30:16
Kubur; dan rahim yang mandul; bumi yang tidak dipenuhi air; dan api yang tidak pernah berkata, Cukup.
Ketidakpuasan ialah jenayah yang teruk. Ia tanda si penghisap darah (Ams 30:15). Orang yang tidak pernah berpuas hati dibandingkan di sini dengan empat benda yang lain yang tidak pernah puas. Kubur, rahim yang mandul, tanah yang kering, dan api yang memarak menggambarkan dosa ketidakpuasan.
Orang bebal tidak pernah bahagia. Dia suka perak, memperoleh sedikit, tetapi dia tidak puas hati, sebab dia mahu lagi (Pkh 5:10). Dia kahwin perempuan yang cantik, tetapi dia bernafsu untuk isteri orang lain (Yer 5:8). Kedambaan, suatu dosa yang jijik, menahan daripada manusia kepuasan, damai sejahtera, atau rasa senang hati.
Nafsu manusia berlanjutan untuk tamak berdamba dan mencari kenikmatan tanpa kepedulian kalau ia berdosa atau tidak. Nafsu mereka yang berdosa dan yang kedagingan tidak pernah mencapai kepuasan untuk sebaliknya berpaling kepada kesalihan atau kewajaran. Mereka kekal dengan tidak terhingga mengejar kepuasan yang sia-sia di dalam sampah dunia.
Kubur tidak pernah puas-puas. Tidak kira betapa banyak orang dikuburkan pada hari ini, tapak perkuburan akan menelan lebih pada hari esok. Ia akan ada ruang bagimu ketika ia giliranmu. Jangan khuatir tentang tiada ruang di kawasan ini. Walaupun kematian menolak beribu-ribu daripada bilangan manusia, masih akan ada lagi. Kubur tidak pernah berkata, “Sudah cukup!” Ia ada keinginan yang tidak terhingga untuk jenazah manusia.
Rahim yang mandul tidak pernah puas-puas. Perempuan zaman kini yang sudah mencapai hak kebebasan wanita tidak diambil kira – mereka sudah mencabuli peranan wanita. Pada zaman Alkitab, perempuan mendambakan anak. Rahel berkata kepada suaminya, Yakub, “Berilah aku anak, kalau tidak aku akan mati” (Kej 30:1). Rahim yang mandul ada keinginan yang tidak terhingga bagi anak. Allah menempatkan suatu keinginan untuk anak dalam kaum perempuan, dan mereka mendambakan anak.
Bumi yang tidak diisi dengan air tidak pernah puas-puas. Tanah yang kering menyerap air yang dikenakan kepadanya dan ia masih kering. Air lesap, dan tanah menuntut lebih air. Walaupun banyak air sudah dibekalkan, ia masih ingin lagi. Tanah kering ada keinginan yang tidak terhingga bagi air. Hujan di tanah demikian cepat diserap, dan tanah tersebut memerlukan lagi banyak air. Ia tidak pernah diisi penuh.
Api yang memarak tidak pernah puas-puas. Janji ia mendapat bahan bakar, ia akan kekal menyala. Ia tidak pernah ketika mendekati hutan atau rumah berhenti kerana kekurangan keinginan untuk membakar. Api yang memarak ada keinginan yang tidak terhingga untuk membakar segalanya yang dapat disentuh. Ia tidak puas dengan satu ekar hutan, sebab ia akan dengan lekas membakar sepuluh lagi jika ia tidak dikawal.
Empat perkara ini – tidak pernah puas-puas dengan keinginan yang tidak terhingga – dengan cukup tepat menggambarkan nafsu-nafsu manusia. Sesetengah orang tidak pernah puas-puas, walaupun diberi banyak, sebab mereka selalu mahu lebih. Mereka hidup dengan geram dan dengan kehidupan yang pedih, dengan mata mereka selalu mencari lebih (Ams 27:20).
Kepuasan membawa kepada kebahagiaan, dan ia senang untuk diperoleh, tetapi hanya sesetengah orang ada itu. Ia tidak kena-mengena dengan keadaan (Flp 4:12). Ia pilihan yang dipelajari (Flp 4:11). Bagi insan yang lapar segala yang pahit adalah manis (Ams 27:7). Jadilah puas dengan menjadikan Allah sebagai bahagianmu (Kej 15:1; Maz 73:25-26; Ibr 13:5-6). Keuntungan yang besar ialah kesalihan dengan kepuasan (1Tim 6:6).
Adakah kamu berpuas hati, hai pembaca? Atau adakah kamu geram? Mengapa? Allah telah memberimu banyak, dan telah menjanjikanmu lebih. Apakah lagi yang diinginimu? Kamu adalah seperti kubur, rahim yang mandul, tanah yang kering, dan api yang memarak, jika kamu tidak memilih kepuasan pada hari ini.