30:8
Jauhkan daripadaku kesia-siaan dan kebohongan: jangan beri kepadaku baik kemiskinan mahupun kekayaan; beriku makanan yang pantas bagiku:
Berapakah dirimu berhikmah dan berhemat? Adakah kamu takut akan kekayaan seperti kamu takut akan kemiskinan? Adakah kamu tahu bahawa kejayaan kewangan adalah bohong yang sia-sia? Di sinilah dua daripada permohonan doa yang paling penting yang kamu boleh doakan. Agur memberi arahan berilham kepada kedua-dua muridnya tentang bahaya dan perdayaan kewangan dan kekayaan, dan kejayaan dan ketenteraman masa depanmu bergantung kepada itu.
Agur ada keinginan yang besar untuk dua permohonan (Ams 30:7). Dia tahu kesan-kesan yang bahaya untuk tidak memperolehnya (Ams 30:9). Dia memahami sifat perdayaan dan sifat keterkutukan kedua-dua kejayaan dan kemiskinan masing-masing, jadi dia merayu kepada Allah untuk melepaskan dirinya daripada keangkuhan kekayaan dan daripada pencubaan-pencubaan menjadi miskin. Dia merayu untuk pendapatan yang sederhana.
Agur telah berdoa untuk dua perkara: (1) untuk diselamatkan daripada kesia-siaan dan kebohongan, dan (2) untuk hanya menerima kejayaan yang sederhana dalam kehidupan, supaya mengelak kedua-dua kemiskinan dan kekayaan. Apakah kesia-siaan dan kebohongan yang sedang dibicarakan? Kesia-siaan dan kebohongan kekayaan dan kejayaan! Bagaimana demikian? Biar perkaitan, konteks, dan alkitab mengemudikan tafsirannya (1Kor 2:13), sementara tiada apa pun yang disebut tentang bohong agama palsu, evolusi, allah palsu, pasangan yang berfoya-foya, munafik, penyumpah bohong atau bohong-bohong yang serupa dengannya.
Kesia-siaan ialah apa pun yang tidak berguna, tidak menguntungkan, tidak bernilai, atau kosong. Kamu tahu apa maksud bohong. Kekayaan ialah kedua-duanya. Daud telah menulis, “Sudah tentulah manusia yang berdarjat rendah adalah sia-sia, dan orang yang berdarjat tinggi adalah kebohongan: untuk diletakkan ke atas alat timbang, mereka sama sekali lebih ringan daripada kesia-siaan” (Maz 62:9). Allah mengutuk orang dan pencapaian-pencapaian mereka yang kosong. Agur ingin untuk diselamatkan daripada membazirkan kehidupan dan mengejar ilusi kekayaan dan kejayaan (Ams 23:4-5; Maz 119:136-137; 1Tim 6:6-10).
Fikir secara jujur dan berhikmah tentang kewangan. Ia tidak dapat memuaskan, meskipun kamu mendapat banyak; inilah kesia-siaan (Pkh 4:8; 5:10). Ia hilang dengan cepat (Ams 27:24; Pkh 5:11). Ia merosakkan moral (Mar 10:23-25; 1Tim 6:9-10; Tit 1:11). Kamu tidak boleh mengambil itu bersamamu (Mat 6:19-21; Luk 12:13-21; 1Tim 6:7). Ia menghimpit dan membinasakan keberhasilan buah (Mat 6:24; 13:22). Betapa sia-sia! Adakah kamu cukup berhikmah untuk percaya kepada amaran-amaran ini dan berdoa menentang kekayaan?
Orang berhikmah berdoa untuk pendapatan dan harta milik yang sederhana, supaya dia dapat mengelak godaan-godaan berdosa di mana-mana bahagian lampau julat kewangan (Ams 30:9). Dia berdoa untuk kepuasan, dan dia belajar kepuasan, sementara tahu ia merupakan sukatan sejati akan kejayaan (1Tim 6:6; Flp 4:10-13). Orang berhikmah memaksimakan kehidupan dengan berjalan dengan Allah, tidak kira berapa banyak aset atau musuh yang ada (Ibr 13:5-6). Dia dengan sepenuh-penuhnya memandang hina keasyikan dengan laba kotor (1Tim 3:3,8; Tit 1:7; 1Pet 5:2).
Hai pembaca! Nasihat ini hanya ada di dalam Alkitab. Inilah nasihat daripada seorang ahli bijaksana yang diluluskan oleh Solomo atau para penyuntingnya yang juga diilhamkan oleh Allah. Kamu tidak dapat menemui nasihat kewangan yang lebih baik di mana-mana pun. Orang bebal di sekelilingmu mengagumi kekayaan. Mereka sudah dengan bebal mengorbankan kehidupan mereka sehingga kesia-siaan dan kebohongan. Kamu patut menambahkan dua permohonan berhemat kepada doa-doamu.