30:7
Dua hal telah kupinta daripadamu; jangan menafikan itu bagiku sebelum aku mati:
Adakah kamu berdoa dengan berhikmah? Adakah kamu berdoa dengan membara? Kamu menyatakan hatimu melalui doa-doamu. Jangka hayat singkat sahaja, dan menyenangkan Allah harus menjadi cita-citamu yang paling besar. Hanya sesetengah manusia menjalani kehidupan yang baik dengan mengejar matlamat yang paling mulia ini. Agur meluahkan hatinya kepada Allah akan dua faktor yang penting bagi kehidupan yang memuliakan Allah. Dengan mengakui singkatnya hayat nyawa, dan mengakui keperluannya yang besar, dia berdoa dengan agresif bagi dua hal yang penting ini.
Doanya tidak panjang, sebab isi dan sikap membara adalah lebih bernilai daripada panjangnya doa. Allah menolak doa perulangan yang sia-sia dan sifat kafir Rosario (Mat 6:7-8). Walaupun Agur ada keperluan yang lain, dia tahu keutamaan agung berkat-berkat rohani. Permohonannya yang pertamasecara langsung rohaniah, dan yang kedua pula adalah untuk menyerahkan keperluan badaniahnya kepada permohonan pertama. Jika kamu selalu mencari kerajaan Allah dan kewajaranNya dahulu, Dia akan menyelesaikan hal yang lain (Mat 6:33).
Apakah yang dipinta Agur? Pertama-tama dia meminta Allah untuk menyelamatkannya daripada kesia-siaan dan kebohongan (Ams 30:8). Dia merayu untuk diselamatkan daripada gagasan-gagasan manusia yang bebal dan yang tidak berguna dan daripada tawaran dunia untuk kehidupan yang kekosongan dan yang tidak bernilai di dalam kehidupan ini. Dia meminta Tuhan supaya menjauhkan dirinya mempercayai bohong manusia yang memperdayakan. Dia tahu bahawa pendapat dan aktiviti dunia adalah sia-sia dan menggemaskan (Maz 119:113; Pkh 1:1-3; 12:8; Mat 6:24; 1Tim 4:8; 2Tim 3:1-5; Yak 4:4; 1Yoh 2:15-17).
Apakah yang dipinta Agur? Dia kemudian meminta Allah untuk memberinya hanya kejayaan yang pantas dan yang sederhana (Ams 30:8). Dia mahu mengelak kedua-dua kemiskinan dan kekayaan, sementara tahu bahawa kedua-dua itu masing-masing membawa cubaan dan kesukaran yang tersendiri (Ams 30:9). Dia tidak berdoa menentang kedua-dua itu bagi kesukaran badaniah yang mungkin timbul olehnya, tetapi sebaliknya bagi kesannya kepada kasihnya terhadap Allah. Kekayaan mungkin membongkakkan fikirannya dan memalingkan dirinya daripada Allah (Ams 18:11; 28:11; 1Tim 6:6-10), dan kemiskinan mungkin menyebabkannya untuk mencuri dan mengaibkan nama Allah (Ams 1:10-19; 6:30-31).
Dua permintaan itu sungguh berhikmah dan mulia. Agur tidak memakai doa untuk menyenangkan nafsunya, seperti kebanyakan orang buat ketika mereka berdoa (Yak 4:3). Dia mencari kemuliaan Allah, kebenaran, dan kebaikan rohani jiwanya, meskipun itu bermaksud dia harus mengorbankan sesetengah kejayaan. Seperti dalam kes Salomo, memperoleh hikmah untuk menyenangkan Allah adalah lebih penting daripada kekayaan (1Raj 3:5-13). Seperti Musa, keaiban bersama umat Allah lebih baik daripada kenikmatan yang berdosa (Ibr 11:24-26).
Pertimbangkan doa Agur yang agresif. Pertama, dia meminta untuk hal-hal Tuhan. Dia tidak semata-mata mencadangkan suatu gagasan atau mencadangkan suatu fikiran; dia menuntut berkat itu, seperti yang dilakukan Yakob dahulu (Kej 32:24-28). Keamatan keseriusan permintaannya sungguh pekat, sebab Agur tahu bahawa ia permohonan-permohonan yang kudus. Dia kemudian mengakui hakikat nyawa yang akan mati, dan merayu kepada Allah yang abadi untuk jawapan yang lekas sebelum hayatnya yang singkat itu habis (Maz 90:10-12). Doanya pastilah dikabulkan, sebab ia dipakai dengan membara dan berisi hal kewajaran (Yak 5:16).
Adakah kamu berdoa lebih untuk hal badaniah atau hal rohaniah? Bilakah waktu terakhir kamu berdoa untuk hikmah (Yak 1:5), untuk hati yang tunggal untuk takut akan Allah (Maz 86:11), untuk Roh Kudus (Luk 11:13), untuk Allah menjadikanmu berpaut kepada ketetapan-ketetapanNya (Maz 119:35-37), atau untuk Tuhan mendedahkan kesilapan-kesilapanmu (Maz 139:23-24)? Jika perbuatan mengasihi dan menyenangkan Allah merupakan keutamaanmu yang paling tinggi, kamu akan ada permintaan-permintaan yang rohani dalam doa. Jika kamu mengutamakan permintaan rohani, maka Allah di syurga akan menjaga hal yang lain.
Bilakah waktu kamu bergelut dengan Allah bagi hal-hal ini, untuk menolak “tidak boleh” sebagai jawapan kepada doamu? Doa-doa yang mendesak dan yang cekal hati akan mendapat pengabulan; doa-doa yang selesa dan yang cepat bagi kemudahan tidak mendapat pengabulan (Luk 11:5-13; 18:1-8; Rom 12:12; Efe 6:18). Semoga Roh Kudus kepada doa menginsafkanmu untuk lebih banyak berdoa dan semoga Dia mendukung usaha-usahamu untuk melakukannya (Rom 8:26-27).