Amsal · Proverbs

30:9
Supaya jangan aku menjadi kenyang, dan berkata, Siapakah TUHAN? atau supaya jangan aku menjadi miskin, dan mencuri, dan menyia-nyiakan nama Allah.

Kedua-dua kemakmuran dan kemiskinan adalah berbahaya. Kekayaan membawa kepada keyakinan kepada diri sendiri dan rasa selamat, yang menyebabkan seseorang untuk melupakan TUHAN. Kepapaan pula membawa kepada rasa terdesak, yang menyebabkan seseorang untuk mempertimbangkan perbuatan mencuri lalu mengaibkan nama Allah. Orang yang berhikmah akan memohon untuk kejayaan yang separuh untuk mengelak kedua-dua bahaya ini. Tuhan, berilah hikmah sedemikian!

Ayat ini menjelaskan doa Agur untuk dua hal dalam kehidupan (Ams 30:7-9). Dia pertama-tama memohon untuk keselamatan daripada dosa – kesia-siaan dan kebohongan; kemudian dia memohon untuk makanan yang pantas – bukan kemiskinan dan bukan kekayaan. Di sinilah orang berhikmah punya renungan yang berjaga-jaga akan apa yang dia perlukan dalam kehidupan. Dia merayu kepada Allah untuk itu. Dia telah belajar hikmah yang rohani bahawa kejayaan yang sederhana adalah baik.

Dia hanya takut akan satu perkara – dosa! Dia tidak takut akan masalah-masalah kekayaan, atau kesukaran dan keaiban kemiskinan. Pertimbangkan ini dengan baik-baik. Dia takut akan kedua-dua itu kerana godaan untuk berdosa. Di sinilah kekudusan praktikal yang patut menginsafkan dan memprovokasi rohmu. Nama dan pelayanan Allah merupakan keutamaannya yang utama untuk diselamatkan daripada kedua-dua keterlampauan. Perhubungan dia dengan Allah merupakan hal yang lebih penting daripada apa pun keadaan ekonomi. Ya Tuhan, biar itu benar bagi kita!

Hanya orang bebal memikir bahawa kekayaan akan membantu mereka melayani Allah. Biar segala bukti menolak itu. Firaun merupakan orang yang paling kaya di generasinya, tetapi dia dengan bulat-bulat berkata, “Siapakah TUHAN?” Ketika Allah memberkati Israel, mereka memberontak dan melupakan Dia. “Tetapi Yesyurun bertambah gemuk, dan menendang: kamu telah bertambah gemuk, kamu sudah membesar dengan tambun, kamu telah dilitupi dengan kegemukan; kemudian dia meninggalkan Allah yang telah menjadikannya, dan memandang rendah Gunung Batu keselamatannya” (Ula 32:15).

Kekayaan merupakan godaan yang teruk dan kerap kali merupakan kutuk kepada orang yang takut akan Allah dan yang mengasihi kekudusan (Ula 6:10-12; 8:10-14; 31:20; Neh 9:25-26; Ayb 31:24-28). Yesus dengan jelas memberi amaran tentang kekhuatiran dunia dan perdayaan kekayaan yang menghimpit firman (Mat 13:22).

Penguasa muda yang kaya berpaling daripada Yesus, ketika dia menghadapi kesulitan memilih wang atau Tuhan (Mat 19:16-22). Betapa teruknya penggantian itu! Yesus berkata bahawa seekor unta dapat memasuki lubang jarum sebelum orang kaya dapat memasuki kerajaanNya (Mat 19:23-24). Mintalah Allah untuk mengajarmu takut akan kejayaan dan kekayaan, untuk mengasihi dan mengikuti Yesus Kristus tanpa godaan.

Kamu ada kehidupan ekonomi. Tetapi ketika kamu berurus niaga, anggaplah itu seakan-akan kamu tidak memiliki apa pun; ketika kamu harus memakai dunia kewangan, dengan terkawal hadkan pemakaiannya (1Kor 7:29-31). Matlamatmu adalah untuk meniadakan hal keprihatinan supaya dapat lebih menyenangkan Tuhan (1Kor 7:32). Kamu tidak boleh melayani dua tuan. Dengan itu, matlamat untuk menjadi Kristian yang kaya ialah kebebalan (Mat 6:24; 1Tim 6:6-10).

