30:6
Jangan kamu menambah kepada firmannya, supaya jangan dia mencelamu, dan kamu didapati seorang pembohong.
Alkitab cukup sepenuh-penuhnya untuk segala kewajaran, hikmah dan kebenaran (2Tim 3:16-17; 2Pet 1:19-21). Tiada keperluan lagi untuk wahyu yang lebih lanjut, rasionalisasi manusia, atau tradisi agama (1Tim 6:3-5,20-21). Untuk menambah fikiranmu kepada kata-kataNya yang berilham hanya merupakan keangkuhan dan kebebalan (Ula 4:2; 12:32; Mat 28:20). Sementara Dia telah membesarkan firmanNya mengatasi namaNya, Dia tidak akan menganggap remeh apa pun percabulan terhadapnya (Maz 138:2). Dia akan menghakimi manusia dengan keras-keras kerana menambahkan fikiran bohong mereka kepada firmanNya yang suci (Ams 30:5; Wah 22:18).
Agur yang berhikmah baru sahaja mengajar dua muridnya, Itiel dan Ukal, bahawa setiap perkataan Allah adalah murni (Ams 30:1,5). Walaupun dia mengakui kejahilannya sendiri yang kebinatangan, dia menyanjungi kemuliaan dan hikmah Allah Sendiri (Ams 30:2-4). Dia tahu bahawa Allah telah menyatakan hikmah ilahi kepada anak-anak manusia dalam Kitab Suci, yakni Alkitab (Ula 29:29; Maz 19:7-11). Oleh sebab itu, dia tidak berganjak supaya Itiel dan Ukal tidak berfikir di luar Alkitab, tetapi sebaliknya menunduk dengan ketakutan yang hormat kepada Pengarang Alkitab, Sang Pencipta, Allah syurga dan bumi (Yes 66:2,5).
Memang tiada gagasan/akal yang lebih baik. Tolaklah fikiran itu! Segala fikiran manusia adalah sia-sia (1Kor 1:19-20; 3:19-20). Segalanya! Fikiran orang yang moden adalah lagi bebal dan tidak menguntungkan. Allah telah berfirman, dan itu menetapkan segala isu, kontroversi, dan soalan (Maz 119:128; Yes 30:8). Biar Allah benar, tetapi setiap orang pembohong (Rom 3:4). Kemajuan dalam bidang sains dan bidang-bidang pembelajaran yang lain ialah kemakmuran orang bebal (Ams 1:32; Ula 32:15; Maz 69:22; 92:7; 1Tim 6:20-21). Ia penghakiman Allah yang menimpakan kebutaan kepada manusia sementara mereka semakin tenggelam ke dalam lubang najis kejahilan dan kerosakan. Dunia bukan suatu tempat yang lebih baik untuk hidup, jika kamu dapat menghidu kebebalan.
Tetapi para perosak Alkitab sudah ada untuk jangka masa yang panjang (2Kor 2:17). Mereka telah menambah kepada dan menolak daripada Alkitab sejak awal-awal lagi, ketika Syaitan memulakan usaha tawanannya bagi setiap keluarga manusia dengan mengubahkan firman Allah kepada Hawa (Kej 3:1-6). Dan ada yang lebih teruk daripada dahulu, seperti yang Paulus telah memberi amaran kepada Timotius (1Tim 4:1-3; 2Tim 3:13). Melalui pendidikan yang lanjut dan ledakan maklumat, pembelajaran manusia sedang bertumbuh secara geometri, tetapi tanpa kebenaran Allah (2Tim 3:6-7). Manusia adalah lebih buta pada hari ini berbanding 500 tahun dahulu.
Pertimbangkan beberapa tambahan yang Allah pernah dan akan menegur sebagai bohong. Ibu Gereja menambahkan pendapat-pendapat yang keliru dan yang saling bercanggah oleh kononnya bapa-bapa gereja. Orang Seventh Day Adventists (SDA) menambahkan visi Ellen Harmon. Para Mormon menambahkan khayalan terjiplak Joseph Smith. Jehovah Witnesses (Saksi-saksi Yehuwa) menambahkan ramalan-ramalan yang sudah terbukti gagal oleh Charles Russell, yakni orang yang bersumpah bohong. Para Orang Karismatik menambahkan kesesatan penuntutan kata-kata iman oleh Benny Hinn. Orang pramilenialisme menambahkan spekulasi futurisme Hal Lindsay dan Tim Lahaye. Dan orang Kristian zaman kini menambahkan bebelan karut James Dobson dan injil kemakmuran Joel Osteen. Semua contoh-contoh ini telah menambahkan kepada firman Allah yang sudah lengkap dan muktamad.
Pandanglah di sekeliling! Manusia telah menambahkan segala jenis kesesatan kepada firman Allah. Pertimbangkan rumah Maria yang terbang (Mary’s flying house), tuala Veronica (Veronica’s towel), topi ikan di atas kepala Paus, pantang daging pada Hari Jumaat, nazar-nazar pembujangan, memanggil para imam “bapa”, kenaikan Maria ke syurga (Mary’s assumption), Purgatori, pembaptisan bayi, takhta yang paling bongkak di bumi, sakramen urapan orang sakit (extreme unction), jualan lilin, keperawanan kekal Maria – penipuan kekal Maria terhadap Yusuf, jawatan gereja yang dipanggil kardinal, kewajiban pengakuan dosa-dosa kepada seorang paderi, ketulusan Maria yang tidak berdosa, memanggil tiga sarapan sehari pada waktu Paskah (Lent) sebagai puasa, keseganan bagi bahasa Latin, dan tabiat-tabiat biarawati. Dan ini hanya sesetengah daripada tambahan dari Gereja Roman Katolik!
Dengar! Manusia telah menambahkan kepada firman Allah perkahwinan sejenis, sembahyang bersahaja, pengkhutbah yang perempuan, panji-panji Kristian, liwat sebagai gaya hidup yang boleh diterima, penceraian untuk sebarang apa pun sebab, parti-parti Halloween, kesatuan pekerja, anak-anak yang biadap, alat muzik di sembahyang berjemaah, pencarian telur Easter, gimnasium, lagu rap Kristian, pembaptisan percikan, kompromi peka terhadap pencari, perkahwinan yang seperti perniagaan rakan kongsi, kebaktian fajar paskah, mendidik anak dengan memakai time-out (mengurung dalam bilik), versi-versi Alkitab dan kidung jemaah yang tidak memakai jantina, lakonan drama Krismas, dan banyak lagi rekacipta.
Amsal ini mengajar hikmah. Allah telah menyatakan pengetahuan dan pemahaman dalam firmanNya, dan Dia menawarkanNya kepada orang yang akan membaca itu bagi diri mereka sendiri atau mendengarnya daripada para pengkhutbahnya. Apakah yang akan kamu buat dengan itu? Atau adakah kamu lebih suka fikiranmu sendiri? Adakah kamu menyertai sebuah gereja yang suka menambah kepada kata-kata Allah? Kamu telah diberi amaran. Dia akan menegurmu dan mendedahkanmu sebagai seorang pembohong kerana menambah kepada firmanNya. Rendahkanlah dirimu sendiri di hadapan firmanNya pada hari ini!