung-burung pemangsa yang ada paruh yang cangkuk dan cakar yang panjang untuk mengoyak keluar biji mata dan memakannya. Walaupun kata-kata tersebut tidak mesra politik di masyarakat yang suka memanja ini, ia dengan cukup jelas menggambarkan pendapat Allah akan anak-anak yang tidak hormat. Anak-anak bebal sedemikian akan mati di bawah penghakiman kasar Allah Yang Maha Kuasa, Yang mempertahankan jawatan-jawatan yang telah ditahbiskanNya.

Kedua-dua ibubapa termasuk dalam hal kehormatan. Ibu harus disanjungi dan disegani sama rata dengan ayah, dan seorang ayah yang berhikmah akan menuntut dan menguatkuasa hormat yang sebegitu bagi isterinya. Dua orang ibubapa diperlukan untuk mensenyawakan seorang anak, dan ia biasanya dua ibubapa yang menyediakan segalanya bagi anak itu mencapai kematangan. Orang yang berumur 30 tahun pun mungkin masih tidak matang pada zaman kini.

Hai pembaca, Allah Yang Maha Kudus di syurga telah memilih hukuman mati untuk jenayah penghinaan ibubapa. Adakah kamu bersetuju dengan Allah tentang itu? Atau adakah kamu fikir bahawa ketetapan yang sebegitu keras dari Hukum Musa sudah ketinggalan, keterlampauan, dan ketiadaan nilai? Musa telah menulis, “Terkutuklah dia yang memperlekehkan bapanya atau ibunya. Dan rakyat semua akan berkata, Amin” (Ula 27:16).

Petikan Alkitab yang tersebut boleh dijadikan suatu pembacaan yang sungguh merangsangkan bagi konfrensi orang muda. Atau lebih baik, ia harus dipakai untuk penggubahan sebuah lagu untuk dinyanyikan berkelompok. James Dobson patut menyiarkannya pada permulaan dan pengakhiran program radionya, “Focus On The Family” [Tumpu Kepada Keluarga]. Itu akan menimbulkan tumpuan yang benar-benar mendidik sebuah keluarga yang salih!

Para pembaca yang salih akan bersetuju dengan TUHAN bagi topik ini. Dia telah memerintahkan hukuman mati bagi anak yang degil dan yang suka memberontak (Ula 21:18-21). Rumah tangga akan menjadi bahagia dan hal mendidik anak akan dipermudahkan, jika anak dihukum mati di khalayak ramai bagi tontonan semua orang supaya beroleh takut. Allah juga memerintahkan hukuman mati bagi jenayah mengutuk ibubapa (Kel 21:17; Ima 20:9) dan jenayah memukul ibubapa (Kel 21:15).

Sudah tentulah, Allah telah memberi perintah-perintah ini kepada Israel 3500 tahun dahulu, ketika gereja dan kerajaan sivil bergabung bersama. Ibubapa yang hidup di masyarakat yang moden tidak boleh dan tidak patut sendiri memakai Hukum Musa. Tetapi mereka boleh belajar kebencian Allah akan ketidakhormatan terhadap ibubapa dan berbuat apa yang dapat dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan kesalihan, keterkawalan, dan sikap hormat dalam kanak-kanak mereka di rumah.

Ketika Absalom berani memandai untuk menentang ayahnya Daud, yang juga seorang raja, TUHAN menggantung dia pada rambutnya di atas pokok sebagai latihan sasar damak oleh musuh peribadinya (2Sam 18:9-18). Ketika empat puluh dua budak kecil mengolok-olok Elisa, dia mengutuk mereka dalam nama TUHAN; dan Allah menghormati Elisa dengan membawa dua beruang bentina yang mengoyak-ngoyak mereka bagi olok-olok mereka (2Raj 2:23-24).

Kamu hidup pada masa yang membahayakan yang generasinya berserah kepada sikap mengasihi diri sendiri, sikap memberontak terhadap ibubapa, dan kegilaan kenikmatan (2Tim 3:1-5). Dan dakwaan ini ialah hakikat keadaan orang Kristian, bukan orang kafir di luar yang sudah dari dahulu bersikap demikian (Rom 1:29-31). Hamba-hamba Allah yang segelintir itu harus memakai tukul dan api firman Allah terhadap fikiran yang sebegitu longgar (Yer 23:28-29; 2Tim 4:1-4).