Kejayan sejati ialah kesalihan dengan kepuasan (1Tim 6:6). Belajarlah itu! Orang yang berpuas hati selalunya lebih bahagia daripada orang kaya. Dan dia tidak ada kekhuatiran orang kaya. Tuhan berjanji untuk berada bersamamu, supaya kamu berpuas hati dengan apa pun (Ibr 13:5). Dengan adanya Dia sebagai Bahagianmu untuk selamanya, tiada apa pun di bumi atau syurga yang penting (Maz 73:25-26). Kepuasan inilah yang dipelajari Paulus melalui kekuatan Kristus bagi kehidupannya (Flp 4:11-13).

Adakah kamu berpuas hati dengan keperluan? Yakub berdoa untuk makanan dan pakaian (Kej 28:20-22). Yesus telah mengajar kamu untuk berdoa bagi roti harian (Mat 6:11). Dan Paulus menggalakkan Timotius untuk berpuas hati dengan makanan dan pakaian (1Tim 6:8). Orang berhikmah yang tidak mencari kekayaan itulah yang boleh diberkati dengan kekayaan (1Raj 3:10-13). Biar matlamat-matlamatmu itu betul; biar Allah melakukan segala yang lain.

Jangan sesekali fikir bahawa kamu telah mengorbankan banyak, seperti Petrus dahulu berbuat, dengan meninggalkan hal-hal dunia untuk menjadi Kristian yang setia. Yesus telah berjanji untuk memberi 10,000% di dunia ini dan kehidupan kekal di akhirat (Mar 10:28-31). Sekarang itulah suatu urus niaga dan ganjaran untuk kehidupan dan kematian. Penguasa muda yang kaya itu yang sudah rugi. Kamu boleh menjadi seorang pemenang.

Kemiskinan kurang menjadi ketakutan di Amerika. Tetapi kamu juga ingin Allah untuk menyelamatkanmu daripada keadaan ekonomi demikian, supaya jangan kamu tergoda untuk berdosa untuk memperoleh bagi keperluanmu. Betapa aibnya untuk dikenali sebagai Kristian dan akhirnya mencuri atau berbuat jenayah kewangan untuk hidup. Ada juga maksud ada ketakutan disaman untuk perbuatan mencuri lalu berbohong menyelamatkan dirimu ketika bersumpah (Ams 29:24; Kel 22:10-12; Ima 5:1; 1Raj 8:31-32).

Dengan adanya jalan-jalan yang cukup untuk sara diri, ada kurang godaan untuk mencuri, berdamba, menyangkal orang miskin, mengabaikan perbuatan memberi, atau apa pun dosa-dosa kewangan yang mengaibkan nama Allah. Ia hikmah untuk berdoa memohon belas kasihan pada kadar minima supaya memastikan orang benar tidak tergoda (Maz 125:3). Makanan dan pakaian dan keperluan-keperluan asas yang lain adalah benar-benar apa yang kita perlukan untuk mengelak dosa kewangan.

Hai pembaca, pertimbangkanlah nilai rohani doa Agur ini. Banyak orang berdoa menentang kemiskinan. Tetapi kurang orang berdoa menentang kemakmuran. Adakah ia mungkin pada zaman ketamakan dan kedambaan untuk seseorang berdoa menentang kemiskinan dan kemakmuran? Adakah kerinduanmu tertaruh kepada apa yang di atas (Kol 3:2)? Atau adakah kamu memikirkan hal-hal di bumi (Flp 3:18-19)? Dapatkah jiwamu menaikkan doa ini dengan tulus?

Orang berhikmah akan menjual segala yang Dia ada untuk membeli kekayaan-kekayaan rohani Kristus (Mat 13:44-46). Dia menanggapi bahawa untung urus niaga itu memihaki dirinya sepenuh-penuhnya. Dunia ini kalah, dengan mengambil kekayaan yang terkutuk ini daripada tangan orang berhikmah. Orang berhikmah beroleh jiwanya dalam urus niaga itu (Mat 16:26). Dia menang, dengan memperoleh kekayaan sejati kemuliaan, yang merupakan Kristus di dalam dirimu, harapan kemuliaan (Kol 1:27).