Hai ibubapa, pada umur yang kecil, kamu harus mendidik anak dalam jalan Allah. Pada umur yang paling awal ketika sudah ada kesedaran pemahaman, kanak-kanak haruslah diajar untuk menyegani ibubapa. Sedikit tanda semangat pemberontak pun – yang ternampak pada wajah, tanda-tanda isyarat, atau perangai – harus ditangani dengan serta-merta dan dengan keras-keras. Tiada ruang bagi kompromi bagi hal ini.

Ucapan yang tidak hormat, menjeling mata, menggoyang kepala, memandang ke tempat lain dengan mata ketika ditegur, menghempaskan pintu berdentam, mata bernyala-nyala dengan pemberontakan, hidung yang berkedut-kedut, mata muram yang tidak mempedulikan ibubapa, jawapan-jawapan yang lancang, enggan berjawab, atau mata bebal yang main gurau tidak hormat, tidak boleh dibiarkan berterusan. Perbetulkan itu dari awal-awal lagi, dan anak-anakmu akan memberimu istirahat dan damai sejahtera (Ams 19:18; 29:15,17).

Jika kamu berkompromi, maka kamu berbuat salah terhadapSang Pencipta dan Hakim kepada ibubapa, dan Dia akan membawa penghakimanNya kepadamu kerana mengabaikan tugasmu dan mengolok-olok hukumNya. Genapilah tugas ilahimu: siapkan anak-anakmu untuk melayani dengan mulia di bawah mana-mana kekuasaan. Mereka sendiri akan menjadi lebih bahagia, dengan mendapati bahawa perhubungan terjamin, damai sejahtera dan kehormatan adalah jauh lebih unggul daripada kemarahan, kepahitan, dan pemberontakan. Kamu sendiri akan bahagia juga (Ams 23:24-25).

Jika kamu percaya akan amsal ini, rendahkanlah dirimu di depan hikmahnya, dan pakailah jalan-jalan yang wajar untuk menguatkuasakan kehormatan keibubapaanmu di rumah tanggamu. Allah akan memberkatimu kerana berbuat demikian (Maz 112:1-3; Ams 20:7). Ingatkanlah anak-anakmu bahawa apa yang bertentangan dengan amsal ini ialah janji Allah yang berbudi baik dan yang menakjubkan iaitu kehidupan yang panjang umur dan yang berbahagia kerana menghormati ibubapa (Kel 20:12; Efe 6:1-3).

Jika kamu bukan ibubapa, tetapi sebaliknya seorang anak, atau kedua-dua ibubapa dan anak, pastikan bahawa kamu bertaubat kepada Allah dan ibubapamu bagi apa pun dosa tidak hormat dari dahulukala. Bertekad dalam hatimu bahawa kamu akan berdiri menentang generasi yang cabul ini dengan melayani ibubapa seperti yang diingini Allah. Bertekad dalam hatimu ketika Allah memberimu anak, supaya membangunkan mereka dengan firmanNya.

Yesus mengajar untuk menghormati ibubapa, dan Dia mengulangi amaran hukuman mati (Mat 15:4). Paulus mengajar tugas akan kehormatan ibubapa dua kali (Efe 6:1-3; Kol 3:20), dan dia menganggap adanya kebiasaan keseganan kepada kaum ayah ketika berhujahan tentang teologi (Ibr 12:9). Topik ini bukan aspek upacara agama Israel yang telah dibatalkan – ia merupakan hukum moral Allah yang masih berlanjutan bagi kanak-kanak dan ibubapa.

Sementara amsal ini telah mengingatkanmu akan kehormatan yang kamu hutang kepada bapamu, maka pastikan dirimu menghormati Bapamu di syurga, sebab Dia terkilan kalau kamu berbuat yang pertama itu dan tidak berbuat yang kedua pula (Mal 1:6). KeunggulanNya tidak terhingga kalau dibandingkan dengan mana-mana pun bapa, dan Dia layak diberi kehormatan dan keseganan yang lebih besar dengan tidak terhingga. Semoga segala kehormatan akhirnya tertuju kepada Allah Sendiri.